28 Jun 2012

Fakta Diputarbelitkan Oleh PETKNODE by Shah Dolores

Assalamualaikum, 


Saya tolong share sahaja artikel dari Shah Doroles 
Sebab bersimpati sangat kat nasib kucing-kucing ni. 
Tah berapa hari diorang tak makan minum, 7 ekor mati dalam kedai PetKnode.
Ini tulisan dari Shah Dolores si Pencinta Haiwan.

............................................................................................................................................


Terdahulu, peguam mereka, Syariful Nizam Shahruddin ketika mengemukakan rayuan berkata, perbuatan dilakukan Shahrul Azuwan dan Yushairi cuma satu bentuk pengabaian dan bukannya kezaliman atau penderaan.

 “Tiada penderaan fizikal terhadap semua kucing di bawah jagaan mereka, sebaliknya pengabaian berlaku hanya kerana kekurangan kakitangan ketika cuti hari raya tahun lalu.

“Mahkamah juga perlu mengambil kira soal tanggungjawab moral yang dilakukan mereka kerana ketika kedai lain tidak boleh menerima kucing untuk dijaga, mereka tidak sampai hati menolak permintaan pelanggan,” katanya. PETIKAN DARI HARIAN METRO.


          Pengabaian & bukan kezaliman..anda dpt terima statement ni??? Seminggu sebelum tarikh perbicaraan kes kekejaman petknode boarding centre, hati saya berasa gusar. Gusar kerana memikirkan 1 lagi kes kekejaman haiwanakan dibawa ke mahkamah tetapi hukumannya pasti hanya denda maksimum rm200 atau penjara 6 bulan atau kedua2nya sekali. Akta haiwan 1953 memang langsung tidak boleh digunapakai lagi. Adakah nyawa seekor kucing/anjing atau haiwan lain bernilai rm200??? Bil2 rumah saya yang dibayar setiap bulan pun lebih dari itu! Bukan kita mau menilaikan harga nyawa seekor haiwan tetapi apabila denda hanya serendah rm200, makin byklah berlaku kekejaman haiwan di malaysia krn saya percaya budak sekolah pun mampu utk bayar denda tu!


           Berblk kepada perbicaraan kes petknode pada 12 june 2012, untuk pengetahuan semua, mereka telah menukar pengakuan dari tidak bersalah kepada bersalah, 5 hari sebelum perbicaraan dijalankan. Saya ada di dlm court room semasa 30 pertuduhan dibacakan kepada mereka. Sikit pun tiada raut sesalan di muka mereka. Muka relax habis. Saya plak 2-3 kali bergenang airmata bila pertuduhan dibacakan sbb teringat peristiwa 4 sept 2011 & betapa susahnya nak membela nasib haiwan yang teraniaya di malaysia ni. Hanya 7 org saja dari pihak kami yg berpeluang masuk ke dlm court room smlm dsbbkan tmpt yang terhad & 7 org ni hampir pitam bila banyak fakta diputarbelitkan oleh lawyer mereka.


SALAH SATU FAKTA YG DIPUTARBELITKAN OLEH MEREKA & LAWYER MEREKA ADALAH "TIDAK ADA SEEKOR PUN KUCING YANG DITEMUI MATI SEMASA PREMIS DIPECAHKAN. KUCING-KUCING ITU MATI SELEPAS DIPULANGKAN KEPADA TUAN MASING-MASING & PETKNODE TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN SEPENUHNYA DALAM HAL ITU"


          Apa perasaan anda? Saya berada di tmpt kejadian & melihat dgn mata kepala saya sendiri kucing2 itu mati dlm keadaan yg sgt mnyedihkan. Pada hari kejadian, saya juga yg meminta seorg volunteer lelaki menyimpan 2 ekor kucing yg mati di dlm fridge sementara menunggu tuannya dtg. Saya sendiri yg bawa tuan kucing2 itu ke fridge utk membuat pengesahan adakah kucing2 yg mati itu milik beliau. Saya jugalah yang telah mengambil nama, i.c & no tel tuan kucing2 malang itu dan menasihati beliau untuk mendapatkan laporan bedah siasat dari veterinar.

