11 Disember 2011

Trauma K-POP

Salam, 


Sebab Kpop, mangsa trauma, keluarga mangsa trauma, pengomen obses K-Pop trauma, si Penyamar pun trauma.
ka-rena yo-seob sa-orang

Mangsa trauma, ada yang kelar muka dia, bunuh dia, tampar dia..
Keluarga mangsa trauma, kasihan Amirah murung, ada yang nak bakar rumah dia..
Pengomen obses K-Pop trauma, menyesal ugut kat mangsa, rupanya mangsa tak bersalah..
Si Penyamar pun trauma, si keluarga mangsa sudah report polis dan tau lokasi anda.. hehe.





First sekali saya dapat tau kewujudan blog BUDAK GIGI RABBIT ni, impress jugak, berani betul dia kutuk K-Pop, tapi bila tengok komen... eh asal ramai sangat marah dia? Dia cakap sikit je yang lain hambur macam macam. Bebudak je semua, perempuan pulak tu. Terpikir juga, artis K-Pop yang dikutuk itu alim ulama kah?


Saya pun beri komen di entry itu, saya kata saya sokong entry ini (maaf peminat k-pop). Saya saja bagi komen itu sebab semua dah kutuk Amirah , biarlah saya jadi penyedap hati Amirah (mangsa) lagipun saya tak gemar sangat dengan orang yang obses artis K-Pop.


Tapi tu sebelum dapat tau yang Blog  BUDAK GIGI RABBIT tu palsu belaka. Beberapa hari lepas baru tau itu hanyalah penyamaran dari orang yang tak bertanggungjawab. Amirah tidak bersalah. Yang bersalah sekarang ni si pembenci K-Pop tu dan peminat tegar K-Pop.




Yang pembenci K-Pop kutuk K-Pop di blog palsu sampai sanggup guna identiti orang lain yang tak ada kena mengena, yang si Obses K-Pop pulak bermati-matian pertahan kan artis kecintaan depa sampai maki hamun Amirah (mangsa) macam orang hilang akal. 2000 komen untuk satu entry tu.


Sekarang bila dah tau keluarga Amirah buat laporan, mencicit pengomen si Obses K-Pop ni gigih padam komen maki hamun tu. Takut ye dik? Ni antara komen dari peminat K-Pop tegar, tapi kebanyakan yang teruk teruk sudah dipadam. Rasa nak tergelak je tengok telatah budak budak ni bercakap.











Suka komen ini, sempoi.
         " Nur Syamimi Aqilah said...sudahlah kutuk dia ni..dia kena hacked la..she's innocent..kalau betul memang dia yg tulis post ni pun,tak yah la sampai nak ugut2..aku layan je kpop..tapi takdelah taksub bebenor..bila aku baca komen2 yang kutuk atau yg ugut dia ni,terserlah yg kpoppers ni cepat melatah..buat malu je..dia dah report polis kot..see??kan dah jadi kes polis..udah2 la..kpd amira afiqah..be tough okay..! "


Komen dari Ibu Amirah.
Cooking With Love said...

Salam & sejahtera untuk semua. Setelah melalui beberapa jam yang amat memeritkan, memilukan & menyedihkan buat kami sekeluarga terutamanya untuk anakanda kami Amira Afiqah yang teraniaya, malam ini kami sedikit merasa lega.Terimakasih adinda kami Zulhazri. Sebagai ibu kepada Amira hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kami berserah, berdoa & sokongan dari ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai sajalah yang menjadi kekuatan buat kami.



Bayangkanlah bagaimana terkejutnya anak saya pada jam 5.30petang 7/12/2011 apabila mengetahui seseorang telah mereka cipta sebuah blog menggunakan nama dan fotonya yang dicuri dari laman web sosial Facebooknya?Bayangkan pula bagaimana perasaan kami sebagai ibubapa kepada Amira apabila membaca komen-komen yang cukup ‘manis’ & ‘beradab’ dari penyokong-penyokong K-POP yang menganggap blog itu benar-benar rekaan dari tangan ‘kreatif’ anak saya?
Bayangkan pula bagaimana tanggapan ahli keluarga kami ketika mengetahuinya dan membaca komen-komen yang ‘cukup sempurna’ pada pandangan pemberi komen-komen tersebut yang pada ketika itu berjumlah hampir 1000 komen. Antara perkataan-perkataan yang dipetik dari ‘kamus’ mereka :-
1. Kau pehal betine?...muka mcm ……”(tak sanggup saya nak tulis)
2. “hei pompuan bodoh…ko cermin muka kau yg hodoh tu!”
3. “kasi rogol…”(Nauzubillah…saya mengucap panjang)
4. “pompuan gedik!”
5. “muka mcm taik anjing” (Sedih saya membacanya…mereka mengutuk ciptaan Allah yg cukup sempurna ini)
6. “kita bako umah dier”
7. “ci… , lan…, “ (maaf bahasa lucah)
8. “budget lawa konon nenek aku lagi lawa”
9. “kasi cincang lumat!!! Sampai mampos…”
10. “budak berok”
11. “baik kau delete sebelom aku toerh muka kau…..”
12. “mak bapak ngan keluarga anjing…..”
13. “publisiti murahan…muka pun dah mcm pompuan murahan…”
14. “lu jgn sampai gua cari lu….kasi jahanam..” dll
Maaf dah tak tergamak lagi saya sebagai ibu yg membesarkan Amira dari dua jari tapak kaki sehingga berusia 14 tahun ini, dikeji sebegitu, dihina, dimaki hamun sesuka hati.
Maaf juga kerana saya tidak dapat menghentikan kutukan demi kutukan dari peminat yang kegilaan K-Pop itu dari terus menghentam anak saya yg tidak bersalah, WALAUPUN saya telah berusaha secara baik memohon kepada mereka melalui catitan di dinding Facebook Amira dan saya. Sebaliknya mereka menuduh dengan pelbagai tohmahan, mencabar kami dan kredilibiti pihak polis dan mempertikaikan Undang-undang Negara.
Namun di sebalik itu ada hikmahnya…kami sanak saudara, keluarga dan rakan-rakan serta anda semua yang memahami telah memberi kami kekuatan untuk menghadapinya TETAPI tidak buat anakanda kami Amira Afiqah.
(continue)
December 9, 2011 1:08 AM





