14 Disember 2011

Risiko Kahwin atau Tak Kahwin

Salam,


Semua orang tahu, kebiasaannya pihak yang melarang kahwin muda kebanyakannya mempunyai hujah yang sama, iaitu belum cukup pengalaman, tidak matang, tidak ada kemampuan, tak cukup duit, tak ada rumah kereta, masih study dan yang sewaktu dengannya.

Kita tidak menafikan bahawa ini merupakan satu risiko, disebabkan perkahwinan itu suatu perkara yang berat.

Tetapi dalam masa yang sama, Anak Muda berdepan dengan satu lagi risiko yang lebih besar, iaitu zina. Zina ialah suatu maksiat kepada Allah yang sangat besar dosanya, bahkan ia mengakibatkan rosaknya keturunan, penyakit kelamin, gejala buang bayi dan aids. Mudharat atau risiko ini sangat2 besar berbanding mudharat atau risiko tidak berapa matang, kurang berkemampuan , belum bekerja, masih belajar dan sebagainya.


picture credit to aswad


Maka kita menggunapakai kaedah fiqh , iaitu menimbang antara dua mudharat. Selepas ditimbang, terbukti mudharat kedua iaitu zina lebih besar, berbanding mudharat pertama. Maka, mahu atau tidak, kita wajib mengambil mudharat kedua yang lebih ringan. Jadi berkahwin diusia yang muda adalah langkah terbaik.

Rezeki itu di tangan Allah, bukan manusia. Asalkan mereka ada tekad yang baik, niat yang ikhlas, bersedia menanggung tanggungjawab, bukan bermain2, serius mahu berubah, maka mereka wajar ditolong. Salah satu caranya adalah dengan mempermudahkan perkahwinan kepada mereka

Credit : Ustaz Hafez Sabri


** my 2 cent, zina, buang bayi terjadi sebab manusia postpone ikatan halal selama sepuluh tahun. dulu atuk nenek kahwin umur 18-20 tahun even diorang tak tau apa-apa. sekarang umur 10 tahun dah tau macam-macam tapi kena tunggu umur 28-30 tahun baru boleh kahwin.


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

19 ulasan:

Jay berkata...

Yups mmg betul tu aza..Jay setuju sagt...memilih untuk kawin lebih awal adalah jalan terbaik dari melakukan zina.

niezam berkata...

bila dapat kad undangan kawen je mesti rase, wah kwn aku dah nak kawen. fuh! trase tidak kanak2 diri ini. hehe.

Presiden Makwe Kintan berkata...

pic tu comel...mcm selena gomez je...^__^

syakey berkata...

itu la, sekarang sangat ramai yang menghampiri zina. itu pun salahh dan haram jugak...

Dhia BellamiZam berkata...

stuju sgt ngn akk azza..pic tu kn mcm selena gomez pkai tudung la..hehe

airel chan berkata...

kawin mude memang digalakkan.. elak zina~
nak kawen.....

(^^,)

Qil_H0shi berkata...

bet0l jgk ek.,org dulu kawen mude.,mane ade kes buang bayi nih.,

Namee Roslan berkata...

azza, kalau namee lah. namee nak kahwin awal. yela, kita ni nk enjoy smpai bila...baik kahwin awal. ada commitment lg bgus dan mematangkan kita. dosa pun terelak. dosa dating tu.

░♥si lampu neon♥░ berkata...

kawen awal la best..sama2 grow up..lagi enjoy kot...tapi faktor mak bapak pun penghalang juga...ade mak bapak tak reeady lepas anak kawin awal..

dwaty berkata...

nak kawen juga... hehehe

dah follow u

LAici KAng Ais berkata...

niceeeeeeeee entry ni.xbek kapel lama2

p/s : cantiklah gmbar tu :)

naim berkata...

salam

Kerana emak bapak kita selalu takot orang cakap.. itu menjadi masalah.

kepada brader/awek nak kawin muda, silakan..pastikan dapat restu mak bapak anda..

^^

Tanpa Nama berkata...

gambar selena gomez tu dah macam fatin liyana lak! comel jer~

Sha. N. berkata...

Pelik kan??
Dulu mak bapak kite disuruh kawen awal, dorang ikutkan je ckp mak ayah..
Tapi sekarang anak mintak kawen awal, tak bagi pulak.
There's something wrong somewhere.

sue perbs.. berkata...

ye.. baik kawen dri terjebak ke lembah zina... nafsu kadang2 tak terkwal

Ca Cik Duyung berkata...

ikut hati mmg nak kawen awal..tp mak soh cari wet dulu..huhu..mak bapak skang xkan terima alasan anak2 kalau si anak ckp nak kawen untuk elak maksiat..

yeah..geng blog purple..hehe..sori late balas kunjungan kamu...

HyRoSSa aNniE berkata...

lau ikot mmg nak kawen awal...tapi mak ayh skrg suke underestimate pasangan kan..lau nk yg harte berjuta jawabnye ank kene jadi bin no 2 la kawen ngan dato2..

ssh sbnrnye isu ni...kite nak kawen cepat utk elak maksiat..tapi tak dpt restu mak ayah... so ape pendapat korg?

IDA MANSOR / IENA MANSOR berkata...

betul jugak eh apa yg u ckp..nenek kite dulu2 kawen awal..masalah zine pn kurang..agaknye mmg manusia kne kawen awal ke? o.o?

apekzer berkata...

azza banyak post pasal kawen muda.. dah sampai seru dah ni kalau ikot..

btw dari segi kewangan itu sebanya tidak menjadi masalah dalam perkahwinan asalkan setiap pasangan itu berusaha dan mempunyai niat yang betul dalam perkahwinan...

sebelum aku kawen dulu pon bapak punya sengkek sampai utang printing report pun lambat bayo dengan azza.. tapi bila dah kawin, timbul rasa tanggungjawab, nak sediakan tempat tinggal untuk isteri, sediakan makan pakai anak isteri.. maka timbul pula motivasi untuk lebih usaha..dan alahmadullillah.. bila dah kahwin rezeki pun makin oke.. siap masih belajo dah boleh form kompeni sendiri.. kalau tak kawin aku rase masih sengkek lagi...

allah dah janji, siapa yang usaha, pasti ada ganjarannya.. terpulang pada kitalah..

kalau kita usaha sederhana dan kita selesa dengan kehidupan sederhana.. hiduplah besederhana...

kalau nak lebih, usaha lebih lah..