 Ibu & anaknya yang telah mati mengadap & berpelukan antara satu sama lain. Mereka dikeluarkan dari dalam premis Petknode selepas dipecahkan. Owner telah datang untuk menuntut kucing2 ini pada petangnya.


          Selain 2 ekor kucing yg mati di dpn saya (ibu & anak kucing yg mati mengadap & berpelukan antara satu sama lain dalam keadaan yg memilukan), ada lagi 5 ekor anak kucing yg mati. 4 ekor mati di dlm premis & ada di antara mereka yg badannya dah melekat di atas lantai kerana mungkin telah mati lebih dari 3 hari, seekor mati di dlm cage (ibu & 3 ekor adik beradiknya masih hidup di dalam cage yg sama) & badan anak kucing itu pun telah melekat di besi cage. Dapatkan anda bygkan betapa sebak & hancurnya hati kami apabila 7 ekor kucing yg tak berdosa ini mati di dalam jagaan petknode dan mereka menafikannya di dalam court room dengan mengatakan tidak ada seekor pun kucing yg mati di premis mereka pada hari kejadian??? Ini yang 7 ekor, ada beberapa ekor lagi mati apabila sampai di rumah tuan masing2 menjadikan jumlah kesemuanya berbelas ekor yang mati akibat ketahanan badan yg semakin lemah kerana tidak diberi makan & minum dalam tempoh masa yg lama dan juga virus yg diperolehi dari petknode.

 Seekor kitten bewarna putih mati di dalam cage. Ibu & 3 ekor adik beradiknya masih hidup.


          Adakah ini yang dikatakan pengabaian & bukan kezaliman? Tapi di mana hak kami untuk bersuara? Di mana hak kami untuk membela nasib kucing2 yang diseksa kejam ini? Kami buntu bagaimana untuk mendapatkan keadilan bagi kucing2 comel yg tak bersalah ini. Kucing2 ini tidak boleh bercakap, jadi kamilah yang menjadi suara mereka, kamilah ibubapa mereka, kamilah yang ingin menuntut keadilan buat mereka biarpun kebanyakan pemilik kucing tidak mahu memberi kerjasama sewajarnya sepanjang kes ini berlangsung. Dari 60 pemilik kucing, hanya 10 orang saja yg benar2 mahu menuntut keadilan bagi si comel mereka. Bukan duit yang dipersoalkan di sini tetapi tempoh penyeksaan & trauma yang dilalui oleh kucing2 yang terlibat mesti dituntut bela seadil-adilnya.

 Kitten yg mati di atas lantai di dalam premis Petknode


          Ya, hukuman allah lah yang maha adil tetapi hukuman dunia juga haruslah setimpal dengan perbuatan yg telah dilakukan. Maaf, hanya ini yang mampu saya ceritakan setakat ini kerana hukuman belum lagi dijatuhkan & saya tidak mahu mengganggu proses mahkamah. Insyaallah, selepas kes ini selesai, saya akan menceritakan semua fakta yang diputarbelitkan oleh mereka di mahkamah.saya menyeru kepada semua pencinta haiwan, pemilik haiwan, volunteers, rescuers dan semua rakyat malaysia yang benar2 mahukan keadilan untuk si comel yang tidak bersalah yang menjadi mangsa dalam kes ni & juga untuk membela nasib haiwan2 lain yang dizalimi di luar sana supaya datang memberi sokongan pada 28hb jun 2012, pukul 9 pagi bertempat di mahkamah majistret petaling jaya dengan memakai baju merah.

 Kitten yg mati di atas lantai di dalam premis Petknode


          Pada hari itulah nanti hukuman akan dijatuhkan. Ini antara kes kekejaman haiwan terbesar di malaysia & adakah anda hanya memilih untuk duduk di dpn pc/laptop/ipad untuk membela nasib mereka? Luangkanlah masa anda beberapa jam untuk memberi sokongan di mahkamah nanti kerana dengan beberapa jam itu anda mungkin boleh mengubah nasib haiwan2 di malaysia pada masa hadapan. Kepada 2 owner petknode, tipulah selagi kamu blh tipu. Mgkn kamu lupa allah maha mengetahui, allah maha melihat. Mungkin kamu juga lupa kucing2 yg mati itu blh bercakap di sana nanti. Muka kamu jelas menunjukkan yg kamu lgsg tidak ada rasa bersalah dlm kes ni.

