04 Mac 2013

Barang atau Wang Saku?

Assalamualaikum,


Bayangkan anda teringin nak makan nasi goreng paprik tapi peti ais sudah kosong minta di isi. Iya peti ais zaman sekarang sudah pandai minta diisi bukan perut sahaja ok. Bila anda minta suami anda penuhkan peti ais, dia pergi beli sayur kailan pula. Plus tempe 5 bungkus.


Bayangkan anda mahu ke majlis makan malam dan meminta ibu tolong belikan baju yang cantik. Tetapi bila dah beli, baju tu hanya sesuai untuk ke pejabat sahaja. Kecewa..


Bayangkan anda mahu makan pizza tapi bila dikatakan lapar, boyfriend anda singgah di kedai mamak pula. Bila terbayang bulu tangan si pencanai roti, perut lapar terus terasa sebu. 


Situasi begini selalu terjadi bila tiada kesefahaman dalam hubungan. Yang satu tidak faham kehendak yang satu lagi. Atau bila sudah ada komunikasi, yang satu lagi buat buat tidak faham pula, atau tidak peduli atau malas nak layan atau egokan diri.



Pertama, jika ia tidak disengajakan, kau kena faham dan bersyukur. kalau kau tak cakap, mana orang tahu apa kau nak. Kalau kau banyak lemak suka meminta minta, kau kena berubah. Ingat semua orang nak ikut kehendak kau saja?


Kedua buat si dia yang selalu buat tak faham, berhentilah. Kalau tidak mampu, kalau tidak larat, kalau tiada masa, kalau tak reti, kau terangkanlah elok elok. Berkomunikasi. Kalau kau sengaja tak suka bawa berbincang, kau memang sengaja cari nahas. Esok jika yang satu lagi simpan dendam kau tau kan akibatnya...


Barang atau wang saku? Kalau susah susah sangat, bagi sahaja wang. So dia boleh penuh kan peti ais di rumah ikut kehendak dan mood dia. Dia juga yang nak masak kan? Layankan saja..



XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

Tiada ulasan: