29 Julai 2011

Serius, Chempaka Sari Nak Bagi Banner Blog Percuma!

Salam, 


Ini mungkin entry spontan. Even hari ni hari jumaat. Sepatutnya hari khamis. Huhu! Chempaka Sari nak tanya ada sesiapa nak banner free tak? Cepat sebab benda ni berjalan selama tiga hari je iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hari Isnin nanti saya dah boleh pilih entry review pilihan Chempaka Sari. Huhu.



Yeah i know i know, semua saya buat ada color purple kan? Semua nak macam gurlz kan. Ala nanti saya design la ikut kesesuaian blog kamu. Hehe. Kalau suka dengan design banner saya, boleh lah tulis satu entry review blog Chempaka Sari dalam at least Satu perenggan dan letak Satu gambar mana-mana dari blog ni.


5 entry pilihan akan menerima banner free dari saya. Tarikh akhir Ahad ni atau 31 Julai 2011. Kalau SORANG  je yang join pun, saya akan buat jugak untuk dia. Tak de hal lah. Malas nak promote benda ni bukan kontest atau segment sangat pun. Sesaje sebab memang hobi buat banner dengan header ni huhu.


Letakkan url entry tu kat komen di bawah ye. Thanks. 




Ini Senarai blog yang join untuk hari Jumaat


Ini Senarai blog yang join untuk hari Sabtu


Ini Senarai blog yang join untuk hari Ahad




Buat sesiapa yang nak tempah..... im not so sure for that. Tak berani lagi la. Tak tau nak layan customer macamne dan tak tau nak buat pricing macamane. Ni saje saje je ngabeskan masa dan boras di dapur. Anyway, ni contoh review yang baik, sebab seolah seolah dia kenal blog ni dan baca entry-entry di blog ini. Cuba tengok DISINI. Yang lain masih ada peluang untuk edit entry review sehingga hari isnin. Gud luck awak semua.


XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Jom LIKE

Hot! ketepek Iklan Percuma 24 Jam Sementara Stok Masih Ada


Salam, 



Perhatian
Iklan product tak mau.
Iklan MLM tak mau.
Iklan gambar lucah tak mau.
Iklan Churp & Says tak mau.
Iklan hilang barang pun tak mau.

Kesimpulan
Iklan url blog sahaja okie.
Pastu follow ler Chempaka Sari.
Kalau internet laju lagi.
Komen la kat entry.
Letak Blog CS ni di bloglist kamu sekali.
Hihihi.

Yang Penting
Iklan yang langsung tak ada gambar akan diremove.
Letak url gambar bukanlah sesusah mana.
Google image je then copy url, & paste.
Yang penting usaha.
Hahaha.


Huhu tajuk macam tak nak kalah. Ala ape salahnya feeling blogger hot. Alkisahnya sebab dah 2 hari berturut pageview cecah 1000 setiap hari, admin blog Chempaka Sari nak hadiahkan kat semua visitors sebaris tapak iklan free selama 24 jam. Tengok tu guna word "admin" macam bajet gila. Huh... (-_-')




Semasa entry ni ditulis, kelima-lima sudah pun penuh ye kengkawan. Tak sempat nak war-warkan kepada peminat sekalian  (oh Chempaka Sari did it again). Muahaha! Tutorial ni disebabkan ada yang bertanya kat saya macamana nak ketepek iklan tu. Meh CS nak tayang tutorial. Errr, CS tu maksudnya Chempaka Sari, blogger hot mesti ada short form maa....



Tutorial bermula dari sekarang!


1. Pertama, kalau tapak tu belum ada orang nak sewa, dia akan tunjuk macam gambar kat bawah ni. 


2. Ini bermakna awak bernasib baik wuwuwuu... Klik je kat mana satu kotak yang paling strategic menurut perasaan hati awak.


3. Akan keluar pop up window macam ni.. Masukkan jelah url blog kamu. Pastikan masukkan sekali http:// tu supaya tak error ketika orang lain klik nanti.