Kitten yg mati di atas lantai di dalam premis Petknode.


          Saya memerhatikan kamu sepanjang perbicaraan smlm. Kamu & ahli keluarga kamu menjeling & memandang sinis pada kami. Salah seorg ahli keluarga kamu juga telah berlaku biadap pada kawan kami kerana mengambil gambar kamu. Ahli2 keluarga kamu yg lain juga telah menolak semua camera dari media yang mengambil gambar. Tapi takpe. Sikitpun semangat kami tak tercalar dalam perjuangan ini. Macammana pun kamu sakiti hati kami, takkan sama dengan penderitaan & trauma yang dialami oleh kucing2 comel yang dizalimi oleh kamu!


            Takkan sama dengan nyawa kucing2 yang tak bersalah yang diragut kejam oleh kamu!  Hanya kerana mereka makhluk yg lemah & tidak boleh bercakap, kamu aniaya mereka sesuka hati kamu.  Kamu boleh tersenyum riang sepanjang berada di mahkamah seolah2 kamu gembira dengan perbuatan kamu yg keji itu. Tidak ada langsung permohonan maaf diungkapkan kepada semua yg hadir semalam sedangkan kamu boleh berbuat begitu kalau kamu mahu.

 Kitten yg mati di atas lantai di dalam premis Petknode


           Perasaan marah atas apa yg kamu lakukan pada kucing2 itu akan saya pendam sehingga nafas saya yg terakhir. Di sini saya sertakan bukti gambar2 kucing yang mati semasa premis petknode dipecahkan pada 4 sept 2011. Anda nilaikan sendiri. Kalau hati dah hitam, dalam mahkamah pun boleh menipu.KEPADA MANGSA2 PETKNODE YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA, DAMAILAH KAMU SEMUA DI SANA SAYANG, DI SISI PENCIPTA YANG MAHA AGUNG..MAAFKAN KAMI SEMUA SEKIRANYA KEMATIAN KAMU TIDAK DAPAT DIBELA DENGAN SEADIL2NYA TAPI KAMI AKAN MENCUBA SEDAYA UPAYA..KAMI SEMUA TAKKAN PERNAH DAPAT MELUPAKAN KAMU..



          Ibu & anaknya yang telah mati mengadap & berpelukan antara satu sama lain. Mereka dikeluarkan dari dalam premis Petknode selepas dipecahkan. Owner telah datang untuk menuntut kucing2 ini pada petangnya.Kitten yg mati di atas lantai di dalam premis PetknodeKitten yg mati di atas lantai di dalam premis PetknodeKitten yg mati di atas lantai di dalam premis PetknodeKitten yg mati di atas lantai di dalam premis Petknode
Kitten yg mati di atas lantai di dalam premis Petknode

Source by Shah Doroles



............................................................................................................................................



Pada pendapat saya tak tak berapa gemarkan kucing tapi idak le sampai benci, biarlah Mahkamah lakukan kerja mereka. Mereka lebih berpengalaman. Kalau betul Petknode bersalah, mereka akan dihukum. Kalau hukuman yang dijatuhkan tak cukup berat hanya RM200 sahaja, tak apa hukuman Allah bakal menanti. Kucing ni haiwan kecintaan Rasulullah dah sahabat sahabat baginda. Kalau bukan kucing pun, haiwan lain pun tak sepatutnya diperlaku sebegini. Wallahualam.


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

26 Jun 2012

Lagu-Lagu Zumba

Assalamualaikum, 


Haritu ada citer sikit sikit pasal senaman Zumba (cardio, muscle workout and toning) kan?
Ada siapa siapa buat tak rumah? huhu potong jari ler korang kalau buat.
So harini nak share lagu lagu yang kami guna semasa sesi senaman ceh wah!
Lama lama syok pulak dengar lagu ni siap burn dalam CD letak dalam kereta kau. 


