17 April 2014

Tangki Dan Mancis

Assalamualaikum,


Dulu masa kecil rasanya setiap orang mesti suka main api kan? Kalau dapat kotak mancis entah dari mana, jeling kiri kanan, fuhh tak ada orang terus gores sampai keluar api. Tetiba mak lalu dengar tapak kaki je, tergegeh hegeh kau tiup api di mancis tu, tak pun renjis renjis sikit terus padam. Mudahnya padam api yang kecil. Tapi bagaimana kalau sehelai kertas yang terbakar? Kita pijak pijak dengan tapak kaki atau masukkan dalam singki pasang air laju laju hehe. Kalau benda yang lebih besar terbakar? Mau satu tangki air disimbah barulah terpadam itupun berejam juga nak memadamnya.


Tetiba teringat kes kebakaran di rumah lama dahulu. Sedih. Rumah kawan yang kena, malah memang rumah dialah punca. Adik adik dia main api, mak kunci rumah dari luar sementara nak ambil anak yang lain di sekolah. Haih pengajaran pengajaran. Sementara bomba padamkan api, kami kawan kawan sekolah agama tenangkan dia yang menangis tak ketahuan. Darjah 5 masa tu.


Okay berbalik kepada mancis tadi, kalau hanya sebatang mancis yang terbakar perlu tak kita simbah sampai satu tangki untuk padam api tersebut?


Sudah tentu tidak, nanti ada kerosakan lain yang muncul. Semua mancis akan rosak, lantai basah banjir. Satu hal pulak nak mengelap mengemop bagai.


Ini lah perumpamaan yang panjang gila saya reka sesuka hati untuk menggambarkan "nasihat yang perlu sahaja untuk kesalahan yang berbeza". Sebab saya lihat masyarakat sekarang amat "gemar" memberi nasihat. Ikhlas betul, pemurah bebenor. Rasanya ada perkara yang tidak perlulah diperbesarkan. DI internet kemain lagi kakak kakak abang abang menasihat tudung Fareeda sampai keperingkat nasihat tertinggi iaitu makian cacian. Belum perlu lagi rasanya, comfirm, belum.


Kadang kadang anak kecik tertumpah air di atas meja, selepuk tamparan hinggap di belakang tubuh anak kecil itu. Saya masih rasa tidak perlu. Cukuplah peringatan keras supaya dia boleh ingat kemudian hari. Kalau pukul je kuat tapi tak ada mesej yang sampai, anak tu tak tau kenapa dia kena lepuk dan apa salah dia. Tapi kalau anak sendiri esok mungkin hangin juga hahaahaa...


Risau juga kalau nasihat yang berlebihan di berikan, misalnya membebel tak tentu hala akan memburukkan lagi keadaan. Stress bertambah sebab high expectation. Pembebel nasihat seolah mengharapkan kesempurnaan dengan pantas. Husteru, nasihat macam tak kena dengan situasi atau tak memperbaiki kesalahan kecil tadi pun.


Kau rasa orang yang kau bebelkan dapat tak mesej yang kau nak sampaikan tu? Sebab salah orang tu pakai tudung singkat sahaja, tapi kau nasihat suruh beliau sembahyang berjemaah di masjid, bertafakur dan berdakwah. Kau bajet kau bebel menunjukkan kau tegas? Tidak ya, bagi saya orang yang suka membebel tak tentu hala adalah gelabah. Seperti penulis ini wahhhh!


XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

6 ulasan:

zarulfarhana berkata...

betul tue...
ehh rumah kwn tue mcm mana... adik2 dia dpt keluar ka?

nuna berkata...

jom join giveaway saya. boleh dpt skirt free

Teena Tna berkata...

hee, dulu saya suka sangat main api. sanggup pergi pungut daun2 kering tak nak bagi api tu padam

Fazil Hamid berkata...

malang tak berbau...kalau dah terbau hangit tu...dah terbakar la tu..

Harith Iskandar berkata...

bebel lebih2 tu susah sikit kalau xada isi.tp kalau bebel yg ada isi mungkin akan ingat :)

Harith Iskandar berkata...

hurmmm betul juga.nasihat yg berguna utk sesuatu yang berguna saja kan?