03 Oktober 2014

Aaaaaa....

Assalamualaikum....

Tulung tulung tulung. Malas sangat nak menulis ni. Ya Allah bagilah aku semangat untuk menulis. Amin amin ya Rabbal Alamin.

Wasalam.

21 Jun 2014

Mak Bela Tulang

Ya Allah, tak tau la sekarang ni saya bermimpi atau realiti. Keliru nak menangis ke nak marah. Betul ke berita yang aku baca ni. Ni bukan kes bunuh ni. Bunuh lagi mulia dari yang ni. Ni kira ko nak bunuh secara perlahan lahan ke apa.

Ni baru betul lagi hina dari binatang. Ko boleh kurung anak sendiri tinggal tulang je dalam bilik. Dah anak tu masih bernyawa!

Ko hilang akal ke. Ko ni manusia ke jin. Tahlah saya jarang nak emori tak tentu pasal tapi bab ko ni mmg memjemput maki dari seluruh rakyat malaysia.

Tahnia kerana ko berada di tangga teratas dalam kamus hidup aku mak paling kejam. Full stop.

Tak kesah la mak kandung ke angkat ke tiri ke ko selayaknya dihumban dalam gunung berapi kat jawa sana.

Kosser sangat nak penjara dalam lokap tak pun nak bg motivasi ke apa.

_________________________________

BUDAK OKU 15 TAHUN DIKURUNG SAMPAI KERING

Ditulis oleh: Oh! Media
Pada: Sabtu, Jun 21, 2014

Sayu dan pilu hati seluruh rakyat Malaysia hari ini bila digemparkan dengan penemuan seorang remaja OKU berusia 15 tahun yang ditemui dalam keadaan menderita seorang diri dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak, Nilai ketika Ops 6P Jabatan Imegresen dijalankan pagi tadi.

Operasi yang bermula jam 2 pagi itu diketuai Pengarah Imegeresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Otahman bersama 115 anggotanya, 30 pasukan RELA, 4 JPAM dan 5 anggota dari JPN menyerbu rumah berkenaan.

Pada mulanya mereka menyangkakan menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak tersebut masih bergerak. Remaja tersebut di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk menerima rawatan lanjut. Ibunya yang kemudian pulang dari bekerja telah ditahan untuk siasatan lanjut.
________________________________

Ko cuba rasa dikurung dengan baku reput cenggitu. Aku nak tengok lama mana boleh hidup. Silap silap 4 hari dah kojol.

17 April 2014

Tangki Dan Mancis

Assalamualaikum,


Dulu masa kecil rasanya setiap orang mesti suka main api kan? Kalau dapat kotak mancis entah dari mana, jeling kiri kanan, fuhh tak ada orang terus gores sampai keluar api. Tetiba mak lalu dengar tapak kaki je, tergegeh hegeh kau tiup api di mancis tu, tak pun renjis renjis sikit terus padam. Mudahnya padam api yang kecil. Tapi bagaimana kalau sehelai kertas yang terbakar? Kita pijak pijak dengan tapak kaki atau masukkan dalam singki pasang air laju laju hehe. Kalau benda yang lebih besar terbakar? Mau satu tangki air disimbah barulah terpadam itupun berejam juga nak memadamnya.


Tetiba teringat kes kebakaran di rumah lama dahulu. Sedih. Rumah kawan yang kena, malah memang rumah dialah punca. Adik adik dia main api, mak kunci rumah dari luar sementara nak ambil anak yang lain di sekolah. Haih pengajaran pengajaran. Sementara bomba padamkan api, kami kawan kawan sekolah agama tenangkan dia yang menangis tak ketahuan. Darjah 5 masa tu.


Okay berbalik kepada mancis tadi, kalau hanya sebatang mancis yang terbakar perlu tak kita simbah sampai satu tangki untuk padam api tersebut?


Sudah tentu tidak, nanti ada kerosakan lain yang muncul. Semua mancis akan rosak, lantai basah banjir. Satu hal pulak nak mengelap mengemop bagai.


Ini lah perumpamaan yang panjang gila saya reka sesuka hati untuk menggambarkan "nasihat yang perlu sahaja untuk kesalahan yang berbeza". Sebab saya lihat masyarakat sekarang amat "gemar" memberi nasihat. Ikhlas betul, pemurah bebenor. Rasanya ada perkara yang tidak perlulah diperbesarkan. DI internet kemain lagi kakak kakak abang abang menasihat tudung Fareeda sampai keperingkat nasihat tertinggi iaitu makian cacian. Belum perlu lagi rasanya, comfirm, belum.