Nah ni la antaranya:         (link will be updated soon)
  • Waka Waka, (link)  
  • La Subienda, (link)
  • La Ponta Na Pe, (link)
  • Where's The Party, (link)
  • La Vida Es Un Carnaval, (link)
  • Hella Decale/ Zumba He Zumba Ha, (link) 
  • Mambo Rumba Flamenca / Duni Mi Duni Ladjane, (link)
  • Dueno De Nada And Crazy Love, (link)
  • El Party Merengue Proyecto Uno, (link)
  • Baila Mi Son By Ensamble, (link) 
  • Balans Caribbian, (link)
  • Mr Saxobeat, (link) 
  • Baile Privado, (link) 
  • Stand By Me, (link)
  • The Sign, (link)


So semua lagu ni ada lah untuk gerakan cha cha, mambo, cumbia, merengue, salsa macam-macam la. 


Selain lagu di atas, instructor pun ada guna lagu Bandi Amok dan Mahir Zain.
Ala tak kisah la lagu apa pun asalkan ada rentak. 
Cuma lagu kat atas ni sebagai trademark dia la.
Oh ya lagi satu, instructor azza tu dah tak buat kelas hari Ahad di UIA ni.
Sebab ada offer lain dari luar. Masyukkk...
Tak pa hari ahad kita kasi rehat k.


Pasanan tak putus putus dari instructor saya....
Kalau nak berzumba boleh tapi kena la pandang kiri kanan.
Dia pesan jangan bukak aurat pada bukan mahram.
Jangan buat di tempat awam sebab senaman ni beriya sikit...
Kalau dah goyang 360O , pakai jubah pun boleh boleh buat lelaki terliur!

All of you are welcome to the classes in Bangi Saturdays at Nurwin Fitness at 10am, and Sundays at Santai Suri at 10am ;) ~madam instructor~
 Dr. Shuhaidah to be among those who offer a better option for the zumbalicious muslimah.

 
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

25 Jun 2012

Misteri Duit Derma

Assalamualaikum, 


Harini kan kita kan pergi masjid kan....
Memandangkan dah banyak kali mama ajak.
Tapi liat sangat, yela tak de rezeki kan nak buat macamno.
Ceh ayat nak coverina diri sendiri.
Padahal masa magrib la terhegeh hegeh nak mandi la apa la.
Last kena tinggal... T___T


So tapi sebelum naik kereta sempat la cakap duit singgit singgit bergulung atas meja.
Ingat balik dari masjid nanti singgah  farmasi ada "benda" la nak beli.
Rasanya cukup kot duit tu, kalau tak cukup leh pau duit tol dalam dashboard kan.
Capai duit tu terus letak duit dalam beg telekong. Campak saja.
Senang beg ni tak yag bercompartment bagai.


Tapi lepas solat, main main la hp pakai wireless masjid.
Tapi sambil dengar la ceramah tu pasal mandi sunat ceh ceh.
Tetiba ada sorang makcik ni cuit dari tepi..
"Dik, nanti tolong letak duit ni dalam tabung ye..." dia jeling ke tabung kat depan.
Saya angguk. Dia kata "bukan apa susah nak letak sekarang"
Dia hulur duit singgit singgit bergulung ke tangan saya. Saya ambik.
Baik ye makcik ni.


Tadi tangan main hp dalam telekong.
Tapi sekarang letak tangan luar telekong sambil pegang je duit tu.
Yela takut orang ingat saya nak songlap duit tu.
Pelik, saya pandang je tabung tu tak ada orang pun solat kat tabung tu.
Apa yang susahnya nak letak duit tu?


Tanpa berlengah masa saya pun pergi la kat tabung tu dua tiga langkah je puiiiinnn...
Selesai. Saya pergi ke belakang sekali ingat nak sandai ke dinding sampai main hp.
Yela kang setazah mama nampak kang dia kata apa pulak kan main hp dalam mesjid.
Dalam kepala pikir "eh cukup tak ek duit aku bawak tadi?" Kira lah.


Raba raba dalam beg telekong. Ish mana duit ni...
Terbalikkan beg tu. Tak ada juga.
Saya intai kedalam tak ada!


Bingung jap.


Pastu baru terpikir.


Sama macam yang korang terpikir.


p/s : maybe nak tunggu aku buat baik susah bebenor, so Allah bagi peluang dengan cara macam ni.


