31 Oktober 2011

Jaga Barang I

Salam, 




Ini cerita lama, 5 tahun lepas semasa saya di matrik, papa belikan saya laptop. Aspire 5570 je, bukan Mac Book mahupun Sony Vaio. Zaman tu laptop sangat mahal. Sama harga dengan 2 bijik laptop zaman sekarang. Over tak ayat ni? Setahun kemudian, saya masuk U, semua orang tercari-cari laptop, saya dah ada, weet weet! Tapi orang lain dapat model baru, murah pulak tu, saya masih dengan Aspire 5570 je.  Tak pe tak pe..




Masa first year di U, laptop sangat diperlukan untuk tugasan kelas studio, dan masih ada rakan-rakan yang tak mampu membelinya. Mungkin atas sebab kewangan atau pun mereka sudah ada PC di bilik asrama. So tak kan nak angkut PC ke studio tetiap malam kan. Kekdahnya, ada yang pinjam meminjam masa buat tugasan group.




Maklumlah masa tu musim semua beli laptop, ada yang pernah menggunakan laptop saya, menegur, 


"wah azza baru beli laptop..."
 "taklah dah lama...". Saya jawab.


Dia cakap saya tipu, tapi sebab dia pakar dalam bidang IT, dia cek tarikh laptop saya.
Jangan tanya saya macamana, saya tak pandai huhu. 


"eh betullah, dah setahun laptop ni, tapi nampak macam baru"


Saya tersengih, bangga jugak. Rasa macam erm pandai jaga barang. Huhu perasan.




Semasa buat kerja, sorang kawan,nama tipunya - Nizam menggunakan laptop saya bila tugas saya dah habis. Boleh rujuk entry ini untuk gambaran kerja saya. Buat kerja sampai dinihari, akibat saya terlalu mengantuk, saya balik dulu nak tidur. Dapat sejam dua pun jadi lah. Laptop saya tinggalkan. Hey readers, jangan marah dulu.. keadaan masa tu sangat terdesak. Terpaksa tinggalkan. Kesian kat Nizam. Lagi berapa jam kena hantar report, kalau sorang tak siap semua kena fail.




Esoknya saya datang studio awal, risaukan laptop tu. Saya telepon Nizam, Nizam on the way to studio. Lega. Bila dia sampai je, dia bagi saya beg laptop saya. Saya rasa berat semacam. Then dia ambil balik beg tu dan keluarkan satu lagi laptop tah tak tau kepunyaan siapa. Saya rasa geram sangat. Macam tak ambil pusing dan tak amanah.




Saya cepat cepat bukak beg dan ambil laptop saya, saya tengok permukaan luar dia sudah bercalar. Calar habis. Mungkin akibat bergeser dengan laptop satu lagi. Saya usap laptop tu dengan rasa bercampur baur. Saya tanya mana sarung laptop ni? Nizam jawab, "tah ada kat kawan", ahli group lelaki yang lain. Saya cek charger laptop pulak, sarung dia koyak.... tsk tsk tsk.




Masa tu saya dah tak tahan. Rasa macam dibuli. Rasa saya tak dihargai. Rasa macam saya ni anak kucing. Rasa macam laptop papa beli dengan harga RM2. Beli 2 free satu. Bodoh. Saya rasa bodoh. Pertama kali meminjankan barang berharga dan ia tercalar as simple as that. Dalam beberapa jam sahaja.




Marah pun tak guna. Dia lelaki. Saya bersumpah saya takkan meninggalkan laptop saya lagi. Biar mengantuk macamana pun. Saya tunggu.




p/s : saya masih guna laptop tu sekarang, bulan lepas  masa daftar wireless universiti, abang technician tu tegur, "eh ni model lama ni, tapi nampak baru". Then saya sengih je macam 4 tahun lepas di tahun pertama universiti.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

Tak Sihat

Salam, 



Saya tak sihat. Keep in touch ya. Err soon... bye!


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

27 Oktober 2011

Kahwin Lebih

Salam, 




Kahwin lebih. Iya saya nak cakap tentang "Kahwin Lebih". Maksudnya adalah kawin lebih dari satu isteri. Bukan kahwin lebih masa atau kahwin terlebih-lebih. Eh apa ni? Bagi perempuan melayu, isu ini jadi sensitif. Sangat sensitif even kalau boyfriend gurau pasal kahwin lebih pun kena cubit. Padahal bukannya jadi suami pun lagi.




Berbeza dengan perempuan arab. Perkara ni perkara biasa je. Sebelum kahwin pun mereka dah bersedia jadi isteri tak kisah no berapa. Sebab mereka tak bercinta sebelum kahwin. Dan lelaki arab memang suka kahwin dua. Ada seorang kawan kepada roomate saya, lelaki arab tu dah admit awal-awal dia memang nak kahwin dua.




