16 Disember 2011

Kahwin oh Kahwin

Salam,


Plz baca habis sebelum komen...bukan saya lah nak kawen, ni pendapat jer.


Ni pekebende ni asyik cakap pasal kahwin saja. Ni lah antara topic hangat antara saya dan kawan-kawan. Maklumlah semua pakat pakat nak tunang dah kahwin bulan 12 ni. Entry ni saya buat untuk mengulas entry perkahwinan kebaratan dan entry risiko kahwin atau tak kahwin.




Pertama, entry perkahwinan kebaratan, saya tidaklah menafikan sepenuhnya tidak menyukai trend perkahwinan sekarang. Seperti yang saya cakap di akhir entry itu, ada trend yang saya nak ikut dan ada yang saya cuba nak elakkan. Yelah, takkan orang lain semua pegang bunga aku pegang pistol pulak... cuma pointnya saya nak cakap,tidak dinafikan kebanyakan trend perkahwinan orang kita sekarang datangnya dari budaya omputeh sana.Macam baju putih tu, sah sah dari sana. Sebab pengantin orang Cina warna merah, orang India pulak warna terang. Kalau Jawa warna-warna tanah. Tapi sebab trend kan, persetankan semua itu, sekarang semua pengantin kena pakai baju putih, kalau tak cencel kahwin sekarang juga! Lagi satu banyak idea tentang majlis tu datang dari ibu bapa juga. Tak mudah la nak buat simple simple, anak jiran dia tunang dulu buat 8 khemah mesti dia nak buat 10 khemah pulak. Kang sedara mara mengata.




Kedua, entry risiko kahwin atau tak kahwin. Saya ada pendapat sendiri kenapa ibu bapa tangguhkan umur yang sesuai untuk membenarkan anak-anak berkahwin. Kita tengok ye, cara pembelajaran kita di sekolah sekarang. Dari tadika sampai tingkatan 5, apa yang kita belajar semua menjurus kepada pelajaran formal. Cara-cara mengira, cara-cara menulis sampailah cara nak masuk universiti. Semua untuk segulung sijil sahaja. Kalau cikgu rajin adalah ajar sikit macamana nak temuduga. Itupun untuk mintak kerja. 13 tahun beb. Satu dekad kita belajar atau menuntut ilmu kononnya, tapi kalau kena campak kat negari lain lepas SPM tu, mampu tak kita berdikari? Dalam 10 orang mungkin ada seorang sahaja yang takkan call mummy daddy mintak tolong. Anak-anak sekarang belajar bukan untuk cara nak survive. Tidak. Mana mungkin ibu bapa sekarang akan benarkan anaknya berkahwin tanpa berfikir 20 30 kali dalam zaman sekarang ni.




Ini hanya pendapat saya. Pendapat kamu boleh diberi di ruangan komen.




Oh ya tak ya, kepada semua geng, jangan marah ye kalau Azza tak singgah lagi di entry terbaru korang. Sangat busy sekarang ni, esok pun ada kelas apedehal? Hujung minggu baru Azza komen ye. Wassalam.




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

8 ulasan:

nick dot anis berkata...

betul...saya sendiri pon dah 20++ tapi tak kawen lg n still blaja lg. kawan2 skolah dulu dah ramai yg kawen pon..:-)

Alia Natasha berkata...

semua entry akak best best :)

nanti bila akak nak kawin. jemput laaa alia, tapi tak jamin boleh pergi ke tak. ahaks

... berkata...

kawen2..best nye..hehe

Unknown berkata...

direnjis-renjis....hihi xsaba tp ikut bajet/masa/jodoh....semua tu rahsia Allah....^^

NUR AMINA berkata...

Dah jumpa Mr. Right kawin le

NIZAM berkata...

ni kisah sy. bile tgk kwn2 kawen, kita yang tak kawen dan masih lagi belajar/baru abes blaja, mmg sgt serba salah nak g majlis kawen ni. last2 g ramai2, duit share2 je beli adiah. tu je la paling mampu pun. huhu. *takde kaitan dgn entri azza*

kemey berkata...

takutnye kawen huhuhu..

Namee Roslan berkata...

azza, tahun depan lg lah sakan semua org nak kahwin. azza bila pulak ?? hehe