16 Julai 2011

Kenangan Terindah Sempena Hari Jadi Papa

Salam, 




Nak tulis kenangan masa kecik dengan papa. Miss that moment so much. Papa dulu selalu dukung tinggi dan geletek punya la geli rasa macam nak terjun je. Pastu sebelum tidur, papa cerita pasal monyet yang kena tembak (pastu ada bunyi kentut tak tau macamne boeh ada sound effect tu). Ingat lagi semasa Papa bawak saya dan adik saya, Nani pergi ke taman abu bakar, bentong, dia meluangkan masa dengan membaca surah Yassin sementara kami bermain.




Kuat juga ingatan saya, kalau masa kecik punya cerita cepat je ingat. Tapi bab menghafal bila nak exam satu hape pun tak ingat. Thanks buat mama yang selalu bagi makan kismis masa saya kecil dulu. Sekarang bukan main pemalas nak makan, padan muka CGPA macam hampeh.




Selamat hari lahir, Papa. Akak tak ada hadiah special untuk Papa cuma semuah cerita yang tak seberapa. Kalau kaya nak jugak bagi Vios sebijik. Vios purple tu memang currlass gitu. Ape-apepun Papa, walau apa pun yang papa buat demi kebahagiaan Papa, insyaAllah akak sentiasa sokong. Akak sokong setiap perjuangan papa. Semoga hari tua papa, dipenuhi dengan kebahagiaan dan kesihatan. Ameen....




Ahad lepas 10 Julai 2011, kami adik beradik menyediakan dinner untuk papa. Saje nak tukar angin, buat kat luar rumah. Takde taman pun, buat kat porch kereta cukup. Dan biasa biasa je, tak lah menternak lemak macam blogger popular kat tempat mahal manjang. Semuanya under budget tapi makan tak under control. Tu yang best.


Persediaan ala kadar. Tapi tetap bermakna.

Masakan Nani&Azza aka Kak Ngah&Akak

Hidangan yang sikit-sikit. Terus habis tak yah nak simpan2 dalam peti.

The Judges. Sampai tak pasan kamera. Sedap ek?


Hingga ke syurga...Ameen.


Best picture of the day.

Ada banyak lagi kenangan dengan Papa dari kecik sampailah ke tua bangka ni. Ingat tapi tak tertulis. Bukan untuk follower baca cuma sesaja nak "mengimbas memori zaman nostalgia sewaktu ku muda" Gila ayat 80-an huhu. Thanks to Duan sebab rajin drop komen. Selamat berbahagia menjadi ayah yang best kepada Mohsen. Dan suami kepada Mira. Wee...wee... Okay tu je wassalam.

XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

7 ulasan:

zahidah seran berkata...

masa kecik otak masih suci murni sebab tu cepat tangkap. hehe.

ENCIK TIKUS berkata...

semuah ? typo tue.. ekekek

Tanpa Nama berkata...

selamat hari jadi to you papa...

Jay berkata...

kepada ayah azza..selamat hari lahir ye..semoga azza menjadi anak yg solehah...insyallah...

Taufan Bin Ribut berkata...

cepat ye sambung..nk tau gak..^_^


Entri terkini : Patut lah kau femes ek?Pakai taktik kotor rupenye..
Entri sebelum :Bro,gua pon pakai p1 wimax gak lah!
Watch my video songs ^_^

Tanpa Nama berkata...

wahhh..bestnye masakan aw tu..hebat2...

Mrs Nurul berkata...

he3bat hebat masakan dia..=)