Dia pun tak pernah kahwin lagi, tup tup dah pasang niat nak kahwin dua, hahaha. Dia cakap isteri pertama mestilah gemuk dan tak cantik. Sebab perempuan macam ni baik, pandai jaga lelaki dan keluarga. Ceh padahal lelaki arab kuat cemburu, so tak nak lelaki lain terpikat kat bini dia. Dan isteri kedua biar hot sikit, untuk dijadikan alat sex yang sah. Dia cakap bukan saya cakap. (kes ni bukan semua okay, at least diorang jujur dan ikat dengan perkahwinan yang sah)




Saya tak reka cerita ni, ramai je lelaki arab kat UIA. Macam-macam jenis ada. Bagi perempuan melayu, hmm kita biasanya bercinta sebelum kahwin. Sebelum kahwin pun boleh gaduh kalau ada perempuan lain kacau. Siap tarik rambut depan kedai kasut. Rasa "Pemilikan" terhadap seseorang lelaki tu sudah ada walaupun tiada ikatan sah. Apatah lagi selepas kahwin. Bagi saya sendiri, perempuan melayu ada 3 kategori bila bicara tentang "Kahwin Lebih"...




Redha
Kes terpencil. Susah nak explain. Tsk tsk tsk...





Tak Rela
Kes paling banyak kot. Suami mintak izin nak kahwin dua. Tapi isteri tak izinkan. Kalau suami dia kahwin kat Thailand pun, dia akan mintak suami dia ceraikan isteri kedua tu. Apa nak jadi jadilah. Tapi sampai satu tahap, tak tahan juga. Lama-kelamaan boleh membawa penceraian.






Cerai Dulu
Kes yang ni sedih. Perempuan tu masih sayangkan family dia, fikir juga tentang anak-anak. Tapi apakan daya, mereka tak rela berkongsi kasih. Hari-hari menangis. Dia pun nak rasa gembira jugak macam orang lain. Bila dia rasa perkawinan dia tiada lagi rasa cinta, buat keputusan untuk cerai dahulu. Buat apa pertahankan perkahwianan yang tiada lagi rasa cinta.Suamunya adil ke tak adil lain cerita. Cerai jelah dulu, sebelum bermadu.




Saya mungkin jenis kedua. Tak rela...




Maaf kurang blogwalking 2 3 hari ni sebab layan lagu ni berulang-ulang sampai tak ada masa, huhu.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

25 Oktober 2011

Zaman Fitnah

Salam,




Zaman sekrang ni zaman fitnah. Berita yang kita tengok hari-hari belum tentu benar. Apatah lagi media barat. Tetapi apakan daya, kita bergantung kat media macam makan nasik. Sehari tak baca rasa tak lengkap hidup. Lama-lama "nasik" tu melekat dalam tubuh jadi "lemak". "bersenam" hari-hari pun belum tentu hilang "lemak" tu.




Begitulah penangan media barat. Ingat ya, walau macamana jahat pun orang Islam itu, janganlah kita terpedaya dengan tipu muslihat orang kafir. Ingat tak macamana Tanah Melayu jatuh kat orang Inggeris dulu? Sebab pemimpin kita bergaduh kan? Masing masing nak kekuatan, panggil orang Inggeris.... lama lama.... kita yang memperjuangkan tanah sendiri dipanggil pembelot. Oh Rosli Dhobi....






Jom baca info menarik di bawah ni, yang disebarkan di Facebook.




Libya & GADDAFI ...FACTS THAT CANT BE DENIED
1. There is no electricity bill in Libya; electricity is free
for all its citizens.


2. There is no interest on loans, banks in Libya are
state-owned and loans given
to all its citizens at 0% interest by law.


3. Home considered a human right in Libya –
Gaddafi vowed that his parents
would not get a house until everyone in Libya had a
home. Gaddafi’s father has
died while him, his wife and his mother are still living
in a tent.


4. All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$
50,000 ) by the government
to buy their first apartment so to help start up the
family.


5. Education and medical treatments are free in
Libya. Before Gaddafi only 25%
of Libyans are literate. Today the figure is 83%.


6. Should Libyans want to take up farming career,
they would receive farming
land, a farming house, equipments, seeds and
livestock to kick- start their farms
– all for free.


7. If Libyans cannot find the education or medical
facilities they need in Libya,
the government funds them to go abroad for it –
not only free but they get US
$2, 300/mth accommodation and car allowance.


