10 Jun 2012

Char Kueh Tiow

Assalamualaikum, 


So harini nak share resepi buat char kueh tiow.
Beriya kan macam pandai masak pulak.
Sebab utamanya nak cuba Sos ApaiCorner Paling Sedap ni.
Mmm so senang je kan. Sesuai untuk pemalas macam saya.


Macam biasa wajiblah ada kerang dan udang.
Lepas tu kueh tiow, daun  kucai dan taugeh.



1. Memula pastilah kena ada Sos AcaiCorner Paling sedap. Khas untuk masak Char Kueh Tiow.


2. Masukkan minyak, panaskan. Masukkan kerang dan udang.

jangan pedulikkan kuali hitam, malas nak cari mana kuali lain (-_-)'


3. Lepas tu masukkan sesudu sup Sos AcaiCorner Paling Sedap. Gaul gaul. Eh betul ke guna perkataan gaul hah?

4. Masukkan air secukupnya dan kueh tiow untuk sepinggan.

5. Lepas tu masukkan taugeh dan daun kucai. 

6. Last sekali masukkan sebijik telur.

7. Mudahkkan? Tak payah la nak kira berapa sudu sos tiram, kicap la, garam la, air udang la... Goreng jangan lama lama sangat. Kejap je dah boleh angkat.
 


Tada dah siap, alamak tak cuku air kot. Macam tak ada kuah la pulak. 
Walau tak cantik macam Malis hahaha, tapi rasa still sedap.
Esok nak try lagi kasi kuah lebih sikit.


Licin!


Terima kasih kat Enon Cookies & Biz sebab hadiahkan Sos AcaiCorner Paling Sedap ni.
Cuba korang tengok kat page, Enon Cookies & Biz terliur kat roti jala dia!! Slurppp......
 
 
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

5 ulasan:

Jay berkata...

fuh..nak cuba juga masak char kue teow ni.:)

Qaseh Gifts berkata...

Azza, nampak menarik char keu teow tu...

nur anis berkata...

kuah lebih, mesti lagi menyengat kan..

naim berkata...

hoho

berselera .. haha

;)

Namee Roslan berkata...

sedapnya !! rindu nak makan!!