24 Februari 2012

How to look.....Classy

Assalamualaikum,




Bercakap tentang classy ni. Yeah, semua orang boleh buat. Cuma classy betul-betul atau fake saja.Classy jugak ada banyak jenis. Bagi saya the true classy dilihat dari segi sifat semulajadinya. Ah itu nanti-nanti sajalah saya cerita. Sekarang nak ajar macamana nak jadi classy dengan efek yang berbeza-beza.




Classy: Cara Berlagak
Berlagaklah dengan apa yang anda ada. Walau anda pencuci tandas sekalipun, bila makan kat gerai, haruslah caci maki bila makan tak sedap, nak bayar jugak haruslah jerit panggil busboy sebab takmau pergi ke kaunter. Walau semua pekerja nampak semua busy, berpeganglah pada tagline "customer is always right". Anda tak akan berganjak dari meja makan anda.
Hasil : Diri sendiri je rasa classy tapi orang lain meluat. 




Classy : Cara Mengada
"Hi hello there,abang, erm sky juice plz.. add some ice cube ya.." Marilah bercakap English yang diselang-selikan dengan Bahasa Melayu. Baru ada class. Jangan lupa dialog "Oh My Gucci Oh My Prada" tagline yang dipopularkan oleh sorang pelakon yang *kononnya* classy Si Fazura. Kalau susah susah sangat ikut je macamana cara Fazura bagi nampak Class contohnya, bercakap pasal barang berjenama eg: Kasut Louboutin di Twitter, bercinta dengan kerabat, muncul jarang jarang, selalu sebut "im humbled and honoured" dan pilih kawan yang high class sahaja.
Hasil : Orang lain semua percaya anda classy tapi diri sendiri sahaja yang tau tu semua lakonan!




Classy : Cara Membazir
Dapatkan iPhone 4s sehari selepas launching. Beli macbook walaupun kau nak bukak facebook saja untuk upload gambar makan di tutty fruity. Jangan lupa pakai shawl terbaru dan buat muka duckface.
Hasil : Anda sungguh classy di mata orang yang gila dunia.




Classy : Cara Sopan
Dalam tiga kategori, Azza suka sangat yang ni. Class seseorang bukan terletak pada harta, tau darjat tapi gaya sopannya, sikap merendah diri dan menghormati semua orang. Beri salam tak kira profesor atau cleaner, menolong orang tua mengangkat barang walau tak kenal, atau berkawan dengan sesiapa sahaja. That's it.
Hasil : Anda class di mata orang yang tahu menilai.




p/s : i found the overprice frozen yogurt tutty fruity was overrated. over!
p/s : sengaja guna perkataan classy, sebab orang melayu selalu guna.




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom LIKE

21 Februari 2012

Rindu Uwan





Ya Allah, jikalah aku boleh minta kau kembalikan Allahyarham Uwan Hamidah...




Uwan,
Akak rasa kosong,
Jika dulu uwan yang memeluk akak,
Sekarang tidak lagi,
Semua ni tak kan terjadi,
Jika Uwan ada di sisi..


Uwan,
Dulu banyak memberi semangat,
Sekarang tidak lagi,
Kemana kami mampu pergi,
Semangat kami lari,
Berkecai..


Uwan,
Mereka sudah tidak matang,
Yang tua dengan perangainya,
Yang muda tunjuk kebodohannya,
Kami tiada Uwan untuk dirujuk,
Semua punah tak ada harapan..


Uwan,
Yang sangat mulia hatinya,
Ikon setiap wanita di luar sana,
Contoh nenek terbaik,
Memahami hati wanita..


Uwan,
Tahu tak yang mereka juga perempuan,
Tapi mereka bukan wanita,
Terlalu sipi pengetahuan mereka,
Tentang perasaan kami yang teraniaya,


Uwan,
Jika arwah Uwan masih ada,
Dapat lah Uwan membantu kami,
Kembalikan semangat kami,
Satukan kami semula,
Tempat mengadu semua..


Ya Allah,
Tetapi dia sudah tiada,
Hanya Engkau tempat bermohon,
Engkau satukanlah kami,
Semoga dengan dugaan ini,
Terbalaslah jika ada kesalahan-kesalahan kami,
Kami pasrah dan cuba redha...




