01 November 2011

Kesesakan Lalu Lintas

Salam,




Come on, jangan blur sangat. Kesesakan Lalu Lintas tu sama lah maksudnya dengan Traffic Jam ataupun Traffic Congestion. Semua tau kan macamana keadaan lalu lintas jalan raya kat Malaysia ni terutama KL dan bandar besar yang lain. Saya tak mau cerita mengenai traffik jam dalam skop yang besar, cukup untuk satu area sahaja iaitu dalam kawasan Universiti.




1. Pihak universiti tak menggalakkan pelajar membawa kenderaan sendiri. Di U saya, pelajar 3rd year ke atas sahaja yang dibenarkan membawa kereta itu pun kena ada geran kereta, surat kebenaran penjaga dan surat recommendation dari principal asrama.




2. Kalau bawak jugak, pelajar akan ditahan, disaman atau dikunci tayar kereta. Maksimum saman rm50. Ada kawan pernah kena saman sampai 7 kali. Saya tak tau awat dia ketegaq sangat tak nak amik sticker kereta. Mungkin sebab leceh.




3. Baguslah, pihak universiti buat macamni sebab tak mau ada kesesakan lalu lintas. Kalau semua nak bawak kereta, tak cukuplah tempat parking. Jalan yang sempit tu akan menjadi mangsa, tetiba jadi tempat parking kereta. Jalan sempit, kenderaan jadi slow, slow tu lah punca trafik jam.




4. Ini bermakna pihak universiti mengalakkan pelajar berjalan kaki. Dari sibuk nak besarkan jalan, atau membina bangunan tempat parking kereta bertingkat, Solusi "jalan kaki" yang lebih efektif, lebih efficient, lebih economi dan menyihatkan.




5. Malangnya, kemudahan pejalan kaki selalu dipandang enteng. Bukan di peringkat Universiti sahaja, malah di kampung mahupun di bandar besar. 


@ Ruang pejalan kaki sangat sempit. Kalau bertembung dengan orang hadapan, kene turun ke bawah (rumput atau jalan besar).
@ Kemudahan pejalan kaki hanya terdapat di sebelah jalan sahaja. Bagaimana dengan pejalan kaki di seberang sana?
@ Tiada zebra crossing. Kalau ada pun, pengguna kenderaan buat buat tak nampak. Sangat benci mereka.
@ Tiada atap bagi melindungi pelajar dari terik matahari dan hujan. Kasihan kami!
@ Tidak bersambung. Kejap jalan atas pejalan kaki kejap kejap kang kena lintas padang tak pun tetiba ada longkang.
@ Tidak strategik. Kawasan tidak dilalui pelajar banyak pulak kemudahan jalan kaki.
@ Kurang selenggara. Berpasir, berair, batu bata timbul, dan simen pecah.


Pengguna berkenderaan haruslah mengutamakan pejalan kaki. Berhenti bila nampak orang melintas. Serius, kat London tak yah angkat tangan pun, walau sorang je nak melintas, 10 kereta berderat pun berhenti dan tunggu. Keadaan ni macam automatik.


Taman di celah celah bangunan memberi rasa 'rehat' dan 'nyaman' kepada pejalan kaki.


Melintas tanpa dakwa dakwi lagi. Seronok bukan? Kalau bukan kat bandar besar pun, at least kat dalam kawasan universiti sendiri harus mewujudkan perasaan senang bila melintas jalan.


Boleh berjoget bila kaki penat. Tak ada sapa nak kacau, tak ada siapa nak buat bunyi shuit shuittt ala tikus mondok.


Ruang pejalan kaki sama besar dengan ruang untuk kenderaan. Barulah adil...

Dengan tersedianya tempat duduk setiap seratus meter, kanak-kanak, orang tua pun suka jalan kaki. Kalau abang macho ajak tumpangkan kereta Audi pun tak nak sebab seronok jalan kaki. Muahaha!

6. Berdasarkan pemerhatian saya di atas, nampak macam "eh mengadanya kau macam tuan puteri". Tapi percayalah kalau kemudahan pejalan kaki mantap, sure tak de trafik jam lagi. Semua bersenang lenang nak jalan kaki.




7. Mintak pihak universiti menimbang untuk menaik taraf kemudahan pejalan kaki. Duit saman macam banyak je, baik disalurkan kepada pelajar miskin macam kami ni. Tsk tsk tsk.




