07 Oktober 2011

Malam Pertama

Salam, 




Ini tips malam pertama.




Saya merasakan kerugian yang amat besar. Saya telah merugikan peluang saya pada malam pertama. Terlajak perahu boleh diundur, tapi rugi masa lah kan? Peluang tu datang sekali je. Terlepas peluang malam pertama, memang lah ada peluang di malam kedua. Tapi kedua dua ini, malam pertama dan malam kedua, ia tetap berbeza. Kenapa tak grab kesemua peluang?




Pada malam pertama saya buat blog Chempaka Sari ni, saya tak buat apa apa pun. Sudahlah main hentam keromo je, blogwalking pun tidak. So, tak kenal jiran-jiran sebelah, tengok kedai kedai seberang ke, berjimba dengan tok ketua kampung ke. Rugi sangat. Tah minggu keberapa baru ada follower. Tah bulan keberapa baru dapat trafik.


Shh..jangan bagitau orang lain tau, ada ke masa mula mula saya buat blog ni dulu, 
saya berharap je orang datang blog saya. Noob gila.


Pengajarannya, jangan rugikan malam pertama blog anda. Waktu malam hari ramai orang online, so kalau kita melawat diorang, kebarangkalian diorang melawat kita semula adalah tinggi. Malam hari adalah waktu yang sesuai untuk kita blogwalking kamu tahu.




Jadi saya tidak sia-siakan malam pertama blog kedua saya, blogwalking dan buat sesi kenal mengenal dengan jiran-jiran. Hasilnya meningkat dari sehari ke sehari. Tak adalah teruk sangat macam mula-mula blog Chempaka Sari ni baru lahir dulu-dulu. Alhamdulillah...




** Siapa jiran-jiran sebelah? Kat mana kedai kedai seberang? Siapa tok ketua kampung?




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

19 ulasan:

Nini Hartini berkata...

ala biasalah..baru2 belajar buat blog mmg kite x tau byk perkara...saya dulu dah 2 thn blogging, follower tak sampai 100. masuk thn ketiga barulah naik ke 100-200-300 dan Alhamdulillah dah 400 pun skrg. masih jauh nk dibandingkan dgn blogger cempaka sari.

ArulchelseA berkata...

cuak aku... kih kih kih

Niza Romli berkata...

patut la sy kurang follower...dulu tak rajin nk blogwalking :)

aimie amalina berkata...

kekeke
mai2
sudi2kan singgah ye =]

Namee Roslan berkata...

em dr pengalaman namee lah...em blogwalking sgt perlu pd permulaan kita buat blog. sampai follower namee 1500..namee dah tak sempat bw dah sbb duk sibuk layan comment org. tp namee taktau traffic tu apa...hahah. then orang bgtau baru namee tahu...nuffnang pun 25sen. bila dah faham baru atur startegy sikit2. so betul la kata azza...newbie sekalian..kalau buat blog tu terus naikkan. tak perlu tunggu :)

naim berkata...

Betul2

Sedang blogwalking now

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

btul tu namee... kalau nak naikkan, naikkan je terus masa itu emas. Tapi jangan sesekali naikkan dengan, "Follow Me Plz.." dont ever...

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

Nini hartini : Betul tu kalau mula mula biasalah kan. Tp sekarang tak bagi cerita sebenar je. Bagi sesiapa yang nak berjaya bolehlah jangan ulang kesilapan azza dulu. Tengok namee buat homework dulu tau nak buat blog, blog dia senang berjaya.

Nyamuk Terbang berkata...

BW lah smpai lebam

CikNuwairah berkata...

blog cempaka sari lagi beruntung dari blog ciknuwairah..huhuhu..
tiga bulan pertama ciknuwairah xbuka box follower..sbb time tu buat sbb suka2 je...hehhehe..

Azzah berkata...

malam pertama saya pun sedey,nak bw pun tak tau cammana.

shafiqabdshukor berkata...

betul2..
lagi2 hujung minggu

sue perbs.. berkata...

sy pon tk tau ape2 pasal blog.. dh 3 bulan wat blog bru tau pasal blogwalking.. sbb nye buat blog mula2 sbb saje2.. rugi2

FaKArePa!n berkata...

blogwalking pon x tau apa benda dulu.. hehe

syakey berkata...

wajib ke naik kan trafik bila berblogging. huhu

ni yang ralik/lekanya berblogging kalau kita asyik nak kejar mengejar

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

Tak wajib shakey, ini untuk yang berminat sahaja...

aLya maNip berkata...

lepas ni tiap2 malam la kene wat cam malam pertama..baru rajin nak bw..hehe

Aimie Diyanna Benignant berkata...

seronoknya malam pertama :)

NUR AMINA berkata...

tak ingat la mlm pertama dulu...dh lama sgt