25 September 2011

Kenapa Saya Suka Annas Easkey? Pap Pap Oleyh!

Salam,




Wah, siapa tak nak photoshoot percuma dengan Annas Easkey! Yang kena bayar RM450 pun ramai yang beratur oi... Okay, First kenal Annas Easkey ni dari blog Fatin Liyana, dengan nama yang unik, portfolio yang gempak memula saya ingat omputeh ke. Terkejut jugak bila study blog dia, orang melayu rupanya. Inilah dikatakan local produk bertaraf antarabangsa.




Suka sangat tengok blog dan fanpage Annas Easkey, sebab perasaan dia macam tengok majalah Vogue. Pernah ''terberangan'' nak posing dengan Annas, pastu cepat-cepat sedar siapalah diri ini. Tsk tsk tsk.Kalau lah dapat photoshoot percuma dengan Annas Easkey, nak print saiz 8R pastu tepek belakang katil. Baru ada feel macam super model Amber Chia sikit. Sikit pun jadilah. Lagi satu, ini je gambar terbaik yang saya pernah ambil. Gambar muka tembam macam ni, nak print 50sen pun tak berbaloi hoi! 


Pale without any make up, apatah lagi nak pakai fake eyelash. Tak pandai..
Psst ni dulu masa 53kg, sekarang dah 47kg. 
Kalau dipilih oleh Annas, berazam dan turunkan sampai 44kg.
 Ikut petua yang Annas pernah tulis kat blog dia.




Antara sebab lain suka tengok blog dia , sebab nak stalker Fatin Suhana. Tak ku sangka dia ni kawan baik dengan Fatin Suhana. Dah lah suka gila Fatin Suhana, pastu segar bugar je diri ini dapat cuci mata tengok gambar Fatin Suhana kat blog Annas. Woot woot!



Antara gambar yang saya suka, adalah....


Tekejut tengok gambar ni power gila.


Sesuai buat poster iklan gambar ni.

Macam tak caya lokasi kat BB je, feel dia macam kat New York!



Jap jap lagi satu, Annas Easkey ni pengaruh dia kuat jugak, Memey yang pernah tak disukai ramai tu tetibe berubah menjadi sweet bebenar di mata saya. First tengok gambar ni, comel pulak Memey ni. Nak jugak merasa Annas tukar diriku yang macam jantan ni jadi sweet ala-ala Lisa Surihani. I know u can do it, Annas!






Ini pulak gambar contoh yang Annas Eakey makeover, bisa buat hati ini jealous! Gambar macamni harus dicuci saiz 8R dan letak kat belakang katil. Hik hik hik!



Kesimpulannya ada 5 sebab kenapa saya suka Annas Easkey...


@ Pertama, dia berjaya menukar impian para wanita jadi kenyataan. Semua wanita nak kelihatan cantik kan? Tapi bukan semua dapat peluang macamtu, anugerah yang Allah beri ini tak dijaga rapi, jalan tengah panas, krim malam beli je tapi tak pernah pakai, bibir kering sebab tak suka minum air kosong. Muka pun jadi kusam. Tapi dengan hasil kreativiti Annas Easkey, muka kita jadi fresh gila dalam gambar. Macamni barulah seronok...




@ Kedua, feel macam pernah masuk majalah antarabangsa tu mesti ada kan kalau pernah di'shoot oleh Annas. Tengok jelah gambar dia, perghh! Annas ni memang boleh dikatakan photographer antarabangsa. Selalu dioffer mengambil gambar di luar negara. Siap ada job buat kursus fotografi lagi. Currlas kau Annas!



@ Ketiga, sepertimana yang diomong oleh para blogger lain, dia ni tak pilih kasih tau. Percayalah. Dulu masa mula baca blog dia, saya fikir dia ni mesti nak stok yang glamour dan high taste, gadis urban je. Tapi tak tak! Dia sangat sporting dengan sesiapa saja dan ramah juga orangnya.




@ Keempat, Annas seorang yang fun habis. Baca blog dia kekadang tergelak jugak. Gaya bahasa dan lengok percakapannya buat semua orang rasa nak baca dan baca setiap entry di blognya! Pap pap oleh!




@ Akhir sekali, sudah tentu tips kecantikan dan tips fotografi sangat berguna kepada semua pembaca. Annas tak lokek dengan ilmu. Sudahlah pandai ambil gambar, mekap pun dia jugak. Annas, Annas, Annas, you are in a Million. You worth it, Annas.... 





Kepada sesiapa yang belum kenal Annas lagi (ada ke?) 
boleh baca Blog dia dan Like Fan Page dia di...


Okay Annas, pap pap oleyh, sekian ini sahaja entry 'pendek' saya. Wassalam..



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom Sebarkan Aura Annas Easkey Di Serata Facebook!

10 ulasan:

FaKArePa!n berkata...

jeles dengan annas eskay.. huhu

Green Apple berkata...

cantiknya.. dan annas ni sangat berbakat.. moga dia terus berjaya.

iedaurora berkata...

tiap kali annas update blog mesti trus klik, teruja pic cun2...

KAMIHIDUP berkata...

AE memang smart. :)

May Maisarah berkata...

Yeahhh...beliau memang berbakatt!

Namee Roslan berkata...

hebat gila dia. mushee boleh jadi macam ni gak apa. :D

msredcheesecake berkata...

tetiba teringin nak nampak cun macam diaorg tu.... cun sehari je pun jadilah...

Umie Artoqiemie berkata...

aku perlu belajar mekap ni.. cantikknya..

fad ali berkata...

pon pon...dtg nak usha nak ajak photoshot..ehhehe

Nyamuk Terbang berkata...

trngn nk jd photographer hebat tak hengat mcm dia..
anyway gudluck