Cooking With Love said...








(continue from previous comment)




Mereka kini ada yang memadam komen-komen di blog, memohon maaf tapi adakah mereka rasakan saat anak saya menghadapi trauma, ketakutan, tidak tidur, hilang selera makan selama 2 hari, murung dan menangis? Paling menyedihkan sewaktu kami membawanya ke IPD Kulaijaya dia enggan makan setelah selesai Inspektor Nora mengambil statementnya. Dia hanya mau pulang ke rumah, pulang ke rumah dan pulang ke rumah. Perkataan itulah yang diulang berkali-kali sewaktu kami singgah makan di sebuah kedai makan di situ. Dia tidak menjamah walau sebutir nasi pun.
Mereka bersatu hati menghentam anak saya SEORANG ! Anak saya bukan artis, selebriti, ahli politik atau tokoh yang terkenal. Dia hanyalah seorang gadis berusia 14 tahun, menurut dan mendengar kata kami, seorang pendiam, disayangi teman-teman di sekolah, meminati siaran kartun dan salah seorang peminat K-Pop juga tetapi bukan terlalu taksub dengan laman web sosial facebooknya jauh sekali memiliki blog! Apatah lagi email dan password anak-anak saya turut saya ketahui untuk dipantau.

Wajarkah kemaafan kami berikan kepada mereka yang membuat hidup anak saya menderita?
Wajarkah kami melupakan begitu saja pada semua komen yg menghentam (lebih dari 1000)itu?
Wajarkah kami menutup sebelah mata…oh kerana mereka itu semua anak-anak yg rata-ratanya berumur 11 tahun – 16tahun?
Wajarkah saya menutup kes, tutup cerita?
Saya yakin, kebenaran itu akan tiba. Allah itu Maha segalanya. Sebagai seorang Islam, seorang ibu juga saya amat sedih dengan sikap anak-anak ini. Mungkin keluarga mereka pun tidak tau. Ya, biarlah Undang-undang mengadili mereka sebagai pengajaran kepada semua. Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata…….TIDAK TERKATA-KATA DIBUATNYA.



Persoalannya, kalau betul pun Amirah ni berniat nak luahkan perasaan dia kat Artis K-Pop kat blog, dia punya sukalah. Mana ada dia kacau ganggu hidup peminat K-Pop yang lain. Pelik betul sampai maki hamun macam ni kat dia. Lebih lebih lagi sekarang dah tau ia blog palsu je, masih ada yang kutuk dia. Bebudak sekarang...Okaylah, saya doakan keselamatan adik Amirah, semoga anda mendapat ketenangan seperti sebelum ini. Amin.


** rindu nak tengok All About Eve dan Sassy Girl, zaman lelaki korea masih JANTAN.


XOXO, Azza Azman
 Jika Suka Jom LIKE

26 ulasan:

Alia Natasha berkata...

kesian kan >.<

jahat ah orang cuti gambau dia, dia pula jadi mangsa keadaan

Unknown berkata...

kesian amirah.sekarang ni ramai yg salah gune kan internet.makin bahaya.
nabila minat jugak K-Pop.tapi tak der la fanatik giler.setakat minat mcm biase jer.

Diyana Munira berkata...

Hahaha!!! I am a K-popper since 2007 but I'm cool. Takde lah nak kutuk orang yang benci K-pop bagai.

And I thought Korean fans are crazy. Rupa2nya, international fans pun gila jugak.

Sha. N. berkata...

Isyh,sebagai orang yang dah minat korea lama, aku rasa biasa je orang kutuk kpop ni. hahaha.
Tapi apesal lah, yg fan kpop kat sini macam tak sekolah je bagi komen. heeeee

K berkata...

terlampau fanatik tak bagus jugak.

Azza Azman berkata...

