21 Julai 2011

Sambungan Perempuan Pecahkan Rahsia Perempuan

Salam, 




Kawan-kawan ingat tak entry saya dulu yang bertajuk Perempuan Pecahkan Rahsia Perempuan bulan lepas. Hehehe sebenarnya entry tu saja nak takutkan perempuan lain dan saya sendiri secara amnya. Biar diri sendiri beringat sikit.




Cuma nak tambah disini sebenarnya kita boleh je berubah kalau kita sendiri mahukannya. Macam orang yang bertaubat, macam orang yang merokok. Tak boleh paksa mereka bertaubat atau merokok melainkan mereka sendiri yang nak.




Tentang perempuan yang saya ceritakan dalam entry itu... tak semua macam tu. Ada je yang dah berubah bila semakin dewasa. Contoh terbaik, adik saya sendiri. Dulu masa kongsi bilik berdua, selalu gaduh-gaduh pasal kebersihan  bilik. Sekarang bila dia dah besar. Kalah saya dibuatnya. 




Sekarang, dia nak balik semula ke asrama pun dia alaskan perabot dengan kain putih. Kau hado? Nan hado. Saya ni hah nak unpacking barang-barang asrama dari kotak pun tak terlaksana lagi. Macam ada khadam pulak nak buat.




Done about Perempuan Pecahkan Rahsia Perempuan. Sekarang nak pecahkan satu rahsia besar. Besar gila. Ada seorang blogger baru ni, blog dia baru berusia sehari setengah, tapi bakat dia memang terserlah. Jom jengah blog Mumbling Jumbling kejap sementara minum petang ni. Terjah zarainmumbling.blogspot.com!.




* Kalau dah tua pun tak berubah lagi tak tau lah nak cakap apa.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

6 ulasan:

Jay berkata...

kalau dah tua pun taknak berubah tak tahulah apa nak jadi...hehehehe..apa pun tak boleh..hehehe...terpulang pada diri untuk berubah...betul apa yg azza cakap tu...:)

zaRain berkata...

haha azza.. thx.. tapi awww! malunye i .. nway thx

cik gege berkata...

yup.. kita tak boleh paksa dia nak berubah. tapi dia kena ada inisiatif sendiri br bleh berubah.. takut tgk pic tu. bergerak-gerak...

Azza Azman berkata...

takut ke, hehhe? mcm cantik je...comel sgt gambar perempuan tu...

hadinesta berkata...

dekati mereka2 itu, anda mampu membimbingnya :D peace

"Aku"....Nurul Azren berkata...

hai cik cempaka...
cik reen datang melawat dan sudaa follow kamoo semula... kamo planner ek? blaja lagi?

love yaa...