10 Disember 2011

Nak Kan Sesuatu...

Salam, 


Kau kalau betul betul nak sesuatu, cuma ada 4 jalan. 

Cepat.

Lambat.
Susah.
Senang.

Kalau kau tak dapat juga, kau bukan hendakkannya, itu cuma angan-angan.


Pesanan ni aku dapat 4 tahun dulu dari seseorang. Masa tu dia bukan sesiapa pun. Hanya rakan sekelas sestudio. Tapi dia sekarang photographer. Dari rm70 sampai harga beribu-ribu. Aku tengok dari jauh jelah, tak mampu.


Okay, sekarang apa yang aku nak, adalah join contest Hafizudin Hamdan. Dengan susah dan lambatnya aku tulis juga karangan ini. Memandangkan pemenang dikira berdasarkan "kehebatan anda mengarang ayat", aku berserah. Sebab tak pandai mengarang, aku buta seni. So aku pilih 4 gambar paling aku suka, atau secara batinnya aku pilih 5. Huhu.




Sweet + Memorable
Oh aku tak tau kenapa aku suka gambar cenggini, mungkin kalau nak gantung kat dinding besar besar, tak delah awkward sangat sebab tak terpampang gambar muka segedabak. Ah itu alasan tak cantik, alasan cantik aku, gambar cenggini sangat sweet dan boleh mengimbau 1001 kenangan. Boleh diintrepretasi dengan segala macam prersepsi yang berbeza. Bagi akulah.


Subjek dengan 'background' ternyata 'blend' dengan seimbang.
---> SUMBER <---

Tak ada aku pun dalam gambar ni (dibawah) tapi teringat pulak zaman aku kecik dulu, selalu pergi taman dengan adik aku. Masa tu aku ada dua beradik je, then papa selalu bawak kami pergi taman dan bawak kamera besar gedapak dia. Perghh, baru ingat papa dulu photographer gak kot..

---> SUMBER <---


Simple + Elegent
Gambar ni serius elegent, adakah disebabkan set golf terbabit? Dan serius simple, apa barang baru renda renda, subjek hanya memakai jeans dan tshirt putih. Tapi dengan teknik mengambil yang berkesan, ia cantik. Kalau aku nak print, aku akan print gambar ni letak tepi katil. Fine, berangan sudah.
---> SUMBER <---

Gambar ni simple jugak. Eh perasan tak, hitam putih senantiasa menjadi pilihanku. Betullah kata mushi, kalau gambar tu amik macamana pun tapi kita tukar jadi hitam putih, meletop jadinya. Good good trick...Tapi aku suka.

---> SUMBER <---

tetiba gambar dari sukasukaphoto blog. maaf
---> SUMBER <---




Sense of Humour
Fine, gambar ni lawak, tengok muka diorang pun nak tergelak. Hoi tak de pose lain dah ke nak buat? Hahahaha!
---> SUMBER <---


Sad + Touching
Bila tengok gambar ni, rasa sayu. Terbayang, macamana happy nya mama dan papa semasa menyambut kelahiran aku sebagai anak pertama. Sekarang dah besar. Adakah mereka gembira dengan saya seperti 23 tahun dahulu? Dan, ia gambar baby, look at the face, so peaceful... tangisan yang bakal dirindui oleh papa mamanya dalam masa 23 tahun lagi. Anak bakal meninggalkan papa dan mama demi memenuhi cita cita dan kehidupan sendiri.


ekspresi baby...


mama, rindu saat kita ketawa bersama..tsk tsk tsk


papa sangat banyak berkorban untuk kami, terima kasih papa.

tsk tsk tsk


---> SUMBER <---


Secret + Confidential
Hoho tetiba ada secrat lak. Maknanya aku takmau upload gambar tu. Biarlah rahsia. Memandangkan ia Secret and Confidential, mungkin hanya aku dan penganjur sahaja yang tahu gambar ini. Ini gambar pertama dalam katetory itu yang Hafizudin Hamdan ambil di awal pembabitannya dalam photography. Berempat di Jalan Bukit Bintang, gambar yang hanya fokus pada bayang dalam lopak air di tepi jalan tanpa menunjukan siapa watak di dalam gambar tersebut. Gambar tu terbaik, thanks Mushi!


"Fotografi boleh didefinasikan sebagai satu proses rakaman cahaya.Kualiti sesuatu gambar itu bergantung kepada ketelitian kita dalam memilih cahaya yang baik." aku rasa kau dah lakukannya. 

Oh ya sebelum terlupa... ini cara cara nak contact Hafizudin Hamdan

Email : hafizudin.hamdan@gmail.com
YM : kopisecheywan
Twitter : akukopi




Sekian entry  tentang gambar yang aku suka dari Hafizudin Hamdan. I dont give a damn kalau aku tak menang pun. Tah tah dia tak baca pun haha. Yang penting niat aku nak join contest ni terlaksana jua. Dah lama kot entry ni tersimpan kat draft. Akhirnya dapat juga habiskan. Kepada yang lain, good luck!


Wassalam.




**menangis masa tulis kategori keempat..serius touching.




XOXO, Azza Azman
 Jika Suka Jom LIKE

10 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

:)

Ada hadiah yg menarik x? >P

NUR AMINA berkata...

Suka sangat entry ni. Moga berjaya.

Namee Roslan berkata...

wooooo, namee nak join tp taktau karang ayat pun. wuuuu.

Unknown berkata...

uh...setiap gambar ade cerita...
goodluck!

Sha. N. berkata...

Oh, dah ribu- ribu ek skang?
Hebat..
Good luck azza!

Azza Azman berkata...

@Sha. N. kalau amik pekej paling gempak beribu gak sha,, print lagi bukukan lagi.. mahal tu..

Azza Azman berkata...

@Paris Lipton betul tu setiap gambar ada cerita, menarik kan.

Azza Azman berkata...

@Namee Roslan azza pun tak reti karang karang ni namee... main bedal je. dah lah mushi pandai menulis, dia baca entry azza ni hati berbulu je tak sedap haha.

Azza Azman berkata...

@naim naim hadiah dia lumayan gak, dapat amik gambar percuma, yelah, mahal la nak upah orang sekarang...

Azza Azman berkata...

@NUR AMINA saya pun suka jugak entry ni, doakan saya berjaya... berjaya apa kita pun tak tau!