Kadang kadang anak kecik tertumpah air di atas meja, selepuk tamparan hinggap di belakang tubuh anak kecil itu. Saya masih rasa tidak perlu. Cukuplah peringatan keras supaya dia boleh ingat kemudian hari. Kalau pukul je kuat tapi tak ada mesej yang sampai, anak tu tak tau kenapa dia kena lepuk dan apa salah dia. Tapi kalau anak sendiri esok mungkin hangin juga hahaahaa...


Risau juga kalau nasihat yang berlebihan di berikan, misalnya membebel tak tentu hala akan memburukkan lagi keadaan. Stress bertambah sebab high expectation. Pembebel nasihat seolah mengharapkan kesempurnaan dengan pantas. Husteru, nasihat macam tak kena dengan situasi atau tak memperbaiki kesalahan kecil tadi pun.


Kau rasa orang yang kau bebelkan dapat tak mesej yang kau nak sampaikan tu? Sebab salah orang tu pakai tudung singkat sahaja, tapi kau nasihat suruh beliau sembahyang berjemaah di masjid, bertafakur dan berdakwah. Kau bajet kau bebel menunjukkan kau tegas? Tidak ya, bagi saya orang yang suka membebel tak tentu hala adalah gelabah. Seperti penulis ini wahhhh!


XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

04 April 2014

Di Mana Tempah Custom Paper Bag?

Assalamualaikum,


Punyalah tak ada apa nak update, marilah kita fefeeling blog directory pula. Lepas ni siaplah penuh entry directory kat mana nak buat bisnes kad, kat mana nak cari kanopi lutsinar, kat mana nak buat label baju, kat mana nak cari tailor baju kurung, kat mana nak cari photographer, eh entry photographer saya dah buat kan? Cuma rate satu satu saya tak letak, ahh malas lah kang semua encik encik photographer marah pulak saya dedah rate diorang hikhik. *Alasan budak pemalas*


Ok kali ni nak cerita tentang custom paper bag. Custom paper bag ni kiranya kita tempah ikut design yang kita nak, yang ada logo kita ke, muka kita ke, atau apa apa je yang nak kita lukis di situ. Kebanyakan yang ambil upah buat custom paper bag ni kedai percetakan juga. Diorang boleh buat macam macam jenis percetakan la kiranya. 


Tapi tak semestinya, kadang2 kedai tu orang tengah je. Last last ambik tempahan hantar ke kilang jua. Sebab tu ambil masa sebulan nak siap tempahan. Salah satu kekurangannya ada kedai mark up tinggi. Sesuai la untuk syarikat syarikat besar nak tempah paper bag untuk conference, semiar dan sebagainya. Mereka ada bajet yang besar. 


Untuk adik adik yang baru nak memulakan bisnes misal kata, atau nak tempah untuk majlis perkahwinan contohnya, kena la pandai pilih yang murah murah. Yela last last tetamu buang juga ye dak? Sekadar nak buat tempat isi jajan je dengan bunga telur, tapi fefeeling nak paper bag ada muka sendiri, nan hado! Terpaksa la cari custom paper bag. Haha.


Di sini saya ada survey sikit sikit kat mana anda boleh upah custom paperbag.

Sun Paper Bags & Packaging Sdn Bhd
03-89455488
info@sunpaperbags.com.my
www.sunpaperbags.com.my
facebook.com/sunpaperbags






See banyak gila kan design dia, syarikat besar pulak tu yang tempah dengan dia. I bet mesti mahal gila kan. Bagi saya rm2.00 sebuah dah cukup mahal dah. Minimum 1000 units ha hambik kau. Jap nanti kalau dah dapat quotation saya letak sini. Harap murah la... Try juga isi borang request quotation dia tapi complicated sangat, nak saiz tinggi lebar, finishing embose, laminate, print gold la silver la, kertas jenis board la, matte la, recycle la aaarghh pening pening. Kalau kat kaunter boleh la tanya dia, yang mana yang paling murah kak? Hehehe.


Must Print Design & Printing
019 3716730 Zarith
0193716740 Mus
mustdesprint@gmail.com
www.facebook.com/MUSTdesignPrinting



Exclusive Paperbagfor @wonder_wardrobe.
Material : 157gsm + Matte Lam
Size : 310mm (w) × 220mm (h) × 100mm (d)
Price : RM1.85/pc for 1000pcs

Huwaaa murah jugak la MUST Print ni, harga macam okay je macam comel je macam mampu je.. Hey uolss kalau nak borong paper bag kat mydin pun cenggini jugaklah harganya. Design bunga bunga kalah hari merdeka, lepas tu tulis TERIMA KASIH. Tak best okay. Baik tempah kat MUST Print. Cantik paper bagnya.



iA Print
0174557630 Intan
0173922879 Azim




Haaa ini baru senang, berterus terang harga yang sebenar-benarnya, senang customer nak buat bajet sebelum jumpa dengan owner. Kadang kadang penjual susah nak bagitau harga secara terbuka disebabkan takutkan persaingan. Ala bagitau je la, senang kami nak survey. Tak semestinya customer nak yang murah je, kalau murah tapi servis lambat saya memang tak ambil. Contoh masa buat bisnes kad haritu, last last pergi yang kat mahal jugak sebab tak larat nak tunggu seller yang lambat iteww hew hew hew.



Paper Bag Comel
https://www.facebook.com/PaperBagComel


Goodie Paper bag macam ni dia jenis print je corak atas ready made paper bag putih tu Yang jenis tak bertangkai, kebiasaannya kedai jual bakery pakai paper bag ini. Kalau nak letak barang yang berat tak sesuai. Lebbih sesuai untuk digunakan majlis majlis tidak formal seperti kenduri akikah, kenduri kahwin atau birthday parti. Oh ya paper bag jenis ini RM30 untuk seratus keping di ChowKit. Sama juga dengan yang brown color. Kalau yang kecik sikit, kertasnya lebih nipis seperti makcik jual keropok lekor guna tu, RM3.00 untuk 50keping di Mydin.  Sekian itu je info yang saya tahu. Kalau korang boleh print sendiri, beli je paper bag ni then print kat rumah kui kui kui.



Malaysia Seri Majlis Personalized Craft Gifts Paper Bag
www.facebook.com/pages/Malaysia-Seri-Majlis-with-Personalized-Craft-Gifts-Paper-Bag
No.26 Bengkel IKS AU 3, 
Jalan AU3/1 Taman Keramat, 
54200 Kuala Lumpur, Malaysia
016-261 2529


Yang ini pun lebih kurang yang di atas ni, cuma dia ada hiaskan dengan hiasan hiasan lain, ada riden, tali talian, sepit comel dan lain lain. Kalau nak tau yang lain lain tu sila usha sendiri di Facebook diorang yek.


Adeh penat nya menaip, nanti nanti saya sambung lagi. Nak tido bye. 


AZZA  AZMAN
Muahhhhhhhhh!!

16 Mac 2014

Di Sebalik Langsir Itu

Assalamualiakum, 

Di sebalik langsir itu, terbaris pokok pokok menghijau, angin berdesir menghembus tingkap kacaku. Kemarau panjang panas membahang mengundurkan diri, akhirnya awan bersedia memuntahkan harta berharganya. Pagi ini redup sejuk. Matahari sedikit lewat menjengukkan diri.

Di sebalik langsir itu, aku berkemarau panjang. Lena dalam kekeringan. Hanyut walau tiada air yang menolak. Aku pelik. Namun tersedar sendiri sekarang. Bukan kekayaan, bukan kecantikan, bukan kebahagian kesempurnaan bukan pangkat mahupun nama. Allah tidak beri itu semua untuk menguji aku. Tapi kenapa  aku masih lalai?


Di sebalik langsir itu, udara segar terus berbakti kepadaku. Sekali sekala Allah kotorkan ia sekadar memberi peringatan. Tetapi aku tidak sedar. Lalai. Mencipta alasan sains kenapa jadi bergitu begini. Bukankah Allah sudah berpesan "Kun Fayakun".


Di sebalik langsir itu, memancar cahaya pelangi. Cukup cantik cukup indah. Nikmat Allah tiada tandingan. Allah memberi aku petanda, walau kemarau walau hujan akhirnya Allah bagi sinar jalan untuk kita kembali kepadanya.


Semoga aku terus ingat, di sebalik langsir itu.


Azza Azman
9.08 AM 
16 March 2014