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

23 Jun 2012

Memori Cekodok Hampas Soya

Assalamualaikum, 


Tetiba mood sedih nak dekat ramadhan ni.
Padahal teringan benda yang sweet. Sweet sangat.
Tadi terfikir nak berniaga la bulan ramdhan.
Mana tau Allah bagi rezeki berlipat ganda.
Tapi tak tau nak berniaga apa.
Takkan nak jual cekodok je kan.


Sweet sangat sebab masa darjah 3 dulu kami sekeluarga pernah berniaga.
Berniaga jual kuih muih je untuk bukak puasa.
Kecik kecik je pun tapi best la.
Walau bukan saya yang masak tapi terasa bahang betapa sibuk nya menjelang petang.
T__T


Mama balik sekolah terus siap siap kan diri dan masak.
Macam macam kuih tau termasuk la cekodok soya.
Air soya jual, hampas soya buat cekodok.
Sedap sangat colek dengan sos pedas manis.
T_____T


Dibantu oleh acik wok, acik ina dan makdak.
Rasanya Mak Andak cikgu sekolah petang.
So dia tolong sikit sikit je. Ye ke eh?
Acik ini sekolah lagi masa tuh.
Sekarang dah ada baby dah tengok kat sini comelsssss
Cepatnya masa berlalu..
T__________T


Lepas masak semua, hangkut la kerusi meja ke jalan besar.
Tak ada payung pun. Bawak plastik je untuk tutup.
Rasanya jalan kaki je hangkut meja tu. Lawak kan?
So yang jaga gerai tu gilir gilir lah.
Mama kadang kadang jaga jugak.
Tapi banyak buat persiapan untuk berbuka pulak kat rumah.
Banyak yang jaga Acik Ina kot sebab dia sekolah lagi.
Lepas masak semua, hangkut la kerusi meja ke jalan besar.
Tak ada payung pun. Bawak plastik je untuk tutup.
Rasanya jalan kaki je hangkut meja tu. Lawak kan?
T__________________T


Bila dah nak maghrib, papa pulak balik kerja.
Papa bawak donut besar besar yang bersalut coklat tu dari tempat kerja.
Bukan macam dunkin donut ke big apple tu. Tu tak wujud lagi.
Yang papa bawak ni gemuk je, lubang tengaj kecik je besar lobang hidung hampa semua.
Nak tau donut tu kami belah kecik kecik dan jual semual. Laku jugak. Sebab salut coklat kot.
T_____________________________T


Motif sedih bagai?
Sedih lah masa ni buat benda leceh leceh macam ni untuk dapat kepuasan.
Rasa puas bila dapat buat makanan untuk orang berbuka.
Mama, acik wok, makdak, acikna bukan nya nak untung pun tapi seronok kot.
Tapi untung bersih ada lah jugak, boleh la bahagi 4 orang untuk duit raya.
Zaman tu, rumah ada 3 bilik je, berhimpit bagai dengan dapur kecik masak macam macam.
Tapi seronok la. Aman bahagia walau tak ada asteruk, tenet, facebook dan lain lain.
Masa tu masa zaman produktif. Sekarang walau family depan mata tapi....
Tapi diam je masing masing ngadap hp, lappy, playstation tak pun duduk dalam bilik masing2.


Sedih..... T________________________________________T


p/s : bukan sedih kecewa tu tapi sedih sayu rindu zaman kecik kecik. sekarang pun bahagia gak :)



XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

Kerja Rumah Untuk Lelaki

Assalamualaikum, 


Malam malam sabtu ni memang sedap beronline beronggeng la sampai pagi.
Yang jejantanz pulak mesti tengok bola kan?
Pastu lepas subuh baru tido sampai ler ke petang.
Hish seriau memikior pangai kome ni.


Pesanan khas buat lelaki, remaja yang bersekolah atau sedang menunggu further study.
Sila sila lah buat buat rajin di rumah.
Jangan lah goyang kaki saja.
Dah tak lama dah ni.... esok masuk U susah dah nak cuti.
Lagi lagi dah kerja, dah kawen.
Ini je masa.


Tau korang tak ada duit nak bagi adik adik, mak ayah.
Tapi cukuplah mnyejukkan perut mak mengandung
Sejukkan mata bapak yang memandang dengan:
Buat Kerja Rumah.



