09 Julai 2011

Jangan Cepat Gelabah, Babe Dude!

Salam, 




Seriously dalam masyarakat kita, khususnya Melayu mengajar kita supaya cakap berlapik kan? Even zaman sekarang ni ramai je yang dah tak berlapik bila cakap/tulis post kat twitter/facebook. Tapi dalam dunia nyata berapa kerat je yang out spoken pun. Di luar, kentut telur tak busuk, pijak semut tak mati, mulut terdiam terpaku seribu bahasa.




Berbeza dengan post facebook yang berani habis. Tapi masih ada juga di luar yang berani berkata benar even pahit depan muka seseorang. Tak ramai kan yang macam ni? Isunya disini bersyukur jelah kalau ada yang jenis out spoken dengan awak. Pikir positif. 


Berbalik pada tajuk asal, "Jangan Cepat Gelabah, Babe Dude!", ini tertuju pada kita sendiri bila berhadapan dengan orang yang outspoken. Diorang ni ada kelebijan tersendiri. First kita boleh ambik point yang dia tegur dan second, dia tak M.E.N.G.U.M.P.A.T belakang kita. Biasanya orang macam ni tegur kita bukan atas niat tertentu dan lepas tu dia pun dah lupa. 

Contoh Saya Gelabah:
Kawan Out Spoken : Weh tudung kau macam &*^*) gi la masuk bilik balik betulkan semula. 
Saya Gelabah : Yeke buruk? Okay jap aku tengok. Bodoh tol cakap la elok elok tak yah lah straight sangat.
Kawan Out Spoken : Weh suara kau time karaoke macam jantan lah tapi still mantap! Chill gila! 
Saya Gelabah : Oh ye ke hahahahha. (Gelak sama-sama) Ek eleh macam suara kau sedap sangat, suka hati je mengata depan depan, bajet punya minah (dalam hati) 
Kawan Out Spoken: Nanti kita karaoke lagi jom?
Saya Gelabah : Okay  boleh je. Jangan harap, ko dah kutuk tudung aku, suara aku... aku nak ngumpat kau kat orang lain (dalam hati)

Serius Saya Gelabah sangat gelabah dalam cerita ni. Alahai dia tegur depan saya nak gelabah. Dia gurau pun saya gelabah. Tak fun kan saya? Kalau saya terus gelabah dan gelabah hati sendiri yang sakit. Orang lain tak ambik hati tapi saya ambik hati. Orang lain happy je tapi saya sedih memanjang.


Sebenarnya awak semua, orang yang out spoken ni tidak bermaksud apa-apa pun bila bergurau. Nak ceriakan suasana je. Orang macam nilah yang senang kita berkawan, tak cepat terasa hati dan suka menegur. Orang macam ni jugak saya perhati tak suka mengumpat belakang. Tu dah satu point kuat yang kita boleh pegang, seronok woo kawan kita tak akan mengumpat kita. Ingat senang ke zaman sekarang nak ada kawan yang tak mengumpat kita?


Kalau dia perli awak, awak perli jela dia balik tak yah nak nangis belakang pintu. Kamon, have fun man! Lebih lebih lagi Saya Gelabah & Kawan Out Spoken berkawan bukan sekejap tapi berdekad lamanya. Saya Gelabah pulak tak pernah nak ceritakan hal sebenar kat kawan Out Spoken. Out Spoken ingat Saya Gelabah happy je dan terima dia selama ni. Sia-sia je hubungan tu kalau awak still tak dapat terima dia sedangkan dia terima awak seadanya. Sekian, wassalam.




Iklan jap : Saya kagum dengan cara Kak Fa, roomate saya yang buat dek bila selama 4 tahun dia diperkatakan oleh studiomate dia. Studiomate dia selalu mengata Kak Fa even Kak Fa tak buat apa pun. Sudahlah mengata ada yang sebar fitnah pulak tu. Kak Fa cool. Yang lain je gelabah, mungkin sebab cemburu. Kak Fa cantik dan peramah.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hhehe..tul2..syu mmg cpt terasa.. tapi kdg2 tu wat bodoh je..lalala..haha..

keep it up berblogging..^__^

Azza Azman berkata...

cepat terasa tu tak salah awak... semua perempuan macam tu, saya pun. Tapi terasa dalam hati je tau. Tak mau meroyan-royan. Think positif dan cepat lupakan.

Lebih lebih lagi kalau dia kawan kita, yang dah macam adik beradik, sehidup semati.

Atiqah Wadiah berkata...

lebih baik kwn ngn org outspoken dr org yg mengumpat blkg..mengata2 org..

maya anis berkata...

outspoken more better..org mgumpat tu pnakut,..xbrani nk tgur or fce to fce..:)

Teha Nur Fateha berkata...

so sy la si gelabah tu kan?

tls je trs nama kn sng.berkias2 kt sini mcmla kite xtau.utk saat ini kite bkn nk gelabah tp dah trg benderang dh tau awk tuju kt sape kn?ye org blh cvr ckp 'sj2 tls dr ht, ini kan blog penulisan dr pmikiran je.suka2 la nk tls apa'...

tp kpd org2 outspoken tu nk outspoken pn pikirla perasaan org.jgn ingt semua kepala org ni mcm kepala si outspoken.mls nk ckp byk.dah penat~ apa pun tak boleh!


p/s:org skrg ni ramai yg tak bleh dipercayakan..

Mrs Nurul berkata...

tulaa diaa asyik nak gelabah je..apa punn tak bleyyyy

Azza Azman berkata...

"Ape pun tak boleh" tu la... huhu.

tamlegend berkata...

aku outspoken...tp ramai y tak suka..especially gurl la..hati mcm tisu..

Azza Azman berkata...

huuh..saya pun ada pernah majuk dgn sorg kawan lelaki ni, dolu la. Tapi bile pk balik buang masa je. Hahha. Pstu saya dah tak kisah sgt dgn dgn kata2 lelaki. Mereka suka cakap dah lupakan. tu jelah pertama kali dan terakhir kali.

Berterus terang benda yg betul tak salah pun. Cuma jgn malukan org lain sudah.

Tanpa Nama berkata...

salam miss

out spoken ni kadang2 ok kadang2 rase mcm annoying sgt..sbb x sume org leh terima org out spoken.. ape2 pun sentiasa bersederhana dlm segala hal. drpd nak jd out spoken tiba2 dpt dosa sbb menyakiti hati sahabat kite.. niat tak menghalalkan cara :)

Editor berkata...

tapi yang out spoken nie kadang kadang dia yang terasa lebih . dia kutuk orang bukan main . orang cakap dia sikit melenting macam apa . susah lah kan :'>