25 Januari 2012

Bengang Dengan Peniaga Melayu?

Assalamualaikum, 




Saya pernah terbaca kisah seorang Yahudi ni, sangat menyentuh hati. Bukan lah sokong Yahudi, cuma kesal kenapa bangsa Melayu  tak macam mereka. Begini,,,


Ada seorang Yahudi baru tiba di Airport di US, dia mencari-cari teksi untuk ke destinasi. Di situ ada 10 buah teksi sedang menanti pelanggan. Dimulakan dengan teksi depan sekali, orang Yahudi itu bertanya kepada pemandu, "Adakan kamu orang Yahudi?" Jawab pemandu tu "Tidak.." Orang Yahudi tu beredar dan terus ke teksi di belakangnya, dia menerima jawapan yang sama. "Adakan kamu orang Yahudi?" Jawab pemandu tu "Tidak.." Akhirnnya, dia tiba ke teksi yang kesepuluh. Apa ke payah bebenor nak naik teksi pokcik ni.


Tiba di Teksi yang kesepuluh, dia tanya macam biasa, "Adakah kamu orang Yahudi wahai pemandu taksi yang kacak bergaya?" Pemandu itu jawab "Iya aku orang Yahudi", hmm baru lah pokcik masuk setelah letih berjalan dari teksi ke teksi. Yang pemandu tu pun pelik, "kenapa pakcik tak naik je teksi teksi tadi, apa diorang tak boleh bawak pakcik ke tempat yang pakcik nak ke?"


"Erm tak ah, sapa pakcik try cari bangsa pakcik sendiri, sebab orang bangsa kita (yahudi) ni sikit je, kalau kita tak tolong bangsa sendiri nak harap siapa lagi?" Jawab pakcik Yahudi itu.


Cerita ni pengajarannya, bukan lah saya nak korang jadi rasics, tidak tidak. Cuma kita buka mata kita jangan terlalu sombong dan kurang percaya dengan kemampuan Peniaga Malayu. Macam dah ada skekulasi sendiri bila jumpa dengan Peniaga Melayu. Peniaga Melayu nak cepat untung, tak hormat pelanggan, barang mahal, bla bla bla... Saya pun selalu berhadapan denga kes macam ni. maluat jugak. Tapi tak semua macam tu sebenarnya.




Ada seorang Forumer yang juga seorang CEO/ Usahawan bagi cadangan...


Kalau kita tak puas hati:


1.BERITAHU USAHAWAN Tersebut.jangan beritahu pekerja..mungkin pekerja akan buang tong sampah.tapi usahawan akan ambil berat aduan/komplen pelanggan.kajian aku menunjukkan majoriti usahawan akan ambil berat aduan…

2.buat pilihan dengan bijak.

3.jangan marah jika kena harga mahal.jangan pergi lagi ke situ.

4.jangan burukkan pengusaha tersebut.mungkin kerna sikap kita,mereka bangkrap dan papa kedana..kasihanilah mereka kerna mereka juga seperti kita,ada tanggungan dan sebagainya.

5.gunakan hak sebagai pengguna.boikot/buat aduan kepada tribunal pengguna.setakat ini aku belum jumpa kes orang buat aduan sebab makan mahal.x taw la kalau aku silap.

6.bersangka baik.mungkin usahawan tersebut anaknya mengidap sakit jantung dan perlukan kos rawatan yang mahal dan mereka ambik untung lebih sikit untuk menampung kos perubatan anak .
7.niatlah sedekah.setiap sen yang kita sumbangkan untuk usahawan islam adalah sedekah.

8.fikirkan masa depan bangsa melayu.dalam bisnes,bangsa lain kuasai 80 % dan melayu hanya 20 %.

9.jika kita tidak menyokong bisnes bangsa sendiri,siapa lagi?

10.cari alternatif.jika makanan mahal di kawasan kerja,bawalah bekal.mulut pun x kecoh,hati x panas,pahala pun dapat,dosa pun tiada.

11.banyakkan bersabar.fikirkan kesusahan seseorang usahawan…macam usahawan restoran,4 pagi dah bangun pi pasar borong sebab nak dapatkan harga lebih murah dari pasar biasa.bayar premis,bayar pekerja,sediakan mcm2 untuk pelanggan.pelanggan datang makan dan bayar,kemudian pergi dengan senang…

12.jangan terpengaruh dengan ayat “customer always right”.ramai pelanggan menipu dengan pelbacai cara.contohnya beli laptop dan jatuh pecah,tp masih ada warranti,dia minta tukar baru sdgkan dalam perjanjian warranty,jika jatuh,mana boleh ambil ganti.
Pernah ada pelanggan beli blous premis lain dan nak tukar kedai aku dan mendakwa ia dibeli kedai aku.kedai aku semua ada cop harga dan nama kedai…dah beribu pelanggan aku jumpa..macam2 karenah.

13.fahamilah bahawa hanya usahawan yg memahami betapa susahnya kehidupan seseorang usahawan.pelanggan tidak pernah merasai pahit manis kehidupan usahawan.mereka hanya mahukan harga murah tapi berkualiti..dalam dunia ini,tiada benda berkualiti dan murah!

