30 November 2011

Share : Perkataan Yang Digemari Perempuan

Salam, 


Perkataan Yang Digemari Perempuan Bila Bergaduh


FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.


LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.





TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.


PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. 


PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.





MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.


MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.



OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.



BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.



TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.



TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.



TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.


Kredit untuk:

Source -sygQu- ƪ(ˆ▽ˆ)ʃ
Source Like Like FanPage




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

19 ulasan:

iedaurora berkata...

my faveret 'takde apa-apa'

cimOt berkata...

ok FINE!!! tu mmg sinonim giler ye!!

fiQ'Ra berkata...

last sekali tu suke guna.. nak gak tmbah banyak banyak.. hehe :D

sue perbs.. berkata...

haha.. betol.. slalu gune ayat2 tu.. tak ada apa2 padahal segan nak cakap yg betul

jemarisuri berkata...

JS tak tau plak yg mana satu. hehe

sbb jarang guna. biasanya JS diam je..huhu

Jo Qusary berkata...

aku nak gi hantuk kepala kat dinding 33X psl takde satu pun perkataan nie aku suka dan selalu ucapkan... kecuali terima kasih.

sergeant keroro berkata...

dah selalu sangat dengar, haha

naim berkata...

peh! menarik.. :D

Suka tulih tulisan besar ek.. :P

niezam berkata...

kalo lelaki bagaimanakah pulak cik azza? nnt wat entri pasal lelaki plak ok. :))

Rosalia berkata...

sy ske ckp FINE :d hahahah

BiQa HatmiN berkata...

saya suka okay lah!.haha

chekgu kechik berkata...

ada lagi yg latest punye..

'untungla' ~ haha

NurFarinaAzwa (Y) berkata...

hahaha! good job, adalah sipispi. saja jalan2 malam eh pagi ni. okay bye

yana-feehily berkata...

satu lg.. ikut suka awak la.. ^^

Niza Romli berkata...

klu gadoh suka sebut:

@takda apa...
@takpa, terima kasih banyak2...

Chegu berkata...

ni semua ayat pasrah dalam harapan, kan? kan? hehehe

myezatul aQma berkata...

guna semua tu...

syakey berkata...

yang 5menet tu auta bagi kta. haha.

tp yg trima kasih banyak2 tu tepat skali,sama ada perli, atau marah. HAHA

Namee Roslan berkata...

fav namee..takpelah. sukatilah. heheh :D itu perkataan merajuk tu namanya.hehe