Jangan risau ya.
Kamu tak perlu masak rendang atau sup ikan haruan bagai.
Buat kerja yang simpla sudah cukup meringankan beban parents seperti:

1. Masak air minum.
2. Buang sampah keluar.
3. Lap kereta mak dan ayah.
4. Basuh baju kamu sendiri.
5. Pergi kedai apabila diminta tolong.
6. Basuh pinggan cawan sendiri dan mana yang ada di singki.
7. Jemput hantar adik ke sekolah.
8. Buat ais dalam peti.
9. Bukak pagar bila parents balik kerja.
10. Masak nasik bila tengahari.



Jadikan amalan setiap hari.
Simple gila kot. Tapi mampu buat akak abang mak ayah rasa bangga dan sayang.
Tak perlu ikhlas. Ikhlas tu datang sendiri kemudian. Paksa diri dulu.
Nak berlakon pun tak apa. Tak efek apa pun.


Nanti bila korang dah keluar rumah untuk further study, barulah family rasa rindu.
Kalau korang asyik malas je, lepak dengan kawan je, tido je... memang tak lah kan.
Korang ada tak kat rumah family rasa biasa je. Sedih kan? So sila bertindak.


Go go move!



XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

20 Jun 2012

IQ Cetek

Assalamualaikum,


Adoi terus terang la azza cakap.
Terasa makin lama otak ni macam lembab pulak.
Maybe sebab banyak tengok TV.
Baca berita pun kat internet.
Otak kurang bekerja la kan...


Buktinya tadi masa tertonggeng tonggeng buat cream untuk kek.
Papa panggil. Cecepat la naik atas kan.
Siap angkut sekali batang mixer tu.
Tak tau pasal apa maklumlah otak lembab dah sangat ni.


Papa bagi ni.
Abaikan besi mixer yang penuh krim tu.


Papa suruh saya ceraikan kedua dua besi bentuk M tu.
Saya cepat je cakap "eh senang je ni..."


Pastu ada lah dalam sejam aku tak leh pun ceraikan.
Bengang la.
Adik adik nampak.
Yang kecik sekali tu nak buatkan. I mean ceraikan dua set besi tu.
Eh eh mana boleh tolongkan, biar akak yang pandai ni buat sendiri okeh.


Lama pastu still tak dapat, tapi tak mau la tanya adik. 
Tercabar tau.
Cari kat Youtube.
Macam macam keyword saya guna.
Last sekali guna "metal IQ trick"
Dengan senangnya dapat la ceraikan benda nih.
Ala senang je ropenye. 


Senang senang pun tengok youtube jugak la kan...

Anyway video ni bukan cara nak pisahkan besi tu tapi video alat alat tricky yang lain. 
Oh ada 8 set rupenye. 
Papa bagi yang bentuk M je.
Best weh.




Pesanan terakhir, sila dapatkan benda ni dipasaran berhampiran.


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

17 Jun 2012

Zumba Fitness Let's Party!

Assalamualaikum, 




Uih penatnya snap gambor orang seman ni.
Kalau ikut senam sekali mesti penat. Haha.
Benda kalau depan Tv ni bukan apa kakak kakak oi.... boring.
Sorang sorang depan TV, bila iklan terjelepok atas sofa.
Lepas tu setengah jam awal je ikut. 
Yang seterusnya ikut gerak mata je... danggg~~



So tadi yang terawal dia ajar senam ikut step samba.
Tak sempat amik gambar.
Yela bukti weh bukti.




So yang sekarang ni dia ajar senam cara hip hop.




Lincah gila la kak Patricia Moreno ni.
Semua jenis tarian ke dia tau ha?
Patut lah fit engko.







Sapa sapa nak ikut senam kat TV ni boleh lah bangun pukul 6 pagi.
Pastu bukak chanel 706. Erk sapa yang ada astro beyond je kot.
Hengat senang nak bangun pukul 6 pagi pastu nak meroyan sensorang depan TV?
Koser sangat.




Nasib baik saya ikut kelas Zumba Fitness!
Best sangat.
Depan cermin.
Kelas sangat tau.
Rasa macam budak AF haha.




Ni video basic step Zumba. Try la... try la...