8. In Libyan, if a Libyan buys a car, the government
subsidized 50% of the price.


9. The price of petrol in Libya is $0. 14 per liter.


10. Libya has no external debt and its reserves
amount to $150 billion – now
frozen globally.


11. If a Libyan is unable to get employment after
graduation the state would
pay the average salary of the profession as if he or
she is employed until
employment is found.


12. A portion of Libyan oil sale is, credited directly to
the bank accounts of all
Libyan citizens.


13. A mother who gave birth to a child receive US
$5 ,000


14. 40 loaves of bread in Libya costs $ 0.15


15. 25% of Libyans have a university degree


16. Gaddafi carried out the world’s largest irrigation
project, known as the Great
Man-Made River project, to make water readily
available throughout the desert
country.


>>>>>>>>>>>>>>ID


is this..who you call a monster? the news made him look like how most of us do.but the same source as to who the media belongs to are the same people that killed him.half of us could agree that the media's pure bullshit,don't we..i refuse to believe that cruelty is an attribute alongside humanity.today's day an age is an age we call ZAMAN FITAN,the age of LIES.




Dah baca? Amacam? Eh terlupa nak cakap, Gaddafi ni salah satu pemimpin Islam yang digeruni oleh pro barat. Dah lama mereka memusuhi Gaddafi disebabkan beliau mengaku menjadi suara beliau kepada dunia, bahawa beliau telah bangun menentang tentera salib NATO, bangun menentang kezaliman, bangun menentang pengkhianatan, bangun menentang Barat dan cita-cita penjajahan mereka, dan Gaddafi telah bangun menentang bersama-sama saudara-saudara Afrika, saudara-saudara Arab dan Muslim yang sejati, sebagai obor. 



Apabila yang lain membina istana, beliau tinggal di dalam rumah yang sederhana, dan di dalam khemah. Beliau tak pernah lupa masa mudanya di Sirte. Beliau tidak membelanjakan harta negara sewenangnya. Dan seperti Salahuddin, pemimpin Islam kita yang hebat, yang telah menyelamatkan Baitulmaqdis untuk Islam, beliau mengambil hanya sedikit untuk beliau.


.Pesanan Kolonel Mu'ammar Gaddafi.




.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang..


Selama 40 tahun, atau adakah ia lebih lama, saya sudah lupa, saya telah lakukan semua dengan memberikan kepada rakyat rumah-rumah, hospital-hospital, dan apabila mereka lapar, saya berikan mereka makanan. Malah, saya telah merubah Benghazi menjadi sebuah tanah ladang daripada sebuah padang pasir. Saya telah bangun dari serangan koboi (Ronald) Reagan (bekas Presiden AS), apabila dia telah membunuh anak angkat saya yang yatim piatu. Dia telah cuba membunuh saya. Namun dia telah membunuh anak yang malang itu. Kemudian saya telah membantu saudara-saudara saya dari Afrika dengan memberi wang kepada Kesatuan Afrika.


Saya telah lakukan semua yang saya mampu untuk membantu rakyat memahami konsep sebenar demokrasi, di mana Majlis Rakyat mentadbir negara kita. Tapi itu semua tidak pernah cukup. Seperti beberapa orang telah membertahu saya, walaupun rakyat mempunyai 10 buah rumah, pakaian-pakaian baru dan perabot, mereka tidak pernah akan berpuas hati. Dengan mementingkan diri sendiri, mereka mahukan lebih. Mereka telah memberitahu orang Amerika dan orang asing lain, mereka memerlukan 'demokrasi' dan 'kebebasan' tanpa menyedari ia adalah sistem yang akan 'menyembelih leher' mereka, di mana anjing yang lebih besar akan memakan kesemuanya. Namun, mereka terpesona dengan kata-kata, tanpa menyedari di Amerika, di sana tiada ubat-ubatan percuma, tiada hospital percuma, tiada rumah percuma, tiada pendidikan percuma dan tiada makanan percuma. Kecuali apabila mereka terpaksa mengemis atau beratur panjang untuk mendapatkan sup.


Tidak.. Apa pun yang saya telah saya lakukan, ianya tidak pernah cukup untuk sesetengah orang. Tapi bagi yang lain, mereka tahu saya adalah 'anak' kepada (Presiden) Gamal Nasser, satu-satunya orang Arab dan pemimpin Islam yang kita ada selepas Salahuddin (al-Ayubi). Apabila beliau mengembalikan Terusan Suez untuk rakyatnya, seperti mana saya mengembalikan Libya, untuk rakyat saya, ia adalah langkahnya yang saya cuba ikuti. Untuk memastikan rakyat saya bebas dari dominasi kolonial - daripada pencuri-pencuri yang mahu mencuri dari kita.


