04 April 2014

Di Mana Tempah Custom Paper Bag?

Assalamualaikum,


Punyalah tak ada apa nak update, marilah kita fefeeling blog directory pula. Lepas ni siaplah penuh entry directory kat mana nak buat bisnes kad, kat mana nak cari kanopi lutsinar, kat mana nak buat label baju, kat mana nak cari tailor baju kurung, kat mana nak cari photographer, eh entry photographer saya dah buat kan? Cuma rate satu satu saya tak letak, ahh malas lah kang semua encik encik photographer marah pulak saya dedah rate diorang hikhik. *Alasan budak pemalas*


Ok kali ni nak cerita tentang custom paper bag. Custom paper bag ni kiranya kita tempah ikut design yang kita nak, yang ada logo kita ke, muka kita ke, atau apa apa je yang nak kita lukis di situ. Kebanyakan yang ambil upah buat custom paper bag ni kedai percetakan juga. Diorang boleh buat macam macam jenis percetakan la kiranya. 


Tapi tak semestinya, kadang2 kedai tu orang tengah je. Last last ambik tempahan hantar ke kilang jua. Sebab tu ambil masa sebulan nak siap tempahan. Salah satu kekurangannya ada kedai mark up tinggi. Sesuai la untuk syarikat syarikat besar nak tempah paper bag untuk conference, semiar dan sebagainya. Mereka ada bajet yang besar. 


Untuk adik adik yang baru nak memulakan bisnes misal kata, atau nak tempah untuk majlis perkahwinan contohnya, kena la pandai pilih yang murah murah. Yela last last tetamu buang juga ye dak? Sekadar nak buat tempat isi jajan je dengan bunga telur, tapi fefeeling nak paper bag ada muka sendiri, nan hado! Terpaksa la cari custom paper bag. Haha.


Di sini saya ada survey sikit sikit kat mana anda boleh upah custom paperbag.

Sun Paper Bags & Packaging Sdn Bhd
03-89455488
info@sunpaperbags.com.my
www.sunpaperbags.com.my
facebook.com/sunpaperbags






See banyak gila kan design dia, syarikat besar pulak tu yang tempah dengan dia. I bet mesti mahal gila kan. Bagi saya rm2.00 sebuah dah cukup mahal dah. Minimum 1000 units ha hambik kau. Jap nanti kalau dah dapat quotation saya letak sini. Harap murah la... Try juga isi borang request quotation dia tapi complicated sangat, nak saiz tinggi lebar, finishing embose, laminate, print gold la silver la, kertas jenis board la, matte la, recycle la aaarghh pening pening. Kalau kat kaunter boleh la tanya dia, yang mana yang paling murah kak? Hehehe.


Must Print Design & Printing
019 3716730 Zarith
0193716740 Mus
mustdesprint@gmail.com
www.facebook.com/MUSTdesignPrinting



Exclusive Paperbagfor @wonder_wardrobe.
Material : 157gsm + Matte Lam
Size : 310mm (w) × 220mm (h) × 100mm (d)
Price : RM1.85/pc for 1000pcs

Huwaaa murah jugak la MUST Print ni, harga macam okay je macam comel je macam mampu je.. Hey uolss kalau nak borong paper bag kat mydin pun cenggini jugaklah harganya. Design bunga bunga kalah hari merdeka, lepas tu tulis TERIMA KASIH. Tak best okay. Baik tempah kat MUST Print. Cantik paper bagnya.



iA Print
0174557630 Intan
0173922879 Azim




Haaa ini baru senang, berterus terang harga yang sebenar-benarnya, senang customer nak buat bajet sebelum jumpa dengan owner. Kadang kadang penjual susah nak bagitau harga secara terbuka disebabkan takutkan persaingan. Ala bagitau je la, senang kami nak survey. Tak semestinya customer nak yang murah je, kalau murah tapi servis lambat saya memang tak ambil. Contoh masa buat bisnes kad haritu, last last pergi yang kat mahal jugak sebab tak larat nak tunggu seller yang lambat iteww hew hew hew.



Paper Bag Comel
https://www.facebook.com/PaperBagComel


Goodie Paper bag macam ni dia jenis print je corak atas ready made paper bag putih tu Yang jenis tak bertangkai, kebiasaannya kedai jual bakery pakai paper bag ini. Kalau nak letak barang yang berat tak sesuai. Lebbih sesuai untuk digunakan majlis majlis tidak formal seperti kenduri akikah, kenduri kahwin atau birthday parti. Oh ya paper bag jenis ini RM30 untuk seratus keping di ChowKit. Sama juga dengan yang brown color. Kalau yang kecik sikit, kertasnya lebih nipis seperti makcik jual keropok lekor guna tu, RM3.00 untuk 50keping di Mydin.  Sekian itu je info yang saya tahu. Kalau korang boleh print sendiri, beli je paper bag ni then print kat rumah kui kui kui.



Malaysia Seri Majlis Personalized Craft Gifts Paper Bag
www.facebook.com/pages/Malaysia-Seri-Majlis-with-Personalized-Craft-Gifts-Paper-Bag
No.26 Bengkel IKS AU 3, 
Jalan AU3/1 Taman Keramat, 
54200 Kuala Lumpur, Malaysia
016-261 2529


Yang ini pun lebih kurang yang di atas ni, cuma dia ada hiaskan dengan hiasan hiasan lain, ada riden, tali talian, sepit comel dan lain lain. Kalau nak tau yang lain lain tu sila usha sendiri di Facebook diorang yek.


Adeh penat nya menaip, nanti nanti saya sambung lagi. Nak tido bye. 


AZZA  AZMAN
Muahhhhhhhhh!!

12 ulasan:

HaFizaH aYu berkata...

Ohhh azza tq sharing..blh order for my biznes,tp lau amik 1000pcs br dpt murah kan

MissNadia berkata...

cantik -cantik paper bag.. harga pun cantik juga

Izwa Kamaruddin berkata...

haa..bagus ni sb mmg dah kene cari ni bln 6 harijadi anak :)

printingmurah2u berkata...

Salam..sudi2 lah ziarah web ni ye:

http://printingmurah2u.com.my/index.php/pricelist/paper-bag

Unknown berkata...

Canteknyaaa👍

Unknown berkata...

bagus ni sbb sy pun dok cari jugak nih

Unknown berkata...

Hnz enterprise - kad kahwin boleh mencetak atas brown paper bag. Cetakan jenis waterproof

selain itu kami juga menjual paper bag berwarna. Ada 6 jenis warna

layari facebook kami hnzkadkahwin

[CoRn_HeLiuS] berkata...

tq for the info. rajin2 mai jenguk blog sy.

http://cornhelius.blogspot.com/

Waniwisy berkata...

Sis kalau untuk customized plastic packaging kat mana yg sis tau? Mcm plastic poplook, zawara, rsc.

Unknown berkata...

maaf ya, paperbag yg last sekali tue, originally design n produce from us, boleh cari kami disini https://www.facebook.com/cetakmudah

sheila berkata...

Bgsnya buat post sharing pasal paper bag ni.. Sy mmg tgh buat kira2 utk majlis aqiqah.. Blh order ngan diorg..

hafizahhadi berkata...

untuk paperbag printed murah boleh order di facebook luqfiz ideas or whatsapp to 019-2056877..hanya 25sen/pcs...harga termasuk any design u like...tq