30 Ogos 2012

Ustazah Jadian?

Assalamualaikum, 


Saya ni bukan lah baik sangat, since dalam seminggu ada lah 2/3 kali bukak Blog Nara si kaki gossip dan bila ada waktu senggang pasti buka Forum Cari mengadap gossip dan topik topik lain. Di sini selain kaki gossip, ada juga manusia yang berniat baik tetapi disalah ertikan sebagai Ustazah Jadian.


Seperti biasa dalam banyak banyak komen pasti ada satu dua komentator yang berusaha menasihat dan mentarbiyah pembaca pembaca lain mengenai ilmu agama. Yang pastinya mereka akan dimarahi semula oleh pembaca yang lain. Ayat paling popular :

Kalau kau baik sangat kau tak masuk blog gossip! 

Tak perlu la nasihat orang lain, cermin diri kau dulu!

Kalau tak suka gossip jangan baca...!


Untuk alasan Kalau kau baik sangat kau tak masuk blog gossip! saya rasa tak perlu kot. Nanti kalau JAKIM pergi serbu kelab malam boleh ke sound balik "kalau tak nak maksiat jangan masuk kelab ni!" Acaner tu boleh ka? Nak berdakwah ni tak kira la kat memana pun kan, kalau setakat nak berdakwah kat masjid sudah tentu tentu orang yang kat masjid sudah terbuka hatinya untuk mendekati agama.


Bagi komen Tak perlu la nasihat orang lain, cermin diri kau dulu! memang tak apa apa. Kalau nak tunggu diri sendiri sempurna dahulu baru boleh nasihat orang lain, alamatnya hancur la umat islam. Kan masing masing ada kekuatan dan kelemahan diri. Jadi kau ingatkan aku, aku ingatkan kau. Kalau aku suka mengumpat, kau ingatkan aku. Kalau kau tak puasa, aku ingatkan kau pulak. Tak perlu tunggu semua ibadah sempurna baru boleh nasihat orang lain.


Yang ketiga, saya pelik la kenapa mereka dimarahi pula. Mereka pun, kalau tak nak dengar nasihat tak perlu la baca komen tu. Mereka sendiri cakap Kalau tak suka gossip jangan baca...! so kalau mereka tak suka dangan komen nasihat, tak perlu la ambil port kan?


Jadi saya layan je benda benda lagho begitu tapi tidak pula sakit hati bila ada komen seseorang menasihat kita. Dah dia cakap memang betul nak sakit hati sangat pasal apa kan? Hehe. Tapi memang kelakar la kadang kadang komen dari tukang komen tu. Tak ambil serius pun : )


Oh ya, saya dah lihat video Oppa Gangnam Style dan Suasana Gangnam Raya. Memula rasa tak berminat tapi mentang mentang internet laju kat rumah saya tengok juga. Oppa Gangnam Style tu taka da apa yang menarik pun. Biasa je. Tapi Suasana Gangnam Raya sangat best, bukan sebab lagunya tapi kemeriahan dan perpaduan family dalam menyambut hari raya tu tersangatlah awesome!


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

29 Ogos 2012

Malam Rayaku Di Bazaar

Assalamualaikum, 


Akhirnya ada juga mood nak menulis.
Kalau tidak sampai raya haji pun belum tentu nak log in pun blog ni.
Tapi gigih jugak la nak menulis since blog ni macam journal peribadi.
Esok esok boleh baca balik. Nak tulis kat diari tak ada la pulak.


So malam raya haritu lepas isyak aku tak pergi terawih.
Kecewa gak la ustazah mama. Tapi penah la kan persiapan semua.
Jumpa pulak sedara mara sepupu sepapat.
Malam tu ingat nak cari tudung kat bazaar raya kat bandar Jerantut.
Saya, kak Teha, Nani dan kak Yani gerak la ke bandar dengan misi mencari tudung raya.
Yang Nani tu memang kena pergi sebab dia kerja dengan pakcik sedara kami yang jual tudung kat bazaar.

Bazaar Uncle Naim

Kekdah nye bila sampai bazaar tak sempat nak jalan jalan pun.
Masuk je bazaar pak sedara saya tu terus kemas apa yang patut sbb barang kat belakang berselerak.
Pastu berduyun duyun la orang datang nak cari baju untuk anak la, tudung nak matching la.
Kesian jugak kat Nani dengan Pakcik Naim tu. Tolong la apa yang patut.


Cik Teha tengah kemas apa yang patut di belakang.
Buat kami yang baru ni memang duduk belakang je. Malu. 
Maklumlah bidan terjun je.


Abaikan saya dibelakang yang macam Mak Aji tu.


Tada Mak Aji jual tudung!


Harga kitrang kasi hantam saja yela mana sempat nak tanya Pakcik Naim atau Nani.
Harga semua ada tercabut cabut la. Sesak sangat.
Ada satu pashmina ni akak tu tanya la harga berapa?
Saya hantam je rm10. Dia bisik kat kawan dia murah nya...
Lama lepas tu saya dengar Pakcik Naim tengah layan customer lain.
Pakcik Naim cakap pashmina tu semua rm5. Saya tersengih je kat belakang.
Kalau kakak tadi tahu rm5, dia beli sekodi kot. Huhu.