4. Lepastu masukkan url banner blog kamu yang kalau boleh segi empat tepat (eg: 100x100) barulah curlass gitu.



5. Blog yang tak ada banner jangan risau. Masukkan je url gambar kamu yang petak dan pastinya comel. Letak gambar kartun pun tak apa, doodle ke. Yelah memasing ada doodle sendiri kan sekarang. Macam ni ar korang, saya je yang tak ada doodle.


6. Akhir sekali, tekan butang "simpan". Iklan tu akan berjalan selama 24 jam. Kalau nak sambung datanglah keesokkan harinya. 



Selamat ketepek iklan comel blog kamu. Da...


Wassalam.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

28 Julai 2011

Menyalahkan Orang Lain

Salam,





Awak semua pernah tak berhadapan dengan situasi kawan-kawan atau ahli keluarga yang lebih cenderung untuk menyalahkan orang lain bila berhadapan dengan kesukaran? Ceh rasa macam ayat iklan Payuda  kat TV3 pulak.




Hmm kalau sikit sikit takpe boleh tahan lagi tapi kalau dah kerap sangat rasa meluat pulak. Ada tu terlanggar cina kat pasar malam, dia merungut-rungut sampai tak sudah. Jam dia hilang, selumber je tuduh ada orang lain curi.




Paling teruk, bawak kereta nak masuk simpang tak bagi signal. Bila orang belakang hon, dia hon balik siap maki-maki dalam kereta. Penumpang yang lain tadah jelah telinga. Nak buat macamana. Sikap negatif memang susah nak ubah kalau tak pernah nak muhasabah diri. Orang nasihat elok elok tak mau dengar malah dibalasnya balik kat orang tu.


Ingat, satu jari awak tunjuk kat orang lain,
Lagi tiga jari tunjuk ke arah diri awak sendiri.




Teringat satu kisah perbualan dalam phone.

Aku: Hello, ko dah selamat sampai rumah ke belum?
Dia: Dah, baru je sampai. Ish ish ish mane ni....
Aku: Apasal bunyi macam bising-bising, ko tengah watpe?
Dia: Aku tengah kuarkan barang-barang dari handbag ni. Alamak...mana pulak handphone aku ni !
Aku: Ape bendanye yang ko carik?
Dia: Handphone aku!!! Handphone aku takde weyy!! Aku rasa tetinggal kat kedai makan tadi. Kau la ni yang tak ingatkan aku, asyik berborak je manjang.
Aku:
Erm, cuba kau carik kat telinga kau.


Huhu entry ni khas tujukan buat diri sendiri. Persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan. Semoga saya sentiasa berfikiran positif sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya. Amin..



XOXO, Chempaka Sari
Jika Bermakna Jom LIKE

27 Julai 2011

#10 Wordless Wednessday : 7 Most Beautiful Indian Brides

Salam, 

Macam biasa nafsu mengupload gambar akan dilepaskan pada hari rabu.
Bukan satu tapi tujuh, maaf...


Sekarang ni ada promotion dari RM120 jadi RM45 je untuk Glam Bollywood Evening Makeup dekat Femina Bridal & Wedding Gallery, Brickfields. Woah woah woah teringin jugak nak kawen ala Bolywood. Biar juling orang kampung nengok.













Paling suka yang pakai sari biru tu. Cantiknya!
Kalau teringin nak photoshoot cantik macamni.
Ada promotion murah gila RM 50 je.
Bolehlah survey tawaran itu di SINI.
Baca jangan tak baca.


| KLIK |


XOXO, Chempaka Sari
Jika Gambar Ni Cantik Jom LIKE

26 Julai 2011

10 Gaya Posing Hot Terkini, Muahaha!

Salam,

Setelah merayu domba (ada ke domba?) kat seorang blogger kacak ni, beliau akhirnya beri keizinan kepada patik untuk share entry beliau di blog patik yang katik ni. Jom enjoy cara posing hot the hottest masa kini. Bila dah bergaya macam ni kompem kalah Fatin Liyana. Kalau letak kat facebook, pastilah berduyun-duyun yang LIKE dan komen. Kalau letak kat blog, pastilah follower cecah 30,000 macam Hanis Zalikha dan traffik berjuta macam Ben Ashaari. Muahaha.