14.apabila menulis dalam forum /fb hingga menyebutkan nama dan lokasi,ia dikira mengumpat dan mengumpat adalah dosa besar.jika org diumpat tidak memaafkan,pergilah haji 100 kali dan bina masjid 100 buah,amat susah menemui syurga….kerna dosa mengumpat tidak akan terhapus selagi manusia diumpat tidak memaafkan.



Kredit to GuaAnakMelaka
Source Dari Sini


Kang tak pasal-pasal ada yang bankrup sebab kita. Minta ampun ler bebanyak tapi memang ada kes usahawan bankrup sebab pelanggan sendiri. Ada makcik ni pergi pasaraya, berusaha dengan anak dia geledah rak Mee Kuning nak cari mee buatan cap Ah Keong yang belum pasti halal haram, katanya sebab mee Ah Keong ni tahan lama. Iya memang Mee buatan Melayu tahan 3 hari je, tapi Mama saya tetap beli sebab tahu ia takde bahan pengawet dan HALAL.
Nasi ayam ada ganja
Tomyam campur air rebusan sependa
Nasi lemak ada lipas
Cashier bermuka garang  
Ada yang tak puasa hati tapi pengecut sebenarnya, ni nak cerita pasal orang yang jaja cerita kat orang lain tentang makanan ada ulat lah, harga mahal siap hasut kawan jangan pergi tempat tu, tulis kat Blog hentam kedai tu siap bagitau nama alamat semua... Alahai kesiannya. Kalau IQ tinggi pergilah terus terang kat diorang, cuba bagi sms, nota kecik ke, tepon ke, email ke. Kalau diaorang degil jugak report je kat Tribunal Pengguna. Okay?




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom LIKE

12 ulasan:

masmaribellmastura berkata...

ada jugak kes sup rebusan spender..huhu.mmg ada sbnrnya. Tp tak tawla buat2 ke atau mmg btul khbr angin tu. Sian kat tuan kedai kalau tak betul kan..

Namee Roslan berkata...

em moral nya, kita kena sokong bangsa sendiri la kan ? hehe, namee kalau melayu ni namee tolong tp kdg2 nampak mereka tak bersungguh. tp takpelah, bangsa kita gak. so kita harus support. :)

Rapunzel Cikilolo berkata...

tapi kan azza. kadang2 kesian sbb peniaga malu selalu disabotaj dengan macam tu. kenape eh? mentali ke?

maszull berkata...

assalamualaikum...kesian kat peniaga yg kena mcm ni...mcm2 hal kan...:)

HARITH ISKANDAR berkata...

setuju jugak la.sbb semalam g mkn kt s.alam bukan main sombong lg tukang amik oder tu..siap masam muke lg tu bile letak oder..mmm terus xnak g dah mkn kt kedai tu :)

usenezant berkata...

Assalamualaikum,
saya ada sedikit pengalaman supply satu produk ni kat Langkawi ni...masa mula2 saya pasarkan produk ni tak ada sesiapa pun yang buat tapi bila produk ni dah meletup di sini alih2 ada tokey Cina kaya dah buat perjanjian dengan kilang untuk jadi pemasar tunggal kat Langkawi ni ..alasannya sebab tokey cina ni order satu kontena sekali masuk...aku cuma ambil sikit2 jer dari supplier kat AS....jadi nak cerita kat sini...peniaga melayu ni sebenarnya kalah dengan modal....nak bersaing dengan bangsa lain tak mampu...nak jadi peruncit tapi pemborong tetap bangsa lain...harga orang kawal...kat kita dia tolak mahal terpaksalah kita jual mahal juga sebab nak untung...kat bangsa dia dapat murah...pastu dia boleh beat harga kita senang2 jer...aku letak kat kedai2 produk tu rm24 tapi dia boleh bagi rm20...dah tentu customer aku ambil kat dia walaupun customer aku tu orang Melayu juga...semua orang fikir untung maaa...last2 aku kena give up la...cari kerja lain...!!!

Paris Lipton berkata...

tak suka peniaga melayu sndiri sanggup rebus spenda, taik gigi ke ape, jmpe bomoh pakai pelaris semua tu....jijik. dan ia mmg benar ada lg zaman skrg, oh tu kwn sndiri cite kdai uncle dia...phew~ eh dia aibkan uncle dia, xpe xkenai ;p

KAMIHIDUP berkata...

:)

sergeant keroro berkata...

betul, kena support bangsa sendiri. tapi kadang2 layanan dari bangsa sendiri yang tak memuaskan. kan?

Sha. N. berkata...

Peniaga kena tahu mcm mana nak treat customer..
Jangan fikir nak untung je.
Kalau layanan tip top, yg mahal pun org nak beli.

Bobo berkata...

org melayu kena bijak utk handle benda2 mcm ni..

Tanpa Nama berkata...

saya baru nak mula berniaga tapi dah setahun dah...now sya nak kukuhkan dulu produk saya...tq u all