22 November 2011

Spot Check

Salam, 


Kami tengah bengang ni. Staff hostel masuk bilik kami masa kami tak ada. Untuk kelmarin je berapa ribu tah dia saman. Kawan saya bengang sebab tengah tidur, tak sempat bukak pintu, diorang dah masuk pakai kunci spare. Bengang ke idok? (nada zizan dalam melodi).


Dua minggu lepas, saya pun sama, tengah tidur, tetiba bunyi dumdamdumdam orang ketuk bilik. Sakit jantung mak. Tak sempat bangun, diorang dah bukak pintu guna kunci spare. Tak ada privasi langsung. Rupanya masa tu diorang nak ambik langsir je untuk basuh. Okay fine. Tapi yang masuk bukan staff tapi makcik cleaner sampai 2 3 orang. Dipanjatnya meja saya yang penuh dengan buku dan laptop untuk tanggal langsir tu. Mak ai sabar jelah. Staff tadi tah ke mana tah pergi bilik lain kot. Kalau time tu saya tak ada kat bilik macamana? Kalau ada barang hilang macamana?


Okay dah ada feel bengang tak? Er itu intro je, padahal ni baru nak mula cerita sebenar. Masa form 2 dulu, saya dipilih masuk kelas taranum. Oleh yang demikian (hik hik hik) saya diarahkan untuk beli Walkman. Hoi, zaman tu walkman kira barang mewah oi. Tak pernah terpikir pun beli walkwan plus, saya tak suka dengar muzik. Nak dijadikan cerita ada spot check kat asrama. Warden bidan terjun tu (staff ofis asrama ganti warden sementara tunggu warden baru) tetiba semangat gila buat spot check. Gila kuasa betul. Dia rampas walkman saya walau dah cakap alasan sebenar.

Dia kata tak apa, dia faham, nanti tuntut lah semula. 

Esok saya tuntut, dia suruh tunggu.
Esok esok saya tuntut, dia suruh tunggu.
Esok esok esok saya tuntut, dia suruh tunggu.

Lepas lepas tu saya tuntut lagi dia cakap, "pergi cek kat kotak di luar" maksudnya kat luar ofis warden terjun tu. Saya macam "apa kat luar?? dalam hati.

Saya cek kat luar memang tak ada. What the fish!! tsk tsk tsk. Bengang sangat masa tu. Allah je lah yang tahu. Saya tanya semula, dia jawab, saya yang lambat maybe orang lain dah ambil. (T_T)

Saya sedih, saya mengadu kat Mama, Mama suruh saya mengadu kat ustazah taranum tu. Ustazah taranum kata nak ambil tindakan, tapi sampai dia pindah tak ada satu tindakan pun.


Sedih tak? Sedih kan. Bengang pun ada jugak. Ingat lagi Form 4 pun pernah terbawak gelang kristal ke asrama. Sebab kelam kabut bali lepas cuti raya. Tak perasan gelang tu kat tangan. Zaman tu kristal je ada, takde lagi manik tiruan ni. Warden asrama rampas. Bila hari untuk tuntut diumumkan, saya pergilah ke rumah dia untuk tuntut. Dia pun cek kat tempat yang dia simpan tu, kekdahnya..... hilang. Dia kata maybe anak dia dah main dan hilangkan. Hampanya....


Pengajarannya, kalau kamu rasa ketidakadilan berlaku kepada kamu, sila report terus ke pihak atasan. Tak yah pakai orang tengah lagi. Habis cerita.


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

18 ulasan:

K berkata...

warden memang selalu camtu. macam hape jek.

Namee Roslan berkata...

kalau kita adu pada org perantaraan mmg lah amanah tu takde. tak semua org amanah n betul nk tolong. lagi tepuk tangan lg ada.

Namee Roslan berkata...

azza, mushee ada buat contest. jom join contest dia nak ?? tolong promote gak ah. contest menang photography dia lah. hehe

Muhammad Naim Abdullah berkata...

ish2

ada kunci spare... macam tidak privasi bilik je..

Tanpa Nama berkata...

walaupun menjalankan tugas tp org 2 tak amanah... nie menimbulkan rase tak puas ati pd org2 yg terkena... x mustahil org dendam blh mudaratkan hidup org 2...

NIZAM berkata...

boleh ek wat spot cek camtu? rasa seram pun ada. tp tu la. kalo repot kat orang atasan, takdenye nk menang student. habislah keluar segala peraturan blabla. last2 student gak salah. adeyh. mcm pernah dengar kes macam ni. (T_T)

Azza Azman berkata...

@sergeant keroro makazza cikgu gak, tapi bila dia rampas dia simpan leklok sampai parent datang tuntut... kecewa dengan warden azza.

Azza Azman berkata...

@Namee Roslan tak tak pe namee, eh namee segan gilak nak masuk contest mushi. segan dengan musyi snanya.

Azza Azman berkata...

@naim kawan azza report, dia kata ala macam mak ayah masuk bilik anak anak dia lah. Huhu...

Azza Azman berkata...

@cikza tu lah ramai yang dendam, sorang staff tu dah kene buang dari asrama lain sebab budak2 sana buat petition tak puas hati dengan dia..

Azza Azman berkata...

@niezam tak pe lah kalah asalkan esok kalau ada masalah datang, baru diorang flashback balik apa yang kita adu dulu.

Jo Qusary berkata...

tak patut rampas brg student pastu tak amanah...

Rosalia berkata...

tak patut la. enth2 si warden tu yg gi bw balik guna. ish2.

Unknown berkata...

mase sek ren penah bengang dgn sorg ckgu ni sbb ape tah trus repot g blik ckgu besa. pergh tnpa sgan silu je...last2 dibenci ckgu tu adoi...

Unknown berkata...

adat duduk asrama..teddy bear kecik dulu pun kena rampas.. pastu hari2 ketuk pintu warden..grrr..haha

Muhammad Naim Abdullah berkata...

salam Azza.

ini jawapan azza .. semoga beroleh manfaat

http://pemudattbc.blogspot.com/2011/11/masalah-di-utarakan-sahabat-blogger.html

Jay berkata...

perkara sebeginilah yg buat aku malas nak dok hostel..lebih2 kalau kawan nak aniaya kiter..senang2 dia letak kotak rokok bawah bantal kiter takpun kat bawah tilam..yg kene mmg kiter lah..sakit juga hati kalau dah kene macamtu..

NUR AMINA berkata...

Akak masa belajar dulu pun tak suka bila ada spot check, warden pula suka spot check mlm2 tengah kita syok tido. Kesian kat kita kan...padahal tak buat salah apa pun