" Nur Syamimi Aqilah said...sudahlah kutuk dia ni..dia kena hacked la..she's innocent..kalau betul memang dia yg tulis post ni pun,tak yah la sampai nak ugut2..aku layan je kpop..tapi takdelah taksub bebenor..bila aku baca komen2 yang kutuk atau yg ugut dia ni,terserlah yg kpoppers ni cepat melatah..buat malu je..dia dah report polis kot..see??kan dah jadi kes polis..udah2 la..kpd amira afiqah..be tough okay..! "
Komen dari Ibu Amirah.
Salam & sejahtera untuk semua. Setelah melalui beberapa jam yang amat memeritkan, memilukan & menyedihkan buat kami sekeluarga terutamanya untuk anakanda kami Amira Afiqah yang teraniaya, malam ini kami sedikit merasa lega.Terimakasih adinda kami Zulhazri. Sebagai ibu kepada Amira hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kami berserah, berdoa & sokongan dari ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai sajalah yang menjadi kekuatan buat kami.
Bayangkan pula bagaimana tanggapan ahli keluarga kami ketika mengetahuinya dan membaca komen-komen yang ‘cukup sempurna’ pada pandangan pemberi komen-komen tersebut yang pada ketika itu berjumlah hampir 1000 komen. Antara perkataan-perkataan yang dipetik dari ‘kamus’ mereka :-
1. Kau pehal betine?...muka mcm ……”(tak sanggup saya nak tulis)
2. “hei pompuan bodoh…ko cermin muka kau yg hodoh tu!”
3. “kasi rogol…”(Nauzubillah…saya mengucap panjang)
4. “pompuan gedik!”
5. “muka mcm taik anjing” (Sedih saya membacanya…mereka mengutuk ciptaan Allah yg cukup sempurna ini)
6. “kita bako umah dier”
7. “ci… , lan…, “ (maaf bahasa lucah)
8. “budget lawa konon nenek aku lagi lawa”
9. “kasi cincang lumat!!! Sampai mampos…”
10. “budak berok”
11. “baik kau delete sebelom aku toerh muka kau…..”
12. “mak bapak ngan keluarga anjing…..”
13. “publisiti murahan…muka pun dah mcm pompuan murahan…”
14. “lu jgn sampai gua cari lu….kasi jahanam..” dll
Maaf dah tak tergamak lagi saya sebagai ibu yg membesarkan Amira dari dua jari tapak kaki sehingga berusia 14 tahun ini, dikeji sebegitu, dihina, dimaki hamun sesuka hati.
Maaf juga kerana saya tidak dapat menghentikan kutukan demi kutukan dari peminat yang kegilaan K-Pop itu dari terus menghentam anak saya yg tidak bersalah, WALAUPUN saya telah berusaha secara baik memohon kepada mereka melalui catitan di dinding Facebook Amira dan saya. Sebaliknya mereka menuduh dengan pelbagai tohmahan, mencabar kami dan kredilibiti pihak polis dan mempertikaikan Undang-undang Negara.
Namun di sebalik itu ada hikmahnya…kami sanak saudara, keluarga dan rakan-rakan serta anda semua yang memahami telah memberi kami kekuatan untuk menghadapinya TETAPI tidak buat anakanda kami Amira Afiqah.
(continue)
Cooking With Love said...
(continue from previous comment)
Mereka kini ada yang memadam komen-komen di blog, memohon maaf tapi adakah mereka rasakan saat anak saya menghadapi trauma, ketakutan, tidak tidur, hilang selera makan selama 2 hari, murung dan menangis? Paling menyedihkan sewaktu kami membawanya ke IPD Kulaijaya dia enggan makan setelah selesai Inspektor Nora mengambil statementnya. Dia hanya mau pulang ke rumah, pulang ke rumah dan pulang ke rumah. Perkataan itulah yang diulang berkali-kali sewaktu kami singgah makan di sebuah kedai makan di situ. Dia tidak menjamah walau sebutir nasi pun.
Mereka bersatu hati menghentam anak saya SEORANG ! Anak saya bukan artis, selebriti, ahli politik atau tokoh yang terkenal. Dia hanyalah seorang gadis berusia 14 tahun, menurut dan mendengar kata kami, seorang pendiam, disayangi teman-teman di sekolah, meminati siaran kartun dan salah seorang peminat K-Pop juga tetapi bukan terlalu taksub dengan laman web sosial facebooknya jauh sekali memiliki blog! Apatah lagi email dan password anak-anak saya turut saya ketahui untuk dipantau.
Wajarkah kemaafan kami berikan kepada mereka yang membuat hidup anak saya menderita?
Wajarkah kami melupakan begitu saja pada semua komen yg menghentam (lebih dari 1000)itu?
Wajarkah kami menutup sebelah mata…oh kerana mereka itu semua anak-anak yg rata-ratanya berumur 11 tahun – 16tahun?
Wajarkah saya menutup kes, tutup cerita?
Saya yakin, kebenaran itu akan tiba. Allah itu Maha segalanya. Sebagai seorang Islam, seorang ibu juga saya amat sedih dengan sikap anak-anak ini. Mungkin keluarga mereka pun tidak tau. Ya, biarlah Undang-undang mengadili mereka sebagai pengajaran kepada semua. Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata…….TIDAK TERKATA-KATA DIBUATNYA.