Sebelum menikmati gambar di bawah ni, diingatkan ini lakonan je bukan betul-betul. Reramai say thanks to Si Kacak Muhamadsufian89 sebab telah menceriakan hari kita. 3, 2, 1, start now!

1. Posing sambil buat peace...

2. Posing dengan gaya pandang ke atas..

3. Posing dengan gaya ala-ala berfikir...

4. Posing buat simbol OK dekat mata...

5. Posing dengan cara buat flying kiss..

6. Posing buat gaya suruh diam..

7. Posing mintak call..

8. Posing mintak penyepak buat-buat terkejut..

9. Posing gaya opsss!!

10. Posing tabik ala-ala abang tentera..haha

Ok ni la 10 gaya posing terhangat masa kini..tak tau la apa korang rasa tengok model ni..kalau rasa-rasa nak muntah ke sepak ke sila bagitau ye sebab kita nak cari model lain..haha..kepada sapa-sapa yang nak jadi model saya sila email saya ye..hehe.

Chempaka Sari ada beberapa proposal nak buat gaya tercekik tulang sardin, gaya  gay goyang-goyang, planking atas landasan kereta api, dan gaya juling ayam bak Jalil Hamid. Muahaha.


Petikan Asal dari Si Kacak Muhamadsufian89 Edit oleh Chempaka Sari.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

25 Julai 2011

Tengok Hantu, Ada Berani?

Salam,


Oh harini tak dapat berfikir nak buat entry gapo. Entry copy paste jelah gamaknya. Tapi copy paste bukan omongan kosong, bisa masuk ke alam angker gitu. Seram. Ditulis oleh kembar saya (perasan) Walinong Sari dari forum cari.com.my. Di bawah ni adalah beberapa cara untuk awak melihat Jin, Hantu atau Syaitan walau dengan seimbas bayangan nya. Namun semuanya hanya dengan izin Allah s.w.t.



 Nasihat dari Walinong Sari:
-Jangan sesekali cuba jika lemah semangat/sakit jantung.
-Jika anda nampak sekalipun, jangan jadikan ini sebagai amalan & kepercayaan kepada sesuatu yang boleh memesongkan akidah anda.
-Jangan sesekali menggunakan air mata anjing untuk aktiviti ini kerana ia adalah haram.
-Jangan lakukan jika berseorangan.
-Pastikan ada rakan anda tahu merawat jika berlaku kerasukan.
-Segala yang terjadi adalah tanggungjawab sendiri.    
-Jika anda lakukan & tidak alami seperti yang dikatakan itu, ia bermaksud segalanya hanya dengan izin Allah s.w.t
-Tidak digalakkan untuk mereka yang berumur bawah 16 tahun dan kurang faham atau kurang mahir dalam membaca.


TUTUP LAMPU DULU. 
SELAMAT MEMBACA TUTORIAL INI.
Cara Pertama:
-Berdiri dan menghadap kiblat..
-Rehatkan badan dan segala anggota - biarkan lemah..
-Selawat 3x
-Kosongkan minda dengan cara menumpukan pada bahagian tengah kening baca surah al-fatihah dengan berulang2 sehingga 7x..
-Pastikan akan merasa tangan anda terangkat dengan perlahan2 dan menunjukkan ke satu arah..
-Semasa tgn terasa terangkat tu ada semacam seperti angin yg bertumpu pada tangan atau pergelangan..angin yg dingin. Turutkan saja arah tgn bergerak... dan buka mata utk melihat..


Cara kedua:
-Semasa mandi mayat. air mayat melimpah turun, sila tengok celah kangkang anda kepada air mayat tadi...atau ambil air mandian jenazah tersebut dan sapu di kedua-dua kening...
-Berdiri ditengah2 hutan pada tengah malam dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda...kemudian buka mata dan lihat apa yang muncul di tepi anda...!