8. Bukan dalam kawasan universiti je, dalam kampung ke bandar besar ke, kemudahan pejalan kaki hendaklah diambil berat.




9. Tempat yang boleh dicapai pejalan kaki atau "in walking distance" sangat-sangat membantu kami yang berjalan kami. Berjalan kaki di tempat macamni sangat menyeronokkan. 



Err gambar tak ada kaitan. Huhu.


10. Sekian laporan dari bekas pelajar degree Bachelor of Town Planning. Habis. 




Hik hik hik. Maaf entry sedikit membosankan. Inilah yang saya telah hadapi selama 5 tahun. Bosan bukan.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

42 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

:)

kisah menarik Azza.

Masa di poli. lagi best. Ada kes lecturer conteng kat cermin keta pelajaq

sebab salah parking.

ahmad berkata...

jalan kaki boleh buat jadi sehat :)
exercise haha

Unknown berkata...

aku singgah utk ziarah korang.....sihat ye

Namee Roslan berkata...

betul azza. ini tidak, kita lintas jalan pun macam takut2. lg2 di persimpangan engineering department tu..siap ada yg kena langgar kot.

sue perbs.. berkata...

mcm kat U sy dulu sem 1 pun ada yg bawa kereta.. yg bawa kereta selau kena saman sebab parking tempat yang student tak boleh parking.. sampai beribu-ribu saman..

Unknown berkata...

wahhh corncern nya.. baguslah ada jugak yang amik berat pasal kemudahan utk pejalan kaki :)

FaKArePa!n berkata...

pyah jugak ea kalau dalam kawasan U pon jam..

Nini Hartini berkata...

100% setuju. bukan kt Uni je. kt jalan-raya pun patutnya laluan pejalan kaki diutamakan. mcm akk jalan kt singapore sorang2 x takut pun nak melintas sebab kemudahan yg disediakan mmg diutamakan utk pejalan kaki. tp kalau kt KL, mcm menempah maut bila nk melintas.

Azza Azman berkata...

@Namee Roslan tak tape namee, kita yang jalan kaki ni takut2 je. padahal kat situ dah ada bumper untuk perlahankan kereta, tapi kereta makin laju pulak bila melepasi bumber tu. tak selamat langsung.

Azza Azman berkata...

@faridah nazurah pejalan kaki saja yang concern pada pejalan kaki... nak buat macamna...

Azza Azman berkata...

@sue perbs.. huhu beribu ribu saman, kaya kot universiti hehehe. Asyik nak saman je, bagilah kemudahan pejalan kaki yang terbaik..

Azza Azman berkata...

@ahmad betul tu, tapi juga boleh membuat kulit ini gelap, tak bermaya dan kusam, gunakanlah loreal setiap hari hehe.

erm sekarang ni kalau xde payung tak keluar bilik lah gamaknya.

Azza Azman berkata...

@dhinai adnan sihat alhamdulillah...

Unknown berkata...

wahhh bestnye...haha sy disini bebas mmbawa kenderaan :)

KAMIHIDUP berkata...

jalan kaki sihat. 1000 langkah sehari. :)

Niza Romli berkata...

bagus entry ni azza....yg pentingnya pihak2 tertentu akan nmpk kepentingan laluan pejalan kaki. baru takde kesesakan kt U :)

Jay berkata...

cayalah azza...kalau ramai student yg buat kesalahan gak mesti pihak U kaya kan kutip saman..hehe...lama xdgr khabar azza...rindu pulak jadi pengomen tegar blog aza ni kan..hehehe

Yana Halim berkata...

zaman belajar dulu jalan kaki je. memang sihat + slim. hehe

Rosalia berkata...

hahah.kesian dia.tp btl jgk sbb pejalan kaki ni bhya tau kene hjn ke samun ke. haih kne pentingkan

Chegu berkata...

salah satu nak kurang kan kereta, kena tingkatkan kemudahan awam, bus, keretapi dan jugak pejalan kaki, kerajaan dalam usaha ke arah tu, tapi ntah lah, macam ade yg masih perlu diperbaiki lagi kot, harap la nanti cik cempaka sari jadi pemimpin yg faham masalah ni, amin...