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom LIKE

Mood : Gossip Waktu Rehat

Assalamualaikum, 




Teringat pulak masa sekolah dulu, kalau naik sekolah dari cuti penggal pertengahan, memang tak lepas lah dari bawak sebakul stok gosip. Saya tak tau lah budak sekarang, tapi zaman Azza dulu mana ada android, mana ada ps3, mana ada blog Abang Nara. So bahan utama adalah drama bersiri Spektra tv2 dan drama bersiri Identiti tv3 saje. Pastu drama di slot Carekarama Tv3 dan rancangan Majalah3. Tak de yang lain dah. Sebab tu otak kami suci...




So untuk feeling itu, mari kita mulakan. Azza masa cuti rehat dari blog hari tu, macam-macam drama jugak dah layan. Azza cakap sungguh tanpa segan-segan, Azza memang layan cerita 
melayu dan omputeh je. Yang lain negok gak, cuma tak de lah over sangat.




Hey hey hey kengkawan  tau tak hari ni hari Selasa! Hari yang ditunggu setiap minggu sebab malam ni ada Vanila Coklat! Citer ni tuweeeett tangat. Saja nak rehat-rehat, tamo serius serius. Haruslah tonton cerita ni. Membuai-buai perasaan gitu. Pelakon-pelakon pun sedap mata memandang. Apa lah terjadi dengan somi isteri ni kan selepas dipisahkan? Kita tunggu malam ni!


Pastu malam khamis pulak Asyiteru, cerita ni pasal kawen paksa jugak. Tapi tak best. Baik tengok TV1 forum agama. Lagi feeling. Lagi lawak ustaz tu bergurau pasal suami isteri haritu. Keh keh keh. Eh asal watak minah heroin dalam ni berlagak sangat eh. Menyampah lak menengoknya. Sikit sikit muncung sapai 3 inci, pastu paling kepala sampai terteleng-teleng. Macam dibuat buat saje garang manjanya. Tak tuwwweeet tangat.



Then yang terakhir sekali, lepas excercise di petang hari *tipu je, buat cookies sebenarnya* haruslah layan Merisik Kalbu. Ala pelakon yang korang benci sangat tu iaitu Ayu Raudhah dan Aqasha. Sampai korang anti dengan drama ni. Emo la korang heheh. Rilex rilex sudah la wey, hal peribadi artis Azza memang tak masuk campur. Tau sikit-sikit tu adalah. Drama ni sweet gak, sweet dan matang sikit dari Vanilla Coklat sebab kisah orang dah dewasa. Aqasha dan Ayu best dalam drama ni. Temanya, kawen paksa jugak. Hambik ko semua drama kawen paksa. 

Sekian, antara 3 drama, dua je Azza layan. Drama lain macam Dingin Lavenda, Nilapura, dan lain lain Azza tak layan. Wonder jugak tah apa je Azza buat waktu cuti hari tu, hmm hahaha. Biarlah rahsia...


Ada sapa nak tengok Vanila Coklat, boleh layan di blog Ezani-Kun. Kalau korang search kat Youtube memang tak dapat, sebab dia setting private. Eh nanti dah tengok jangan la report kat Youtube, sporting la sikit okey. Bye bye. Wasalam.


XOXO, Azza Azman
 Jika Suka Jom LIKE

20 Februari 2012

Sebulan Rehat Engko...

Assalamualaikum, 




Amboi Azza oi... sudah sudah lah rehat tu, dah dekat sebulan dah ni. Blog tak jugak tutup. Giler nak tutup blog? Penah oi semai blog dari benih sampai sekarang dah ada bunga, siap ada kupu-kupu kat header. Comelzz. Eh apa aku merepek ni. Maaf otak dah tumpul. Melalut je lebih.




Okay, tentang follower yang ke 2012 tu masih tak dapat. Masih menanti siapa yang ikhlas. Azza tak promote pun pasal ni. Sesiapa yang tau nasib ler.. Tapi serius ni nak bagi hadiah. Sebut je apa (bawah rage harga yang ditetapkan) Azza try penuhi hasrat korang.




Bercakap pasal kemajuan blog ni, walau dah buang widget Apesal.com, alhamdulillah traffik tak turun tak naik. Macam tu lah tetiap hari. Syukur sangat dan terima kasih bagi semua yang sudi linkkan blog ini. 




Oh ya ada lagi satu pengumuman, Azza nak mintak maaf kerana terpaksa menarik diri dari komitmen memberi  komen di setiap entry baru dari List Blogger Wajib Komen. Azza busy sangat sekarang. Sabtu ahad pun tak ada masa wooo *budget budak PhD*..




Erm itu jelah kot nak cakap sementara mencari point untuk ditulis akan datang. Entry ni pun dah mengah oi. Otak semput.




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom Share