Amacam? Best tak?
Kalau best boleh la add You Aye Eayy Zumba.
Kelas yang saya ikut ni buat kat Uiam kat female sport complex.
Ada juga dia buat kat bangi maybe kat taman perumahan dia (madam instructor).
Tapi untuk muslimah je lah, boleh lah kita beronggeng kat dalam tu tanpa risau.




Instructor kami bertauliah tau, ada lesen dari Zumba.
Terbuka untuk orang luar juga, hanya rm56 untuk 10 sesi kelas. 
Ramai je orang luar join. Sebab berbaloi-baloi.
Tempat private dan selesa aircond semua.
Jangan risau malu kat jejantan sebab pintu dikunci.




Kalau korang bukak page Zumba dari instuctor saya ni, dia ada tunjuk before and after dia amalkan zumba ni. Boleh kata dia dulu mengalami lebih berat badan sangat sangat, sampai cedera lutut. Sekarang ni fit pulak dah kalah saya yang belum beranak ni. Haha.




Jom join Zumba Fitness!!


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

Tersalah Pilih Photographer


Assalamualaikum,


Selalu tengok kat facebook gambar orang kawen. Semangat tau bukan semangat kawen tapi semangat tengok gambar cantik cantik. Tapi sedih bagi pihak pengantin bagi yang tersalah upah photographer. Saya bukan lah pandai sangat tapi still boleh la tau mana gambar elok atau tak elok. Ada tu gambar pengantin kat sebeleh model keretapi kat muzium dengan color nya pekat kemain sakit mata tau. Sangat tak kelakar. Haha!


~sekian intro~


Ada sesiapa yang nak kawen tak tahun ni atau tahun depan? Dah jumpa photographer belum? Kalau belum lagi boleh lah survey survey kat facebook antaranya kat lembayungsenjaphotography. Gambar-gambarnya boleh tahan. 


Bukan apa, rasanya diorang ada buat promotion dapat 15% untuk semua B2B BLOGGERS!! 
Semua bride to be bloggers hanya perlu:
1. Minimum blog ada 50 follower
2.Buat entry bertajuk AWESOME LEMBAYUNG SENJA PHOTOGRAPHER

Senang kan?


 
Kat bawah ni quotation harga asal. Kalau ikut pengiraan saya lah kan, kalau harga rm3999 tolak 15% dah jadi rm 2550 je. So jimat rm450. Banyak tu....


 So apa lagi cepat grab peluang ni!


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

16 Jun 2012

Kentut

Assalamualaikum, 

Saya  cedok dari car forum, kalau ada sesipa tau penulis asal, bagitau lah ye..

FAKTA TENTANG KENTUT.....



Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett dan pelbagai bunyi dapat didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Walaubagaimanapun ianya dapat memberikan sensasi kenikmatan duniawi bagi para pengentut. Dikalangan lelaki ianya boleh dijadikan alat pengikat silaturrahim sesama spesis. Bagi lelaki kentut itu kelakar. Bagi perempuan tak tahulah. Okaylah di sini disediakan beberapa soalan-soalan lazim mengenai kentut. Sesiapa yang nak baca silakan...



Dari mana datangnya gas kentut?


Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut. Apakah yang membuatkan kentut busuk? Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.



Kenapa kentut menghasilkan bunyi?


Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.



 

Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?

Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.


Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.



Berapa kali seseorang itu kentut sehari?


Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.



Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?


Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.



Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?


Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.



Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?


Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.



Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?


Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut .Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.


 

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?

Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.


 

Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?

Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.



Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?


Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.




Adakah betul kentut boleh menyalakan api?


Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.



Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?


Ada . Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.



Adalah kura-kura kentut?


Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.



Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?


Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.



Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?


Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.



Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?


Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:


a) Pengentut menghidap cirit-birit


b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)


c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.




Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?


Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.


 

Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?

Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain.




Adakah kentut mampu membunuh?


Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya beroperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan intestine mereka.



Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?


Makanan yang pedas dan berempah.



Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik.


Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah... (HAHAHAHAHAHA)



Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?


Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.



Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?


Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.

 


Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?


Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.



XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

12 Jun 2012

Budak Hensem

Assalamualaikum,


Biasa kalau tengok bebudak rasa comel je tapi kali ni rasa hensem. Hensem sangat. Layanzz....




















 


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE