13 Mac 2013

Surat Buat "Surat Buat Hijabista"

Assalamualaikum,


Ini bukan surat buat majalah Hijabista, tetapi surat buat surat buat majalah Hijabista. Ala yang baru baru ni tersebar di Facebook tu. Ada benarnya kata kata dari "saudari yang concern", tatpi tidak semuanya saya sokong.Setiap kejadian sesuatu pasti ada baik dan buruknya. Majalah Hijabista tidaklah seburuk seperti yang dianggap oleh sebahagian wanita muslimah di luar sana.


Memang benar, ada fesyen yang melampau lampau sampai tahap model muslimah kena lilit ular sawa keliling leher. Terkezuk mak! Kau ada nak lilit ular? Lilit shawl pun aku tak larat, sebab tu main sarung tudung bawal je.


Dan benar, pengisian majalah itu hanyalah tentang fesyen dan iklan yang melambak lambak. Nama pun Hijabista. Orang yang gila fesyen hijab (erti kata hijab zaman sekarang-asal tutup kepala) bolehlah beli majalah ni untuk rujukan. Mana yang nak pergi dinner, tapi tak mau pakai kurung dengan tudung bawal rm10 boleh jugak rujuk majalah ni. Fesyen dia cantik. Plus model photoshoped.

iklan ~the sweet tudung~
rm30

Tetapi saya lihat, ada jugak kebaikkanya seperti ramai wanita yang liat nak bertudung, sudah terbuka untuk menutup rambut cantik mereka tanpa perlu risau kelihatan mak cik makcik. Al maklumlah, memang ada wanita yang tak nak bertudung sebab rasa tudung tak cantik. Soal ikhlas tak ikhlas sukar dibincangkan. Memang wajib itu kadangkala terpaksa. Bila mereka bertudung sebab rasa tudung zaman sekarang itu cantik, itu sudah bagus. 


Satu helai rambut kan satu dosa, sorang lelaki bukan muhrim tengok satu helai rambut satu dosa. 100 orang lelaki tengok 10,000 helai rambut kiralah sendiri. Bila wanita ini menutup rambut mereka dengan shalw lilit lilit pun, cuba kira berapa dosa dapat dikurangkan. Islam bukan matematik, saya tau. Tapi tak apalah, its common sense kita manusia suka berkira-kira.

iklan ~the sweet kurung~
 rm160

rm160

Saya lihat, ramai artis yang tak ada cahaya langsung di wajah mereka, pakai kemban sana sini pada waktu dahulunya, sekarang bertudung litup pun kalah kita yang bertudung bawal 24 jam ni. Alhamdulillah.


Mereka mula menutup rambut semuanya dengan selendang sebagai permulaan. Jangan lah pandang remeh pada SELENDANG. Ingat selendang Wardina? Selendang itulah yang Wardina pakai semasa mula menutup aurat dan selendang itu terkenal satu Malaysia. 


Siti Nurhaliza, Warnida, Irma Hasmi, Liza Hanim, Cat Rose, bla bla bla saya tak ingat nama, semua mula dengan selendang. Mula mula tak tutup dada, sekarang dah tutup semua. Alhamdulillah. Kebangkitan tudung yang cantik cantik sedikit sebanyak menarik golongan suka berfesyen untuk bertudung.


Jika nak baca bahan ilmiah, beli sahajalah majalah lain. Nak kesihatan, beli majalah Rapi, nak majalah Islamik, belilah majalah iIslam, soal jawab, dan sebagainya. Kebanyakkan semua majalah ini dari penerbit yang sama sahaja. Cuma zaman sekarang, mereka fokuskan lagi segment-segment dalam satu majalah menjadi majalah lain. Sebgai contoh, segment kesihatan dalam majalah Wanita, mereka keluarkan majalah baru yang dipanggail Rapi. Ini contoh la.. tak sempat pula nak semak majalah majalah dari penerbit mana. 



XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

2 ulasan:

Namee Roslan berkata...

serious bagus perkongsian azza ni.tapi bg namee, majalah hijabista tu kadang2 over jugak fashion nya.macam tak make sense. nak lilit tudung pun 30 minit. apa lagi nak tanggal untuk wuduk n sembahyang dan lepas solat, pakai balik. memang renyah. sama jugak macam makeup. namee salute gila gadis yg makeup tebal yg jaga solat 5 waktu. gila tabah untuk jaga penampilana diri dan jaga hubungan dgn Allah.

Cik Amy berkata...

a ah..btol...klo nk jd glam or g dinner atau ape2 event, leh refer kt mjlah tu...