Kini, saya telah diserang oleh kuasa tentera terbesar dalam sejarah ketenteraan. Anak Afrika saya yang kecil, Obama mahu membunuh saya, untuk merampas kebebasan negara kita, untuk merampas rumah percuma kita, merampas ubat-ubatan percuma, pendidikan percuma, makanan percuma, dan menggantikannya dengan cara mencuri gaya Amerika, dipanggil 'kapitalisme'. Tetapi kesemua kita di Dunia Ketiga tahu apa maksudnya. Ia bermaksud beberapa pihak mentadbir negara-negara, mentadbir dunia, dan rakyat menderita. Jadi, tiada alternatif untuk saya. Saya mesti mengambil keputusan, dan Insya-Allah, saya akan mati mengikut jalan-Nya, jalan yang telah menjadikan negara kita kaya dengan ladang-ladang, dengan makanan dan kesihatan, dan membolehkan kita membantu saudara-saudara Afrika dan Arab untuk bekerja dengan kita di sini, di Libya Jamahiriya.


Saya tak berhajat untuk mati. Tapi jika sampai ke situ, untuk menyelamatkan tanahair ini, rakyat saya, kesemua ribuan anak-anak saya, maka biarlah.


Biarlah pengakuan ini menjadi suara saya kepada dunia, bahawa saya telah bangun menentang tentera salib NATO, bangun menentang kezaliman, bangun menentang pengkhianatan, bangun menentang Barat dan cita-cita penjajahan mereka, dan saya telah bangun menentang bersama-sama saudara-saudara Afrika, saudara-saudara Arab dan Muslim yang sejati, sebagai obor. Apabila yang lain membina istana, saya tinggal di dalam rumah yang sederhana, dan di dalam khemah. Saya tak pernah lupa masa muda saya di Sirte. Saya tidak membelanjakan harta negara sewenangnya. Dan seperti Salahuddin, pemimpin Islam kita yang hebat, yang telah menyelamatkan Baitulmaqdis untuk Islam, saya mengambil hanya sedikit untuk saya.


Di Barat, sesetengah telah menggelar saya 'gila', 'hilang akal'. Mereka tahu kebenarannya tetapi masih mahu terus berbohong. Mereka tahu tanahair kita merdeka dan bebas, tidak berada dalam genggaman penjajah. Itulah wawasan saya, jalan saya yang telah saya jelaskan untuk rakyat dan saya akan lawan sehingga ke hembusan nafas saya yang terakhir untuk memastikan kita bebas. Semoga Allah Maha Besar membantu kita untuk kekal setia dan bebas.


***********************************************************




Muammar Gaddafi bukanlah seorang pemimpin yang sempurna. Namun, banyak jasa telah dicurahkan untuk memberikan hampir segala-galanya kepada rakyat Libya. Kini semakin banyak manusia di luar sana yang sedar sebenarnya di Libya, rakyatnya menikmati pelbagai kemudahan yang lebih hebat berbanding negara-negara lain yang mendakwa lebih maju dan lebih kaya dari Libya.






Aku mula terfikir, jika dengan pelbagai nikmat yang telah diberikan, apa lagi yang rakyat Libya mahukan? Adakah ini balasan Allah SWT kerana mereka tidak bersyukur? Adakah Libya akan lebih makmur selepas ini?




Wahai orang-orng yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Al-Baqarah: 172)




Wallahualam..




*Tulisan asal berbahasa Inggeris dipetik dari www.mathaba.net
*Diterjemah ke dalam BM dari BI oleh Kamairahsa.
*Silakan share di wall anda.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

24 Oktober 2011

Cantik Bila Marah? Bohong.

Salam,




Pernah dengar kan dalam drama, hero cakap kat heroin "Awak cantik bila marah". Huhu janganlah percaya. Mesti ramai perasan "Oh sweet nya bila aku marah boipren aku" atau pun "Oh mesti aku cantik bila tengking laki aku". Sebab tu diorang selalu marah-marah. Hey, come on, marah sangat hodoh, percayalah.




Perempuan atau gadis atau isteri yang suka memekik bengang hanya disebabkan perkara remeh temeh sangat tak cool okay? Biasanya mereka tak sedar tentang bahaya sikap sebegini.  Orang sekeliling cepat meluat, tahu.




Malah, wajah dia akan kelihatan hodoh. Hilang aura kasihnya. Hilang segala kecantikan. Yang pasti, macam nenek sihir dalam cerita dongeng pun ada jugak. Try bayangkan betapa teruk dan hodoh gila wajah perempuan yang cantik bila marah. Mata membulat, bibir besar kemain, kedut jelas di sana sini, rambut mengerbang.