Azza Azman berkata...

@Jay huhu lama tak dengar cerita Jap jugak... lama tak update blog.

Azza Azman berkata...

@Niza Romli Terima kasih kak niza.... tak delah bagus sangat cuma harap dapat membantu membuka mata sesetengah pihak atasan.

Azza Azman berkata...

@yana halim Huhu, sihat kan jalan kaki, tak yah gi gym dah..

Azza Azman berkata...

@Rosalia Betul tu, ruang pejalan kaki juga hendaklah selamat, contohnya pasang tembok/bolard atau pokok renek bagi mengasingkan ruang pejalan kaki dah ruang kenderaan.

Azza Azman berkata...

@Chegu Chegu!! betul!! Sekarang kerajaan tengah nak buat MRT kat bus stand klang, malangnya byk pengguna merungut pulak. padahal, untuk mereka juga akan datang.

Unknown berkata...

Mau nya entry ni kena email dekat aduan rakyat. Baru diaorang nak ambil tindakan kot. hahaha :)

Sha. N. berkata...

Kalau kita ada fasiliti kelas pertama, tapi mentaliti tak ubah-ubah, tak jalan jugak.

p/s: Memang berbeza kalau kita compare Malaysia dgn luar negara. Jauh sangat.

Unknown berkata...

bestnye azza..:)

... berkata...

like entry ini :)

♥ ju lya berkata...

menarik :)

CikNuwairah berkata...

gud entry..huhuhu..
kalau dilaksanakan mcm ni kan ke bagus..hehehhe..

Azza Azman berkata...

@Sha. N. InsyaAllah itu tugas pihak atasan lah yang boleh ubah tahap pemikiran kita. KAt malaysia kurang mendidik rakyat sebab tu kita kurang terdidik. Contoh signage dan info. sangat kurang.


Cuba contohi negara eropah. sangat berbeza. Tak payah g jauh2, g je IKEA kat damansara, dalam tandas dia pun ada macam macam informasi. Berbeza cara mereka. Nak sampaikan ilmu kat mana mana pun boleh.

Azza Azman berkata...

@salwaismail Huhu tak layannya saya setakat email dari saya tang tak de pangkat mahupun harta ni...

Azza Azman berkata...

@CikNuwairah berdoalah supaya Malaysia mengambil berat kat pejalan kaki nanti.

IFA Athirah berkata...

yaa.pejalan kaki harus diutamkn.ho yeah

Tanpa Nama berkata...

terbaik !! dekat kolej ain xde lorong pejalan kaki. dari 1 bangunan ke bangunan lain, kami redah je jalanraya yang kecik. kalau bergroup, kami sangat2 bermaharajalela. tak pedulik dlm kereta tu lecturer ke VViP. hehe

yuyueyuliana berkata...

5 tahun? lamanyeeee. hehe.

Nilam suhana berkata...

setuju sangat ngan entri nih..:)

TeAqArH berkata...

btol2 tang ni kite leh puji ngra barat....^_^

Azza Azman berkata...

negara kita ni lambat sikit, tapi barat punya pasal lah. diorang menjajah kita dulu, dah kita lambat merdeka. Keji punya penjajah. huhu

nizamkawaii berkata...

Saya pun nak komen jugakla.

saya nak share la pandangan sy. sy bukan planner student. tp dlm cos sy, ada satu subjek pasal basic town planning diajar. n the best planning is mesti utamakan pejalan kaki kan. accessibilty kanak2 nak ke skolah tu yang penting. barulah wujud bandar selamat. ce tgk skang, urbanisasi buat persekitaran kita tak selamat. cuba banding 10 tahun lepas kat area sub urban, mak ayah ok anak2 g skolah naik basikal/jalan kaki. tp skang ni kenderaan byk gler. laluan pejalan kaki still takde, bad planning rite? :((

Thanks to MBSA(shah alam) sebab skang dah ada laluan pejalan kaki di kawasan tertentu siap dengan pagar lagi. its' more better now :)) nampak kemas, lebih selamat sbb asingkan laluan pejalan kaki.

ok, terpanjang plak. hehe. untuk anda, bw lah perubahan ok pada plannning bandar kat Malaysia ni. biar lebih mesra rakyat jelata. :))

Tanpa Nama berkata...

Ya, mungkin karena itu