21 Februari 2012

Mood : Gossip Waktu Rehat

Assalamualaikum, 




Teringat pulak masa sekolah dulu, kalau naik sekolah dari cuti penggal pertengahan, memang tak lepas lah dari bawak sebakul stok gosip. Saya tak tau lah budak sekarang, tapi zaman Azza dulu mana ada android, mana ada ps3, mana ada blog Abang Nara. So bahan utama adalah drama bersiri Spektra tv2 dan drama bersiri Identiti tv3 saje. Pastu drama di slot Carekarama Tv3 dan rancangan Majalah3. Tak de yang lain dah. Sebab tu otak kami suci...




So untuk feeling itu, mari kita mulakan. Azza masa cuti rehat dari blog hari tu, macam-macam drama jugak dah layan. Azza cakap sungguh tanpa segan-segan, Azza memang layan cerita 
melayu dan omputeh je. Yang lain negok gak, cuma tak de lah over sangat.




Hey hey hey kengkawan  tau tak hari ni hari Selasa! Hari yang ditunggu setiap minggu sebab malam ni ada Vanila Coklat! Citer ni tuweeeett tangat. Saja nak rehat-rehat, tamo serius serius. Haruslah tonton cerita ni. Membuai-buai perasaan gitu. Pelakon-pelakon pun sedap mata memandang. Apa lah terjadi dengan somi isteri ni kan selepas dipisahkan? Kita tunggu malam ni!


Pastu malam khamis pulak Asyiteru, cerita ni pasal kawen paksa jugak. Tapi tak best. Baik tengok TV1 forum agama. Lagi feeling. Lagi lawak ustaz tu bergurau pasal suami isteri haritu. Keh keh keh. Eh asal watak minah heroin dalam ni berlagak sangat eh. Menyampah lak menengoknya. Sikit sikit muncung sapai 3 inci, pastu paling kepala sampai terteleng-teleng. Macam dibuat buat saje garang manjanya. Tak tuwwweeet tangat.



Then yang terakhir sekali, lepas excercise di petang hari *tipu je, buat cookies sebenarnya* haruslah layan Merisik Kalbu. Ala pelakon yang korang benci sangat tu iaitu Ayu Raudhah dan Aqasha. Sampai korang anti dengan drama ni. Emo la korang heheh. Rilex rilex sudah la wey, hal peribadi artis Azza memang tak masuk campur. Tau sikit-sikit tu adalah. Drama ni sweet gak, sweet dan matang sikit dari Vanilla Coklat sebab kisah orang dah dewasa. Aqasha dan Ayu best dalam drama ni. Temanya, kawen paksa jugak. Hambik ko semua drama kawen paksa. 

Sekian, antara 3 drama, dua je Azza layan. Drama lain macam Dingin Lavenda, Nilapura, dan lain lain Azza tak layan. Wonder jugak tah apa je Azza buat waktu cuti hari tu, hmm hahaha. Biarlah rahsia...


Ada sapa nak tengok Vanila Coklat, boleh layan di blog Ezani-Kun. Kalau korang search kat Youtube memang tak dapat, sebab dia setting private. Eh nanti dah tengok jangan la report kat Youtube, sporting la sikit okey. Bye bye. Wasalam.


XOXO, Azza Azman
 Jika Suka Jom LIKE

10 ulasan:

NIZAM berkata...

Eh, same. vanilla coklat, aishiteru dan jugak gemersik kalbu. tambah satu lagi, BFF. tp drama ni tak comel pun, tp best.

KAMIHIDUP berkata...

identiti tv3. hee.

shark berkata...

pasni tambh lak mlm isnin..
apa celllop..
hahaha
best tuee

NUR AMINA berkata...

Tak sempat la nak layan citer2 tu kt TV. Ada masa tonton online je

Niza Romli berkata...

yeah..akk suka layan Vanilla coklat. Boleh nangis woo klu tetiba laki ajak kuar time tu..haha

Tanpa Nama berkata...

Maaf tanya apasal pulak tak suka Ayu raudah dan Aqasha..tak faham base kepada lakonan bukan peribadi..
Gemersik kalbu memang drama sweet.

Teha Nur Fateha berkata...

sy suka je ayu raudhah..aqasha pn ok je..xdela bnci cuma x bape mnt..

Namee Roslan berkata...

namee suka vanilla coklat and gemersik kalbu je. yg tengah2 tu tak best pun. tak faham langsung. hehe

Tanpa Nama berkata...

Saya teramat suka dengan Gemersik Kalbu..Ayu Raudah dan Aqasha memang teramat sesuai dan menjadi...

Tanpa Nama berkata...

Saya teramat suka dengan Gemersik Kalbu..Ayu Raudah dan Aqasha memang teramat sesuai dan menjadi...