29 Julai 2011

Hot! ketepek Iklan Percuma 24 Jam Sementara Stok Masih Ada


Salam, 



Perhatian
Iklan product tak mau.
Iklan MLM tak mau.
Iklan gambar lucah tak mau.
Iklan Churp & Says tak mau.
Iklan hilang barang pun tak mau.

Kesimpulan
Iklan url blog sahaja okie.
Pastu follow ler Chempaka Sari.
Kalau internet laju lagi.
Komen la kat entry.
Letak Blog CS ni di bloglist kamu sekali.
Hihihi.

Yang Penting
Iklan yang langsung tak ada gambar akan diremove.
Letak url gambar bukanlah sesusah mana.
Google image je then copy url, & paste.
Yang penting usaha.
Hahaha.


Huhu tajuk macam tak nak kalah. Ala ape salahnya feeling blogger hot. Alkisahnya sebab dah 2 hari berturut pageview cecah 1000 setiap hari, admin blog Chempaka Sari nak hadiahkan kat semua visitors sebaris tapak iklan free selama 24 jam. Tengok tu guna word "admin" macam bajet gila. Huh... (-_-')




Semasa entry ni ditulis, kelima-lima sudah pun penuh ye kengkawan. Tak sempat nak war-warkan kepada peminat sekalian  (oh Chempaka Sari did it again). Muahaha! Tutorial ni disebabkan ada yang bertanya kat saya macamana nak ketepek iklan tu. Meh CS nak tayang tutorial. Errr, CS tu maksudnya Chempaka Sari, blogger hot mesti ada short form maa....



Tutorial bermula dari sekarang!


1. Pertama, kalau tapak tu belum ada orang nak sewa, dia akan tunjuk macam gambar kat bawah ni. 


2. Ini bermakna awak bernasib baik wuwuwuu... Klik je kat mana satu kotak yang paling strategic menurut perasaan hati awak.


3. Akan keluar pop up window macam ni.. Masukkan jelah url blog kamu. Pastikan masukkan sekali http:// tu supaya tak error ketika orang lain klik nanti.

4. Lepastu masukkan url banner blog kamu yang kalau boleh segi empat tepat (eg: 100x100) barulah curlass gitu.



5. Blog yang tak ada banner jangan risau. Masukkan je url gambar kamu yang petak dan pastinya comel. Letak gambar kartun pun tak apa, doodle ke. Yelah memasing ada doodle sendiri kan sekarang. Macam ni ar korang, saya je yang tak ada doodle.


6. Akhir sekali, tekan butang "simpan". Iklan tu akan berjalan selama 24 jam. Kalau nak sambung datanglah keesokkan harinya. 



Selamat ketepek iklan comel blog kamu. Da...


Wassalam.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

25 ulasan:

Belbel berkata...

wahhh menarik. nanti lah nk letak. ngehhhh~

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ berkata...

wah cool :D siap ada waktu tamat kat button to, kagum kagum ^^

snOw sakura berkata...

erk, x de banner.. huhu~ T_T

nadiaazira berkata...

menarik! =)

Chempaka Sari berkata...

snow sakura... gambar pun boleh...gambar2 ape2 je...hehe

snOw sakura berkata...

hehe, berjaya!! thx ya tuan empunya blog.. ^_^

ku-cit berkata...

best gak ni..mesti kena join hah..

Wanie berkata...

dah penuh daa..
esok la datang tempek n tayang banner buruk sy eh..hehe

cik EPAL berkata...

yang menipu cam ne lak? guna gamba org tok org klik ke blog dia???? dah mintak izin tuan badan ke nak guna pic dia?? kehkeh

Chempaka Sari berkata...

Cik Epal, mungkin tu kesilapan teknikal je. Sebab saya pun pernah try kat blog orang lain try gambar tah pape then tak boleh padam... Maaf ye..

NOOR FATIN berkata...

awak nak buat banner utk saya? boleh jugakkkkkkkkkkkkk! ;D

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ berkata...

hehehe.. nieza dh letak dah.. ngeee

YB Raz berkata...

hyeeeee datang sini jejalan..awak wat iklan ke?

june berkata...

salam ramadhan.. saya dah follow.. nice blog

NOOR FATIN berkata...

thanx awak! sori tadi tak respon sbab saya keluar. ni baru balik. hehe. awak macam mana nak letak kat sidebar ek? saya paste je xkuar banner pn.. hehe

NOOR FATIN berkata...

awak awak dah boleh dah. hehe cuba tengok kat blog saya. thanx awak. esok saya update entry pasal ni :)

Chekgu Azrine berkata...

thanks 4 sharing dear

Chempaka Sari berkata...

Thanks Nur Fatin...

Nizam Ijam berkata...

kalau iklan hensem macam mana??hehe

Chempaka Sari berkata...

hencem pun boleh...tapi make sure kene betul2 hencem lah macam Khairul Fahmi tu hehehe

amni azmira berkata...

xpandai nk wat banner..sob3..

hamzah ian berkata...

hehe.. takde banner

Dea berkata...

nk tepek blog sy kr cni bleh tak??..:P

cik pip berkata...

chempaka sari blh buat tutor mcm mana nak letak iklan..nak sangat tahu mcm mana nak letak kotak tu..huhu..nnti cik chempaka buat blh beritahu saya?saya follow sekali blg ni:P

Alfi Ramadhani berkata...

thanks..! dah lama cari tutorial ni.. >.<