Cara Ketiga:
-Mengusap kotoran dari kuburan (iaitu tanah dari kawasan perkuburan) dan sapu di sekitar mata anda.
-Bermain dam di tengah malam sambil memegang kucing hitam.
-Ambil benang berwarna merah dan ikat pada pokok pisang yang ada berhampiran rumah anda. 
-Hulurkan benang tersebut melalui tingkap menuju ke bilik anda, kemudian ikat pada hujung kaki katil. 
-Tidur dalam keadaan tersebut sehingga anda rasa ada sesuatu di sisi anda pada tengah malam.


Cara Paling Mudah : Special for u girls out there!
-Ketika anda dalam haid, amalkan sikat rambut anda setiap tengah malam sambil menatap ke cermin dan tumpukan perhatian lama-lama.
-Ambil 'tuala wanita' yang telah digunakan dan letak di dua penjuru pintu bilik air/bilik mandi.




Lain-lain:
- Ambil hati monyet yang masih segar secukupnya terus bakar hati tersebut menjadi arang, tumbuk sampai menjadi halus. 
- Setelah itu sapukan arang tadi tersebut ke kedua kelopak mata anda. Biasanya setelah itu anda akan secara live melihat hal yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
- Duduk seorrang diri di tempat yang di anggap berhantu tanpa memakai seurat benang.
- Gunakan payung. Buka payung anda dan berteduh dibawahnya. lakukan seorang diri dan dimalam hari
- Ambil seketul belacan dan bakar di tempat yang biasanya di anggap keras. Ini kerana jin marah dgn bau belacan.




P/S: Terpulang pada anda untuk mempercayainya atau tidak tetapi bagi pengalaman saya yang pernah melakukannya, hasilnya cukup memeranjatkan, erti kata lain apa yang saya lihat cukup mengerikan...Nauzubillah... -Sekadar Pengalaman. Source : Walinong Sari



SEKARANG DAH BOLEH BUKAK LAMPU BALIK HEHE..

Nota Kaki Chempaka Sari :
Manusia di dalam dunia ini tidak diizinkan Allah untuk melihat makhluk jin, makhluk jin ini juga tidak diizinkan Allah menampakkan dirinya (bentuk semula jadinya) kepada manusia. Yang orang kata dia nampak itu, hanyalah penyerupaan atau penyamaran makhluk jin ini. Sebab Jin memang diizinkan Allah untuk menyerupai apa pun, melainkan untuk menyerupai menjadi Nabi Muhammad saw.


Jadi, kesimpulannya, apa yang dikatakan orang itu nampak, hanyalah tipu daya makhluk jin kepada manusia, yang sememangnya sentiasa melakukan tipu daya terhadap manusia. Kepada mana-mana daripada kalangan kita yang mendakwa dia boleh melihat makhluk jin, atau yang mengatakan cara begini begitu kita boleh melihat makhluk ini, eloklah kita tidak mempercayai mereka. 


Kerana Allah telah menetapkan kita tidak dapat melihat makhluk ini, apakah kita mahu mencabar ketetapan Allah? Ternyata kita termakan tipu daya makhluk ini jika kita terpercaya dgn mereka. Makhluk jin ini kejadiannya 9 : 1 dgn manusia. Kemudian Allah berikan umur yang panjang kepada makhluk ini. Dengan demikian, makhluk ini jadi terlalu banyak di muka bumi ini. Justeru itu inilah hikmahnya Allah tidak mengizinkan kita  melihat jin. 




*Manusia yang kita nampak pun boleh menipu, apatah lagi benda yang kita tak nampak ni.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Seram Jom LIKE



24 Julai 2011

Follower Hanis Zalikha yang ke 30,000

Salam,


Tak tau nak cakap apa, tergerak nak buka satu blog ni Tengok follower die 29,999. Hmm macam nak follow lah. Dapat no 30,000. Huhu.