Okay dah bayangkan? Bila kita bayangkan betapa hodohnya wajah kita bila marah, kita akan berasa malu bila menunjukkan sisi-sisi negatif kita. Seolah olah kita tak dapat kawal diri kita sendiri. Macamana orang nak suka kat kita kalau macam ni.




Marah dan cepat bengang sebenarnya tak boleh menyelesaikan masalah. Muka pun cepat kedut dan hodoh. Bila meletup, yang binasanya kita jugak. Diri sendiri mengidap stress. Bila stress, darah tinggi, jadi terlalu kurus atau gemuk, muka tak berseri, kerektor diri nampak garang dan bengis. Euwww....




Kalau tak rasa puas hati jugak, ingat ayat ni " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untuk kamu, dan boleh juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk untuk kamu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" {Al-Baqarah : 216} 




Wassalam.


Jom Bercuti Kat Thailand 4Hari 3Malam dengan hanya RM400 sahaja. Termasuk 3 Nights Accomodation dekat 3-Star Hotel + Tiket Penerbangan Pergi Balik Royal Jordanian Airlines Air + Pattaya Coral Island Tour + Airport / Hotel Transfers . Gila Murah!


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

23 Oktober 2011

Kehidupan Studio



Salam, 


Akibat otak sudah mereng dan separa waras, ini antara gambar yang diambil selepas tamat presentation untuk subject studio.


Zaman kelas studio mungkin sudah berlalu. Tetapi ingatan semasa menderita, bergembira bersama rakan studio akan dikenang sampai bila-bila. Mari mengetahui serba sedikit tentang "kehidupan di studio".


1. Jangan terkejut kalau nak tau, pelajar studio pernah tidak tidur dan mandi selama 3 hari 3 malam. Fakta ini berdasarkan pengalaman sendiri. Mungkin ada yang lebih. Kami buat kerja sampai macam ni sekali belum tentu dapat A malah, nak lulus pun belum tentu.


2. Saya mendapat gastrik pada tahun pertama di universiti akibat kerja berlebihan di studio. Tahun tu beraya di hospital je. Seorang kawan pernah pengsan semasa menyiapkan tugas pada malam hari. Itu pun berlaku pada tahun pertama.


3. Subjek studio membenarkan kami dihentam teruk oleh lecturer. Kes seperti report dicampak, layout diconteng-conteng adalah perkara biasa. Tahun pertama, lecturer nampak macam singa. Tapi makin lama, boleh lepak kat bilik lecturer sambil makan KFC. Pandai lecturer berlakon garang hehe.


4. Sesiapa yang tengah membuat persiapan untuk subject studio, sila sediakan satu beg kecil untuk barang peribadi seperti, bedak, sabun, berus gigi, satu snek kecil dan tisu. Mana lah tau malam tu, ketua tak bagi balik, at least ada spare. 


5. Kebiasaannya, kami akan ke studio selepas waktu isyak dan balik menjelang subuh. Itu pun untuk mandi je. Pastu pergi ke studio semula untuk presentation. Dengan mata lebam. Tsk tsk tsk.


Kalau di UIA, jurusan yang ada subjek studio adalah:

  • Town Planning
  • Architecture
  • Applied Art
  • Landscape Architecture
  • Quantity Surveying

BERSEDIAKAH ANDA?





XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

21 Oktober 2011

Perempuan Kasar

Salam, 




Serius nak cakap, saya seorang yang kasar. Kasar sejak dalam perut mama mengandung. Tapi mama tak suka anak dia kasar. Nanti malu diri sendiri, malu mama, malu papa. Kat rumah saya kasar, sebab nak malu kat sapa kan? Adik adik je tengok kejantanan diriku ini. Oleh sebab itu, kat luar saya kena berlakon.




Ternyata lakonan menjadi. 
Ada lah seketul dua cakap saya lembut. 
Dalam hati rasa nak muntah hehe. 




Mr. Nice Guy cakap, tak salah kalau nak berubah demi kebaikan. Bukan hipokrit tapi berlatih. Nanti lama-lama jadi tak biasa lah berkasar. Iya sekarang saya dah tak berkasar lagi, kurang lah maksudnya. Buktinya, kelmarin kena sound hebat dari warden sebab habuk kat luar pintu, saya siap ucap terima kasih kat dia. Padahal saya tak salah pun. Lastly, makcik warden pun jadi lembut.




Hormat orang : Kawan saya panggil nurse kat klinik dengan panggilan Mak Cik. Dia dilayan kasar. Saya panggil nurse tu dengan gelaran Puan. Saya dilayan lembut. So kita kena lembut dan cara pun kena sopan. 




Masa drive saya juga kurang memaki macam dulu. Mama pantang dengar saya marah marah semasa drive. Sekarang sudah kurang. Kalau betul betul ada pemandu kurang ajar dan bersalah baru saya marah. Setakat terserempak pakcik/jejaka bawa motor ketengah, slow pulak tu, saya tak marah. Kasihan. Jadi hati lebih tenang, dan mudah kasihan.




Terima kasih, Mama. Terima kasih, Mr. Nice Guy. Kerana mengajar saya berlembut.


Contoh Simple Perempuan Kasar 

Kes kecil tanpa disedari 
  • Dari segi perbuatan, tutup pintu kereta kuat-kuat, Pang!!!
  • Tarik handbreak kasar, Sreeetttt!!
  • Suka campak barang padahal tak marah pun, tapi terbiasa.
  • Hempas beg kuat-kuat : tabiat tak sedar.
  • Kaut lauk sampai tumpah tumpah. Serius tak sengaja.
  • Perangai macam gelojoh sikit.
  • Dari segi perkataan, suka cakap straight sangat tanpa hirau perasaan. Tapi dia jujur. Tak sengaja. Ingat biasa je. 
  • Mengomel / Marah sesuatu bila stress. "Ish asal kasut ni bodo sangat!"

    Kes Besar disedari tapi seronok melakukannya
  • Ala ni kes macam perempuan gaduh dalam video kat facebook tu.
  • Suka cari gaduh dengan orang.
  • Jalan suka langar orang. Tabiat hodoh.
  • Cakap kuat kuat tanpa hirau orang ramai.
  • Rasa diri sentiasa betul.
  • Suka buli orang. Buli pemandu lain. Buli junior. Buli adik.
  • Suka maki guna perkataan mencarut. &*^%,  $%@#.... dll.



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

20 Oktober 2011

Siapa Dhia?

Salam, 




Wiit witt.. jom gossip jom! Macam-macam cerita Chempaka Sari dah korek ni tak sabar nak cerita kat korang. Kadang-kadang jaga tepi kain orang seronok tau! Psstt pstt nak tau tak, Dhia ni orang kata muka dia macam Ixara Dewi Remaja. Tak caya? Tengok SINI. Pastu, hubby dia, muka sebijik macam Bruno Mars. La, tak caya jugak? Klik SINI. Jangan marah...




Dhia ni blogger bertuah pelawat blog Chempaka Sari ke 100,000 dulu. Nak ngorat? Sorry. She's already taken. Dalam proses nak naik kn berat badan katanya. Walaupun Dhia lagi tua beberapa bulan dari kawan kawan Dhia tapi kurang matang sikit sebab manja dan suka loyar buruk, hehe. Manja tu bagus dik, orang suka. Jangan ganggu Bf orang sudah. EH haritu ingat awak dah kahwin. Sekali akak silap lah, kalau dah ada calon tu cepat cepat lah tunang dan kahwin ye. Jangan tunggu lama-lama.




Pada pendapat akak je ye, adik suka menulis, banyak ilmu yang Dhia nak kongsi bersama, contohnya, Yang Tertutup Atau Terdedah?Hukum Menyebut OMG , dan Kesan Pakai Contact Lens. Buat masa sekarang Dhia sudah ada 475 follower, singgah lah blog Dhia, jika rasa menarik follow blog Dhia untuk support okay? Jom genapkan follower Dhia sampai 500. Kalau tak genap siap korang. 




Beberapa nasihat dari akak, teruskan menulis. Mungkin lepas ni bila adik bertambah matang, adik dah boleh menulis sendiri atau kupas sesuatu isu dari sudut pandangan adik sendiri. Kiranya macam adik menulis karangan BM di sekolah dulu-dulu. Kadang kadang orang suka pada sesebuah blog sebab nak dengar pendapat dia tersendiri. Adik boleh belajar dari Kak Namee bab penulisan ni. Saya tak pandai sangat.


Dan akak sebagai seorang prihatin penyibuk mungkin, adik harus menggunakan perenggan dan ejaan penuh lebih-lebih lagi ejaan pada tajuk bila mahu menyampaikan sesuatu info seperti di entry Peringatan Uuntuk Semua Wanita dan entry personal Saya Difitnah. Kalau ejaan penuh mesti syok nak baca ni. Maaflah akak ni dah berumur hehehe. Blog yang mesra pembaca disukai ramai tau, Dhia.



