02 Oktober 2011

Tengok Rumah Contoh Tapi Tak Beli Pun

Salam, 



Rumah contoh zaman sekarang ni seronok dari melawat rumah contoh dulu-dulu. Dulu masa ikut Mama Papa pergi tengok rumah contoh, kemain busuk siap ada jamban tak ber pam lagi. Tak senonoh punya rumah contoh. 




Pastu bila dah besar sikit, maju sikit. Rumah contoh dah bersih, kena bukak kasut bila nak masuk. Plaster ceiling pun siap pasang, kabinet dapur dan tersedia. Perabot pun letak lah satu dua untuk presentation.




Zaman sekarang ni amik kau, tak nak beli pun rumah tu tapi rasa macam nak pergi je. Sebab ada makan-makan hehe. Rumah tu dia dah  siap renovate, kalau nak beli kena cuci kaki je (jangan lupa cuci purse sekali ye) perabot semua dah lengkap.


Ni salah satu rumah contoh yang saya pergi. Tak boleh amik gambar, tapi lagi dilarang lagi dibuat. Dapat lah angle tah pape je. Tetap nak upload. Geram tau larang larang ni. Geram jugak sebab rumah tu cantik.... Suka tangga dia, tapi kalau ada baby tak sesuai sangat.


Ni bilik tetamu, ceh ini baru bilik tetamu kat tingkat bawah. Naik atas dah kena simpan camera dalam beg sebab kena marah huhu. Ni nak cerita bilik utama dia perghh! Cantik sangat. Balkoni bilik dia pun siap pasang carpet rumput tiruan. 


Ini laman dia, simple dan elegant. Eh ye ke elegant? Yang elegant nya tentulah saya,  elegant bila saya dapat minum fresh oren di sini time breakfast dengan somi terchenta... Wahahah!


Gambar zoom. Tak de motif sebab gambar diambil secara curi. Camera mengadap bawah je. Lepas tu kami makan mee goreng, satay dan ais krim kat khemah di luar. Macam tu ye cara developer amik perhatian customer. Boleh diadaptasi ni.


Gambar Daniel yang pelik sebab daun keladi tu tak serap air. Apa apa pun entry ni tak berguna langsung samada untuk masa depan saya waima masa depan korang. Gambar tak ada, cerita je pompang. Dah pergi bukak blog lain. Wassalam.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

18 ulasan:

CikNuwairah berkata...

hahaha..ce ckp kt org tu kta nk promote umah tu..kot dia bg amik gambo bebanyak..

kembatolo™ berkata...

mau beratus ribu harga ni. kopak gua kalo bini nak rumah cenggini. hahaha

Niza Romli berkata...

Azza..cantik rumah tu. Sukanya tengok rumah cantik2. Tak mampu nak beli...masuk tengok pun jadi la :)

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

Cik Nuwairah : Harap harap developer tu tak baca blog saya huhu.


Niza Romli : Betul betul, masuk tengok dah puas. Ada modal nak berangan nanti.


Ketambolo : Murah ke awak (poyo murah), rm600,000 ++ je sebab rumah ni bukan kat KL. Kalau kat KL berjuta kot even rumah kecik.

Aimie Diyanna Benignant berkata...

Tengok pon okay dah... hehe

salwaismail berkata...

cantiknya rumah ni. :)

FaKArePa!n berkata...

mmg nekad betul tu nk amik gmbar.. hihih

chekgu kechik berkata...

cantik nye rumah...mampu tengok ajelah...:)

yana halim berkata...

azza...rumah kat mana nih?

naim berkata...

deko rumah sangat menarik. Ini kat mana ya?

^^

syakey berkata...

seronok tgk rumah contoh. rasa macam nak beli. kena menyimpan supaya nanti rumah pn lawa :D

Lia Lomi berkata...

wah, cantiknya..Lia pun dah berkira nak cari rumah ni.

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

rumah ni kat bentong, pahang. 4 bilik semuanya...teres tapi besar gak. Nak beli ke? Deko memang sangat menarik... terutama pintu bilik air dan pintu almari dia dibuat teknik penyamaran, kalau tak tanya developer tu, mesti keliiru antara pintu dan dinding.

Paris Lipton berkata...

huyohhhhh
mmg mahal ni...lg mahal sua levis gue...hikkk

░♥si lampu neon♥░ berkata...

cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk gerammm




jeng jeng jeng...
Resepi puding karamel power!
Sugar glider makan lipas la pulakk
Awek leggings marah !
Posisi menonggeng yoga

Azza Azman berkata...

@naim kat bentong...mai mai la beli...

Azza Azman berkata...

@yana halim kat bentong kak yana... okaylah kan 600,000 siap semua..

Sheila Mutalib berkata...

kalau ade yg berkenan nak buat landskap, boleh la menjengok kat www.spjlandscapeconstruction.blogspot.com