Bercakap tentang classy ni. Yeah, semua orang boleh buat. Cuma classy betul-betul atau fake saja.Classy jugak ada banyak jenis. Bagi saya the true classy dilihat dari segi sifat semulajadinya. Ah itu nanti-nanti sajalah saya cerita. Sekarang nak ajar macamana nak jadi classy dengan efek yang berbeza-beza.
Classy: Cara Berlagak
Berlagaklah dengan apa yang anda ada. Walau anda pencuci tandas sekalipun, bila makan kat gerai, haruslah caci maki bila makan tak sedap, nak bayar jugak haruslah jerit panggil busboy sebab takmau pergi ke kaunter. Walau semua pekerja nampak semua busy, berpeganglah pada tagline "customer is always right". Anda tak akan berganjak dari meja makan anda.
Hasil : Diri sendiri je rasa classy tapi orang lain meluat.
Classy : Cara Mengada
"Hi hello there,abang, erm sky juice plz.. add some ice cube ya.." Marilah bercakap English yang diselang-selikan dengan Bahasa Melayu. Baru ada class. Jangan lupa dialog "Oh My Gucci Oh My Prada" tagline yang dipopularkan oleh sorang pelakon yang *kononnya* classy Si Fazura. Kalau susah susah sangat ikut je macamana cara Fazura bagi nampak Class contohnya, bercakap pasal barang berjenama eg: Kasut Louboutin di Twitter, bercinta dengan kerabat, muncul jarang jarang, selalu sebut "im humbled and honoured" dan pilih kawan yang high class sahaja.
Hasil : Orang lain semua percaya anda classy tapi diri sendiri sahaja yang tau tu semua lakonan!
Classy : Cara Membazir
Dapatkan iPhone 4s sehari selepas launching. Beli macbook walaupun kau nak bukak facebook saja untuk upload gambar makan di tutty fruity. Jangan lupa pakai shawl terbaru dan buat muka duckface.
Hasil : Anda sungguh classy di mata orang yang gila dunia.
Classy : Cara Sopan
Dalam tiga kategori, Azza suka sangat yang ni. Class seseorang bukan terletak pada harta, tau darjat tapi gaya sopannya, sikap merendah diri dan menghormati semua orang. Beri salam tak kira profesor atau cleaner, menolong orang tua mengangkat barang walau tak kenal, atau berkawan dengan sesiapa sahaja. That's it.
Hasil : Anda class di mata orang yang tahu menilai.
p/s : i found the overprice frozen yogurt tutty fruity was overrated. over!
p/s : sengaja guna perkataan classy, sebab orang melayu selalu guna.
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE
3 ulasan:
owh.. kelas dekat mana ya. wakaka
hehe.
qasa kena dekat diri sendiri je.. =.=
classy, cara membazir...kahkah.itu nak kejar trend sgt tuh.
prefer classy cara sopan jugakkk
Catat Ulasan