Hah, lagi satu Dhia ni suka tengok movie ke? Sampai dua kali tengok wayang cerita yang sama. Ini tidak adil sebab tak ajak orang pun. Akak pokai ni tak ada duit, meh lah belanja. Apa-apa pun mari semua doakan Dhia terus sukses dalam semua benda baik yang dia nak buat, doakan blog Dhia terus mara dan semoga Dhia jadi anak yang baik, pelajar yang baik dan blogger yang baik.
KLIK
COMEVISIT DHIA BELLA HERE!




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE


19 Oktober 2011

Stop Sharing

Salam, 


Stop sharing or in another word, stop spreading!


Harini nak buat entry ala Che Det. Ceh buat buat tak kenal pulak Che Det. Berjuta-juta kot pageview blog dia.




1. Udah udah ler tu sebar gambar yang mengaibkan. Benda yang tak elok memang boleh memberi pengajaran, tapi elok ke sampai disebarkan gambarnya?


2. Gambar buang bayi, sesungguhnya bayi itu tidak bersalah langsung. Kenapa perlu disebarkan gambar bayi bayi itu? Dalam keadaan yang mengerikan pula tu.


3. Ada gambar dalam parit, dalam longkang, dalam tangki najis. Dengar pun sudah tidak elok. Hina nya. Tapi yang hina ibu bapanya, bukan bayi itu.


4. Kita sebagai perempuan (bagi pembaca perempuan) seharusnya mempunyai jiwa halus dan penuh keibuan. Jangan dimatikan perasaan halus itu dengan meng'kebal'kan diri menyebarkan gambar tersebut.


5. Bagi saya bayi itu tidak perlu diaibkan. Dia sudah dijanjikan syurga, kita yang tak pasti lagi di dunia ni. Lebih baik bayi ini 'pergi' dari mempunyai ibu bapa macam si pembunuh tu.






5. Gambar yang tersebar luas bukan menyedarkan remaja, ia boleh buat "alah bisa tegal biasa". Hari hari tengok gambar mayat baby mati. Hati jadi gelap, hati kurang belas kasihan. 
"alah hari hari ada berita bayi kene buang. dah tak kesah lah. dah muak tengok gambar camtu"

7. Adakah menyebarkan gambar bayi itu untuk mendapatkan trafik blog atau betul betul berniat simpati? Apa kegunaan nya 'simpati' kita dengan menyebarkan gambar yang tidak elok itu?


8. Buat media, sebarkan berita itu sahaja, tidak perlu gambar. Penerangan boleh dibuat. Tak perlu telus sangat semua benda ditayangkan. 


9. Fokus kepada penyelesaian masalah. Kupas kenapa benda ini berlaku. Sebar ilmu kepada remaja sekarang supaya tidak terjerumus dalam masalah ini. Review balik silibus Pendidikan Agama di sekolah.


10. Kesimpulan, stop sharing benda yang mengaibkan orang yang tak bersalah. Nak share gambar emak dia, dipersilakan. Dalam agama, nak hukum memang kat tempat orang ramai. Tetapi apabila dibuktikan bersalah sahaja.



KLIK

BUT YOU CAN SHARE A FREEBIE TODAY!


Tindakan menyiarkan gambar kanak-kanak terbabit dalam media cetak atau elektronik merupakan suatu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan tindakan mahkamah.

“Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] memperuntukkan sekatan ke atas laporan dan penyiaran media gambar kanak-kanak sebagai mangsa dalam kes jenayah disiarkan dalam apa-apa akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik.

Pelanggaran seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] merupakan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan oleh Mahkamah boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Moralnya sesiapa juga termasuk blogger kena mengambil perhatian. Sekatan keatas laporan dan penyiaran media gambar kanak-kanak sebagai mangsa dalam kes jenayah itu hanya boleh dikecualikan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.


Wassalam.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

Wordless Wednesday : Family Forever

Salam, 


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

16 Oktober 2011

Pahit Yang Menyatukan

Salam, 




Tajuk tah pape macam tak best. Tapi tak apa, sebab saya dah tak kisah pasal blog saya sekarang. Blog yang terbiar sepi. Ceh tetiba. Okay, tadi saya ada makan dengan kawan, Wani dan Aida. Macam macam topik di'bincang'kan. Biasalah perempuan bertemu perempuan. Tiga orang je cukuplah. Dah boleh buat siaran langsung MAJALAH TIGA. Pastu tibalah di satu topik, yang setiap kali saya ingat saya jadi sayu dan sedih sangat. Kisahnya tahun lepas, lagi dua hari nak Raya Haji




Kisah- kami- baru- tau- kena- tipu- duit- tiket- kapal terbang- bila- sehari- lagi- nak- gi- London.