Noobnya saya, baru nak follow blogger Hanis Zalikha ni. Before tak baca pun blog dia. From now on, baca blog dia lah kalau ada masa.


Tak puas hati so haruslah zoom sekejap. Muahahaha. Tumbesaran gambar profile picture Chempaka Sari kelihatan disitu.


Okay nak bagi diri sendiri percaya kena crop gambar ni dan tenung lama-lama hehehe! Itu je entry hari ni. Wassalam.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

23 Julai 2011

Pentingkah Product Mahal atau Murah?

Salam, 


Saya nak ceritakan pengalaman saya sendiri. Dari pemerhatian sendiri dan duit sendiri hehehe. Segala bukti saintifik tidak akan disertakan. Saje nak buktikan yang product mahal apalah gunanya kalau tak sesuai dengan tubuh badan kita. Nak baca preview product untuk kulit berminyak boleh baca disini.


Ini losyen tangan dari BS. Beli kat retailer BS dengan harga 39.90. Bila pakai rasa melekit. Sejam pertama wangi lepas bau tangan jadi pelik. Tak sesuai dengan cuaca Malaysia. Dikilangkan dari UK, product dari Britain yang sah-sah kulit orang putih tak sama dengan orang Malaysia. Pakai dalam bilik air cond sesuailah. Tak ada UV protection dan tak cerahkan tangan hitam yang sentisa drive ni. Huhu.


Lepas tu beli losyen tangan NIVEA. Harga RM12.90 kat Guardian, murahlah sikit. Tak ingat pulak product dari mana. Dikilangkan di Thailand. Sama jugak. Rasa melekit. Selepas beberapa jam tangan bau pelik. Ada UV protection dan anti-wrinkles. Tak tau lah berkesan ke tak sebab mungkin selepas guna 4 tiub baru nampak kesan agaknya. Sedap lagi pakai losyen Citra Ayu dari Indonesia tu. Rm5 je pun.


Pastu kelmarin saya baca kat satu forum popular tu. Saya search pasal skin bleaching. Yelah gatal nak kulit putih macam Selena Gomez. Geram.... Tapi ramai cakap ada risikonya tersendiri sebab tak semua salon pakao product yang betul dengan berkesan. Ramai pulak yang cadangkan guna ke LEMON untuk cerahkan kulit dan sekatakan warna kulit. Kesan serta merta diorang cakap. Eh betul ke ni? Petang tu jugak saya pergi supermarket beli lemon. Pasai kedai mamak depan ni sure tak jual lemon. Sebijik cost nya baru 99sen. Kalau yang kecik 40sen.


Dengan semangatnye saya perah sebelah lemon tu dalam mangkuk dan sapu kat taangan sebelah kiri. Biar kering dan bilas. Macam sama je tak cerah pun. Pastu bila tangan dah kering. Saya belek lagi. Eh nampak lain lah. Ke psiko je ni. Tanya adik kecik saya suruh dia pilih yang mana satu lebih putih. Dia pilih tangan kiri. Kembang kuncup hidung saya.


Tak puas hati, tanya pulak adik perempuan saya mana satu lebih putih. Dia tunjuk tangan kiri. Wah kembang kuncup pulak hati saya. Dia pun terus nak buat jugak abes lemon akak dia. Adik lelaki yang naik moyor tetiap hari pun buat jugak kat tangan malam tadi. Dia cakap nampaklah jugak perubahan. Huhu gembiranya saya. Dengan RM 2.00 je saya boleh nampak perubahan dalam masa 30minit.


Gambar testimoni memang takde. Takde koje pulak nak tayang gambar tangan sendiri... aurat tuh huhu. Lagipun ni nak share experience bukan nak promote mana-mana product. Serius tangan wangi je sepanjang hari. Nak percaya tau tak saya tak paksa.But, please try at home, kawan!


* Doakan Malaysia kalahkan Singapore keh? Bye...


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE