19 Oktober 2011

Stop Sharing

Salam, 


Stop sharing or in another word, stop spreading!


Harini nak buat entry ala Che Det. Ceh buat buat tak kenal pulak Che Det. Berjuta-juta kot pageview blog dia.




1. Udah udah ler tu sebar gambar yang mengaibkan. Benda yang tak elok memang boleh memberi pengajaran, tapi elok ke sampai disebarkan gambarnya?


2. Gambar buang bayi, sesungguhnya bayi itu tidak bersalah langsung. Kenapa perlu disebarkan gambar bayi bayi itu? Dalam keadaan yang mengerikan pula tu.


3. Ada gambar dalam parit, dalam longkang, dalam tangki najis. Dengar pun sudah tidak elok. Hina nya. Tapi yang hina ibu bapanya, bukan bayi itu.


4. Kita sebagai perempuan (bagi pembaca perempuan) seharusnya mempunyai jiwa halus dan penuh keibuan. Jangan dimatikan perasaan halus itu dengan meng'kebal'kan diri menyebarkan gambar tersebut.


5. Bagi saya bayi itu tidak perlu diaibkan. Dia sudah dijanjikan syurga, kita yang tak pasti lagi di dunia ni. Lebih baik bayi ini 'pergi' dari mempunyai ibu bapa macam si pembunuh tu.






5. Gambar yang tersebar luas bukan menyedarkan remaja, ia boleh buat "alah bisa tegal biasa". Hari hari tengok gambar mayat baby mati. Hati jadi gelap, hati kurang belas kasihan. 
"alah hari hari ada berita bayi kene buang. dah tak kesah lah. dah muak tengok gambar camtu"

7. Adakah menyebarkan gambar bayi itu untuk mendapatkan trafik blog atau betul betul berniat simpati? Apa kegunaan nya 'simpati' kita dengan menyebarkan gambar yang tidak elok itu?


8. Buat media, sebarkan berita itu sahaja, tidak perlu gambar. Penerangan boleh dibuat. Tak perlu telus sangat semua benda ditayangkan. 


9. Fokus kepada penyelesaian masalah. Kupas kenapa benda ini berlaku. Sebar ilmu kepada remaja sekarang supaya tidak terjerumus dalam masalah ini. Review balik silibus Pendidikan Agama di sekolah.


10. Kesimpulan, stop sharing benda yang mengaibkan orang yang tak bersalah. Nak share gambar emak dia, dipersilakan. Dalam agama, nak hukum memang kat tempat orang ramai. Tetapi apabila dibuktikan bersalah sahaja.



KLIK

BUT YOU CAN SHARE A FREEBIE TODAY!


Tindakan menyiarkan gambar kanak-kanak terbabit dalam media cetak atau elektronik merupakan suatu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan tindakan mahkamah.

“Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] memperuntukkan sekatan ke atas laporan dan penyiaran media gambar kanak-kanak sebagai mangsa dalam kes jenayah disiarkan dalam apa-apa akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik.

Pelanggaran seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] merupakan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan oleh Mahkamah boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Moralnya sesiapa juga termasuk blogger kena mengambil perhatian. Sekatan keatas laporan dan penyiaran media gambar kanak-kanak sebagai mangsa dalam kes jenayah itu hanya boleh dikecualikan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.


Wassalam.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

32 ulasan:

Emmet berkata...

setuju jugak,kesian baby tuh...

yana halim berkata...

sangat setuju. tak sampai hati tengok apatah lagi nak sebarkan. jangan kerana nak trafik, sensitiviti pembaca spt ibu2 yg lembut hati terguris dan turut emosi. tak kasihankah? haisshhh...

Dhia BellamiZam berkata...

100% stuju..xsmpi ati nk tgk..mne2 blog yg ade pic mcm tu sy x msok pon..klo dkt FB plak cpt2 je scroll ke atas..hmm

Niza Romli berkata...

betul! setuju dengan penerangan azza... kesian bayi2 tu.

serius ckp, akk takkan klik utk besarkan gmbr bayi yg di buang, yg di campak, yg di kelar baru2 ni sebab TAK SANGGUP nak tengok keadaan bayi tu. Boleh meleleh air mata!

Dan terpikir...mcm mana si ibu yg melahirkan tu tergamak dgn sesungguh2 hati dia buang bayi mcm buang sampahhh!!

:((

naim berkata...

Rasa Naim nak tulis entry pasal bayi yg negeri 2..

sebab fikir 3 kali. kesian macam aib pulak..

Rosalia berkata...

betul tu. sebab tu sy tak suka utk keluarkn isu2 semasa takut aib kan org. lbh baik kita kupas apa yang bgs untuk diri kita dan org lain.:D

Paris Lipton berkata...

gamba baby kt fb beriya org share, sy scroll ke bwh cpt2... lg satu dorg spread kan pasal isu blogspot bible tu kan, sedar atau tidak kita tlg sebarkan bnda bongok tuh...
aduhduh

FaKArePa!n berkata...

isi kandungan yang menarik lagi berkesan untuk di hayati..

jangan lah nak share semua benda kan..