Saya tak rasa semua ni sebab K-Pop..saya rasa akhlak mereka sudah runtuh..dan K-Pop menjadi pencetus kepada mereka utk menunjukkan siapa anak2 kita sekarang..

Azza Azman berkata...

Sha : tahnyakita ada minat berbeza, aku tak minat korea, ko minat korea, lek lek sudah.. huhu

Terbang berkata...

hari tuu ade bce blog tuu mase dy bru post entry tuu. just bce and xkomen pape sbb ye la, hak dy nk ckp pape pon. tapi bce balik komen-2 kt situ mmg menakutkn.

Muhammad Naim Abdullah berkata...

K-POP? Klate pop? huhu.. terbawa2 kumpulan boboi haha..

Naim minat gak.. satu lagu ja. haha

kerana fanatik sangat tak baik gak... :P

Azza minat k-pop x? hehe

Azza Azman berkata...

@naim azza tak minat sangat dengan KPOP, naim..

Azza Azman berkata...

@Juey Hame sgt takut, sekarang dah jadi kes polis hehe.. diorang pulak takut .

Rosalia berkata...

kesiannya budak tu. haih sy pn minat jgk tak dela melatah. cuba keluarkan hal agama tengok ada tak sampi beribu yang nak maki! Dunia kahir zaman bila rtis diagungkan. masyaallah.

Niza Romli berkata...

dah baca pasal blog palsu ni...mmg tak patut kena hentam macam tu. Sungguh teraniaya. KPOP??? ada dengar tapi lagsg tak tahu menahu psl kpop. mcm tak berfaedah je pun.

sue perbs.. berkata...

mak aih.. smpai mcm tu skali.. layan je citer2 korea tpi tkde la smpai fanatik..

syakirahmn berkata...

sebenarnya, salah tau taksub2 kat artis kpop ni. haih~

kalau minat, minat aje lahh, p[endapat org lain2 biar kan. haih~

xpaham,xpaham....

Paradise Gal berkata...

lawak betol, siap bagi nas-nas agama, padahal minat kpop tu da tentu melaghokan.. bukan boleh betolkan aqidah korang pon. dosa ade lah. mendengar benda yang tak membawa kepada kecintaan pada Allah. kelako betol komen2 budak tak matang ni. yang duk sibuk defend kpop tu mcm la kpop tu kalo nmpk korang kene ragut ke terperangkap dlm kebakaran ke, sanggup nak selamat kan korang.. smpi sanggup maki bangsa sendiri yang same agama kot. diorang tu kapir adik2 oi..laknatullah.

-atiQah- berkata...

lawak bila baca komen2 peminat k-pop ni. obses + terlampau fanatik. tp memang betul2 kesian kat amirah. trauma dia.

p/s: saya sokong! rindu nak tgk drama korea mcm all about eve, my love patzzi etc. yg lelakinya betul2 lelaki, dan yg perempuannya betul2 perempuan. (^_^)v

Solihin Zubir berkata...

hahahahaha... hanya mampu gelak sbb wujudnya manusia yg taksub dgn artis sampah ni..

NIZAM berkata...

mula2 taknak komen. tp tetiba perasan Azza tulis, rindu zaman All About Eve, terus semangat nak komen. betul2. rindu zaman2 tu.

K O R I E berkata...

sampai skang blog budak gigi rabit tu masih aktif...

oit,peliks

haih,ksian spa yg bernama amirah tu ;p

Ca Ezah berkata...

ca SUKA k-pop tapi TAK OBSES..tapi kalo ca obses pon, ca xkuasa nak memenatkan jari dok mengutuk orang.watpe kita nak pertahankan kpop..apa kita dapat? diorang bukan kenal kita pon..nape kita tak pertahankan islam sama macam kita pertahankan artis kpop kan? islam dikenali seluruh dunia jugak. Rasulullah mungkin sedih 'tempatnya' di'ambil alih' dengan artis sbb artis 'disanjung tinggi'..humm..maaf jugak pada peminat kpop..sekadar peringatan...

Unknown berkata...

simpati juga kepada Amirah ni.... taruma dia.... dah la perempuan, baru nak membesar pulak... memang psiko giler2 la budak ni kena.... moga dia tabahkan hati.... tahun depan nak ambik pmr lagi..... semoga pelajaran dia tidak terganggu...

lilin martin berkata...

korunk maki hamun org lain hanya kerana org yg x knal kite...pasal benda tu je smpai nk maki hamun..klau la kite ditimpe musibah pasti ke org yg kite pertahankan tu bela kite balik..sori la klau ade yg trasa tp ini hanya sekadar pendapat saya yg serba kekurangan..sya pon minat kpop dan obses pde kpop tp sya cube untuk menjadi diri saya yg sebenarnye..

Tanpa Nama berkata...

kpop bangang!!!
kpop ape pon tak boleh!!!!
F**K KPOP!!!

Tanpa Nama berkata...

Jgnlah kutuk

Tanpa Nama berkata...

Sebernarnya org yg kutuk ni terutama lelaki kalau tengok fb dorang banyak likes perempuan korea