02 Julai 2011

Orang Melayu Memang "Peramah"... Oh Please!

Salam, 




Kisah Pertama
Kelmarin saya dan kawan-kawan plan nak pergi pasar malam, tapi lewat sikit, pintu pagar mesti dah tutup. Nak pergi pasar malam kena ikut pintu belakang U saya. Bila sampai je, memang pintu pagar dah tutup, buka sikit untuk pejalan kaki je. Disebabkan dah lewat, takut pasar malam tu dah tutup pulak, nak jalan kaki nanti penat. So tanya lah security guard (nak panggil pak @ mak guard depa marah, terasa) yang jaga pintu pagar tu. Yelah mana tau dia tahu sebab dia jaga entrance dari pagi. 


Kalau guard tu handsome macam ni tak pe gak..


Saya tanya dari tingkap kereta, "Assalamualaikum, pakcik. Saya nak tumpang tanya, pakcik tahu tak pasar malam ni masih buka ke atau dah tutup?"
Pakcik sopan tu pun jawab "Aku...aku tak niaga kat sini. Aku tak tau lah dik. Aku kerja guard je kat sini" dengan muka sinis.
Saya dalam sentap cepat cepat jawab "Maaf ye pakcik, saya saja tanya, terima kasih" sambil tersenyum.
Tapi guard tu..boleh dikatakan yang macam ni lagi handsome.

Saya diam je dan cepat cepat undur kereta, malu. Diam dan senyum. Kawan-kawan lain dah bising sesama sendiri kat belakang. Diorang tanya, "Azza ni dengar tak pakcik tu cakap kat kau tadi, kau macam rilex je..". Saya cakaplah sebab saya dengar, tu lah yang nak balik cepat cepat tu. Dalam hati sentap jugak. Serius dalam hati sedih sangat, saya pikir saya ada buat salah ke, macam-macam saya fikir. Antaranya, saya menyesal sebab panggil dia pakcik dan bukannya Encik. Atau mungkin sebab saya tak keluar kereta dan bukannya tanya melalui tingkap kereta je. Atau mungkin sebab salah saya sebab tanya dia, dia penat kot... ini semua memang salah saya...isk isk isk.





Kisah Kedua
Ni berlaku kat kawan roomate saya, Kak Fa. Kak Fa jumpa kawan dia seorang Arab. Then Kak Fa perasan dan tegur, yang budak Arab ni tak bawak apa-apa, sebab biasanya dia galas beg. Budak Arab tu teringat yang die tertinggal di cafe. Cecepat dia pergi kat cafe tu dan tanya sekumpulan budak melayu yang duduk kat meja budak Arab ni tadi. Kumpulan Melayu ni jawablah, ada sorang makcik pakai baju merah ambik dan pesan suruh jumpa dia kalau nak beg tu. 




Bila tanya siapa makcik tu, nak kena jumpa dimana, kumpulan melayu ni cakap diorang lupa semua detail yang makcik tu bagi. Kak Faa tanya sekali lagi, then kumpulan melayu tu tak mau jawab dan cakap "Sorry we are in the middle of discussion" .Kesian budak Arab tu merata lah cari makcik berbaju merah. Itu je detail yang kumpulan Melayu tu bagi. Sampai rasa nak putus asa. Tapi last last jumpa jugaklah makcik tu dan Kak Faa bagi rm10 untuk keperihatinan makcik cleaner indonesia yang tolong jagakan beg tu, termasuk wallet dan passport berada dalam keadaan baik.




Kesian kat budak Arab ni, dah lah merantau kat negara orang, kalau betul beg dia kena curi susah lah dia. Sepatutnya kumpulan Melayu yang tau tentang beg tu prihatinlah sikit. Bila makcik tu pesan apa apa tolonglah ingat. Cuba bayang awak di tempak budak Arab tu, pastu kat negara orang pulak. Sedih tau....




** Sesiapa yang dah dapat kerja tu nak buat nama card murah boleh pergi SINI. Rm50 je 1000 keping kad color printed depan belakang. Siap dapat 10 kotak lagi lagi setiap 100 keping kad.




XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Jom LIKE

8 ulasan:

Jo Qusary berkata...

Mengikut pengalaman aku sepanjang 30 thn nie... org melayu hanya akan menjadi peramah jika yg menegurnya tu pompuan berambut blonde, bermata biru dan berbaju seksi... aku pernah eksperimen dgn rambut blonde palsu beserta contact lens biru (tanpa baju seksi sebab aku takde baju seksi) dan berjaya membuktikan hipotesis ini...

Teha Nur Fateha berkata...

pergh betoi gak kata2 si jo qusairy ni..huhu

kesiannye bdk arab tu. kerek btl kmpulan bdk melayu tu. "we are in middle of discussion".. happtuiih!!

itZ me Tehanurfateha =)

inna_risna berkata...

kisah benar dlm masyarakat kita..hmm!

Jay berkata...

beginilah kehidupan masyarakat kita.ada yg baik dn ada yg x baik.hehee.

Tanpa Nama berkata...

Adakah begini?? Huhuhu. =.=

Hans Hanis berkata...

susah nak jumpa pak guard yang baik atau sporting
selalu macam pak guard dalam kisah nih
menyakitkan hati
:-)

Rawatan Resdung

nuriz berkata...

orang tanya lain jawab lain..huhu
salam pun tak jawab

A D M I N berkata...

peramahnye... huh!