Tak tau nak cerita dari mana. Malam sebelum saya sepatutnya bertolak, kawan saya, Farah tepon saya beritahu kami tak jadi pergi. Saya ingat dia bergurau, saya cakap "ohhhh" je. Pastu tanya "jadi bila kita g?" dia jawab, "separuh pergi esok, separuh pergi dua hari kemudian" dengan nada serius. 




Hati saya rasa tak sedap.
Adakah saya group yang pertama atau kedua?
Kalau group yang kedua, rugi lah.
Rasa dah tak semangat.
Down gila.




So saya beritau parents,  flight postpone.




Tak lama pastu, dah nak dekat pukul 12 malam, Farah telepon lagi, dengan nada marah, dia bagitau, memang tak de siapa akan pergi esok, sebab kami dah kene TIPU.




Masa tu saya marah sangat sampai menangis. Kecewa. Geram. Sedih. Pastu saya tepon Atul, my beloved roomate beritahu benda ni. Nada dia pun of course la macam nak nangis kan. (sebak time tulis entry ni). Pastu saya rasa semua saling telepon menelepon sebabadayang kat rumah dengan parents ada yang kat hostel sebab rumah jauh, parent tak dapat hantar ke lapangan terbang. Yang penting, eemua macam terkesima tak tau nak buat apa kecuali maki hamun sahaja. Pastu berdoa balik, pastu maki balik, pastu doa balik.



Doa- Maki- Doa- Maki- Doa- Maki- Mesej sana- Mesej sini- Tepon Sana- Tepon sini...




Masa tu lagi dua hari nak Raya Haji, mana yang stay kat hostel sebab program London ni semua dah sedih gila. Tak kan nak raya kat hostel dengan satu cafe pun tak bukak. Saya telepon mana-mana kawan yang tinggal di hostel. Malam tu mereka semua stay up kat balai polis. Saya rasa macam nak je pergi teman kawan kawan lain kat bali polis tu boleh nangis sama-sama. Tapi dah malam, jauh pula tu.




Serius saya rasa macam mimpi gila.
Betul ke kami tak jadi pergi?
Impian setahun kami pendam.
Lagi sehari?
Lagi beberapa jam nak pergi? 







Atas tindakan bijak rakan rakan, ada yang contact MAS, rayu kat Air Asia tentang kes ni. MAS dapat murah tapi seminggu selepas nya lah. Tak boleh, sebab kami dah plan macam-macam, hotel penginapan pun dah bayar. Deal dengan Air Asia, walaupun nama kami tiada langsung dalam sistem diorang, diorang baik hati nak membantu kami. Price  murah gila kentang dia bagi. 




Masa ni mana yang tiada duit on the spot, rakan yang senang bantu. Ada yang hulur rm10 ribu, ada yang support rm8 ribu. Ada ibu pada yang datang dari jauh semata-mata nak jumpa dengan pihak atasan untuk support kami. Masa ni baru tau erti persahabatan. Tak lupa jugak kat Ibu Bapa kami yang sangat sangat tsk tsk tsk memahami. Ya Allah, hanya ALLAH saja yang dapat membalas jasa mereka. Mama Papa terima kasih sangat sangat. Sayang mama papa.




Alhamdulillah, dalam masa 2 hari kami settle kan masalah ni dan berangkatlah kami ke LCCT di pagi Raya Haji tu. Kecian, yang stay di hostel, mereka naik LRT. Beg besar besar parent Aisyah&Aina yang tolong bawakan ke LCCT. Masa ni semua bantuan datang dari semua penjuru. Ya Allah, terharu sangat. Semua saling membantu.




12 jam kemudian , tibalah kami di Stansted, London. Syukur...




Buat si PENIPU, ingatlah, di dunia ni kamu tidak akan tenteram. Halalkah 56 ribu yang kamu makan tu, masyallah.






Bila kenang balik semua kenangan pahit dan manis ni, rindu pulak kat rakan rakan studio dulu. Mungkin tak larat nak sebut nama satu satu. Ada lebih kurang 60 orang semuanya. Semua best best. Ada yang lawak, ada yang serius, ada yang spontan, rindu semua kenangan dalam studio. Rindu kena marah dan nangis sama-sama bila kena torture dengan lecturer. Arghh rindu semua benda!


Dan nak ambik kesempatan juga, ucap tahniah kat Munshi (bacalah blog dia best sangat) atas pertunanangan dengan kekasih tercinta yang comel, Hana. Semoga jodoh korang dipercepatkan. Ameen....



**Ramai juga yang hairan kata budak kelas kami rapat. Mungkin kes ini salah satu faktor daripadanya. 




XOXO, Chempaka Sari
Jika Sedih Jom LIKE