02 Julai 2011

Jenis Tipu Yang Mesti Buat

Salam, 


Kali ni saya nak kongsi beberapa tipu yang mesti kita buat. Iye jujur tu penting tapi tipu ni kadang-kadang perlu juga hehe. Okay gurau je, terpulang masing-masing nak tipu ke tak. Kita mula dengan...



Tipu Kawan
Bila mandi kat sungai, mesti sejukkan? Kalau sejuk mesti rasa nak terkucil kan? Nampak tak nampak tak....ala ni pun nak kena ajar, Jangan bagitau kawan lain yang awak nak terkencing. Silalah terkucil dimana tempat jauh dengan rakan-rakan dan tolong lah jangan bagitau awak nak mengucilkan diri atau sedang mengucilkan diri. Kalau orang tanya, jawab je "sory sikit aku tak retilah kencing dalam sungai".



Tipu Blogger
Tipu blogger lain tentang profile diri awak, kalau blog awak jenis kontroversi skit. Saya percaya ramai blogger kontroversi di luar sana yang tak tonjolkan diri, nape takut ke bang? Ada sesiapa boleh bagitau siapa blogger yang cakap blogger lain pelacur tu? Meh sini nak tengok gambar dia..Alamak off topic pulak. Tapi tulah saya saran kan kita tak perlu nak bagitau profile sebenar kita demi kebaikkan kita jugak. Kalau popular, tak senang duduk nak tulis apa pun. Nak kena jaga hari orang je. Kan susah? Apa pun tak boleh!



Tipu Lecturer
Tipu lecturer awak bila dia tanya, dah couple ke belum. Ini nak mengelakkan awak ditanya soalan yang lebih specific contohnya bila nak kawin atau boyfriend kerja apa... ni bagi mengelakkan satu fakulti termasuk dengan cleaner tau pasal cerita peribadi awak. 



Tipu Salesman
Tipu mengatakan yang awak dah ada broadband, bila sales man jual broadband datang kat meja makan awak time tengah syok sembang dengan kawan. Praktik kan jugak kepada penjual CD cetak rompak, wakil jual no celcom, agent insurans dan makcik jual kerepek. Kepada pemintak sedekah, adalah tidak digalakkan. Risiko adalah tanggungjawab si penipu hehe.



Setakat ni, tu jelah alasan yang saya terfikir orang selalu buat. Kalau ada idea lain jom kongsi di komen. Apa ape pun jom like FAN PAGE ni, untung-untung dengan jawab 3 soalan je dapat hadiah free. Tiket bola beb...


XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Jom LIKE


10 ulasan:

sya fieqa berkata...

tipu sunat..
muahaha~

Chempaka Sari berkata...

agak lah.. sekali sekala tak pe..

hana berkata...

selalu kalau salemens dtg je terus cakap 'x pe la'...
kalau nak mnipu serba salah lak...
=D

tamlegend berkata...

mcm aku ni pun menipu gak ke???aku sorok profile...tp blog aku tak kontroversi pun...

Jay berkata...

hehehe....yg last tu Jay selalu buat..hahahaha....

Chempaka Sari berkata...

tak tau la tamlegend. Terpulang lah kepada blogger itu sendiri. Saya bagitau di mana akita harus menipu untuk kebaikan semua ahah!

SiS NaD berkata...

Salam Azza...

Suka entry ni... Yang last tu rasanya ramai yang buat... Hehe!~

Belbel berkata...

eeeeee. sy mmg suke tipu salesman/salesgirl.

tamlegend berkata...

sorok profile demi kebaikan juga...hehehe...

nuriz berkata...

ada blogger bukan tipu profile tp low profile hehe