KAMIHIDUP berkata...

betul tu. :)

Ekmi Rabat berkata...

sgt setuju. Kalaulah 'alah bisa tegal biasa' tu terjadi mmsti sgt menyedihkan. nanti tgk berita baby kena buang pun dah tak rasa pape.

Aku Ibu Muda berkata...

kalau kaki share tu hebat sangat, cari gambar penjenayah tu!!!

sebarkan yg tu lg tepat!

Namee Roslan berkata...

xtau la. diorg share untuk bg pengajaran la kot. tp keadaan teruk sgt. namee smpai rse nk muntah sbb ngeri sgt dia kelar baby dia :( tak sanggup nk tgk..

oh azza, pasal apesal.com tu traffic nya boleh tahan lumayan juga. tp depends on entry jugak. kalau kita letak tajuk menarik, baru masuk tarffic. kalau tajuk kita buat mcm boring je...tak dapat sgt. hehe

Ah!camne berkata...

memang btol sesangat...memang dah lama nak luahkan tapi belum sempat nk wat entry psal ni..kalau tengok kat media sekarang ni x kira la blog kew surat khabar, semua cerita psal buang bayi, zina pastu siap bgtaw lagi details semua, bnda tu semua akn mmpengaruhi minda orang yang membaca, akan menambahkan lagi terlintas di fkran. bnde yg xnk buat jd buat kalau asyik bace bnde cmtu.. cbe bykkan cerita psal bnda yang elok, cte psal anak yang hargai ibu bapa kew..msti ada yang akan ikut....

syakey berkata...

sungguh lahh kakk. kat fesbuk, masyaAllah, bayi dah macam kentang putar dh tengok. tak sanggup nak tgk. ramai pula yg share. mmg utk pengajaran, tp bukan ini caranya...

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

untuk membuat saya mengalirkan air mata, cukuplah air mata terharu. Melihat gambar baby yang comel seperti didalam entry ni, kemudian bayangkan sahaja dia dibunuh ibu sendiri. Kenapa perlu tayang gambar yang terburai perutnya?

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

Betu tu AH CAMNE, benda ni macam bagi idea je kat remaja luar sana buat benda2 mcm ni kat baby mereka. adoi... ada tak cerita keluar kat surat khabar tentang ibu luar nikah yang menjaga anaknya sendiri?

Hawa Ahmady berkata...

azza.. sepatotnye letak gambar mak bapak baby tu.. bukan gambar baby..

wan nurul hezrina berkata...

mumy terus pening bila tgk gmbr2 yg menyedihkan..mmg takkan upload

Ms Ef Abas berkata...

Betul tu, silap2 jadi pengumpat atau penyebar fitnah pulak...

Scarlett O'Hara berkata...

Betul juga ye.Tapi kalau takde org sebarkan, kita tak tau betapa teruknya perkara yang dimaksudkan.Cuma, biarlah berpada-pada.

to'wan berkata...

"JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG TAPI SEKALI-SEKALA TEPI KAIN ORANG MEMANG PERLU DIJAGA" untuk kebaikan diri dan orang sekeliling...

Apa-apa pun to'wan THUMB untuk entri ni.. ;)

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

baik kita jaga tepi kain Mak dia.. huhu. dari sebar baby perut terburai..

NUR AMINA berkata...

Terima kasih atas entry ni dan menyedarkan orang-orang yang suka letak gambar yang mengaibkan orang lain termasuklah akak yang pernah letak gambar sebegini.

mrs puex berkata...

setuju...:D

CikNuwairah berkata...

setuju dgn azza..letak picture mak ayah baby tu..ha!!baru btoi..

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@Emmet Kan? kesian sangat lah... tak sampai hati.

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@yana halim takut ada yang mengandung karang terKENAN pulak kat baby dalam perut. bahaya.. emosi jugak boleh terganggu.

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@Niza Romli Kak Niza kalau depa bagi baby tu kat kita kan best kan? ape lah hiris daging anak sendiri.

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@naim naim nak tulis tak pe je. Naim kan suka menasihat. Tapi xperlu tunjuk gambar. kasian baby tu.

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@Rosalia Aibkan mak dia si pembunuh tak pe jugak, ini pergi aibkan bayi tu. sampai hati...

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@Paris Lipton yang pasal bible blogpot tu pun saya pernah tulis dalam entry. Mengarut je pergi mengajar orang kita cara nak bukak. KELAKAR OKAY!

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@Ekmi Rabat Kalau dah ALAH BISA TEGAL BIASA tu tak pa jugak. kalau ia membei idea kat remaja luar sana untuk bunuh anak diorang jugak mcmne? itu yang kite kene kaji sebelum sebarkan.