Customer dah lenggang sikit baru la ambik ambik gambar ni.
Duduk? Memang tak sempat. Tumit rasa nak pecah.

Tudung tudung tu berselerak bukan malas nak kemas tapi tak sempat.
Kan lepas pelanggan pilih pilih mana sempat nak sangkut semula.
Sebab lepas satu satu orang datang kat kita.
Campak saja dibelakang karang ada masa kita sangkut la balik.
Tapi........ memang tak sempat. Tengoklah!

 
Selerak sangat. Poning kepalo den!
Haus, berpeluh pening semua ada tapi fun!
Serius seronok!
 
Dalam pukul dua macam tu baru orang dah berkurang. Tapi still ada lagi.
Pakcik Naim suruh kitorang balik je. Yela baju raya pun tak gosok lagi.
Tapi pakcik naim tak balik.. dia dengan kawan dia pulak jaga sampai pagi.
Wah cari rezeki raya gitu.


Sebelum balik kitorang ambil kesempatan untuk round round bazaar situ.
Walau kaki lenguh tapi semangat tetap ada. Itu kan niat sebenarnya datang sini.
Sempat la test test kuih raya pastu beli sekali sebab dia open harga murah. 
Balik rumah tu sempang lagi pukul 4 baru tidur. Lantak...


Yang penting Pakcik Naim bagi upah sorang sepasang baju kurung dan tudung raya. Weee!!


XOXO, Azza Azman
Selamat Hari Raya!

17 Ogos 2012

Kesempatan (Jboxing)

Assalamualaikum, 


Kita kalau cerita pasal kesempatan ni, mesti ada kesal sikit sebab selalu melepaskan peluang.
Peluang atau kesempatan, orang cakap hanya datang sekali. Kalau terlepas tak ada yang lain dah.
Tapi berlainan dengan ramadan, setiap tahun dia datang tanpa sekalipun gagal.
Cuma kita je yang mahu menyamput kedatangannya atau menolak.


Ingat lagi dalam lebih kurang 4 tahun belajar subjek studio, saya lalai.
Selepas berbuka, tunggu isyak, bersiap, terus pergi studio untuk siapkan projek.
Langsung tak ada mneyinggah ke masjid atau surau, kalau ada pun sikit sangat.
Masing masing dengah hal duniaa, takut kerja tak siap. 
Dari berbuka sampai la ke sahur tak terasa bezanya, tak nampak mana malam mana siang.


Tapi tahun ni alhamdulillah, surau pun depan asrama je.
Siap pulak tu aktif la bebudak tu buat program qiamullail sampai ke subuh.
Lepas la juga saya ke surau tu waktu subuh. Puas hati. Tenang sikit nak balik kampung.
Balik rumah pulak memang tak ada skip terawih, ustazah mama dengan ustaz papa dok ada.
Hehe.


Begitu pun dengan kesempatan satu lagi, saja la nak merasa.
Semalam saya la antara yang sengaja memenatkan diri pergi Shangri-la.
Tapi saya pergi pukul 11 macam tu lah tak ada kerja nak tunggu pukul 3 pagi.
Sah sah sah la Jovian degan Datin apa teah joint venture dia tu nak untung raya.
Takkan la dia buat baju sikit sangat kan, nak rugi ke hapa.


Alhamdulillah la saiz XS dan S banyak stok. EH tak tau la banyak stok atau tak laku kan.
Dalam pukul 3.30 petang tu baru dapat beli. Tu pun macam dah tak semangat je.
Lambat kan sebab ada break untuk solat zuhur dan diorang pun nak check stok.
Kekdahnya, masa beratur tu bengang sangat dengan manusia2 yang tak tau terlepas dari mana....
Memula okay je beratur

Buat Makcik Rambut Kerinting Ketak-ketak,
Saya tak tau la makcik dari opis ke hapa. Maybe mengular kot semata nak bali baju raya.
Aku dok dari 11 pagi tak nampak pun muka makcik. Tala tala potong line kami.
Pastu jerit jerit "Eh apa ni tak ada sistem la" bla bla bla "ni tak ada line pun macamna ni?"
Hello makcik, there's a line untill you datang pastu buat buat membebel sebab nak potong line kan?


Buat Kakak Gempal Berbaju Hitam Skirt Hitam Berambut Poney Tail,
Hah akak, saya tahu akak dari "Fast Lane" yang tak berapa nak fast tu.
Bila matahari dah mula meninggi, akak baru tersedar yang Fast Lane tu tak gerak gerak.
Akak pun masuk la ke kawasan kami yang "Try and Buy Lane" ni.
Pun sama macam yang atas, seronok ye buat dua lane. Sepatutnya satu je.
Tapi akak diam je, buat buat macam nak cepat. Saya intai borang akak nak beli 10 pasang ye.
Semua  saiz L. Oh hot item tu. Kesian jugak kat akak tapi kenapa nak memotong?
Kamu buat dua line sampai toloak tolak orang depan, kepala terjengul jengul ke depan.
Saya tengok akak saya yang pening. Tak penat ke leher tu kak... 


Eh kejap ye, ustazah mama dah panggil.
Pergi subuh masjid kot.
Bersambung...


Sambung semula : Mai oii ramai gila la orang kat masjid tadi, macam sembahyang raya pulak. Reramai nak balik Raub, Lipis, Cameron dan Kelantan ni. Sampai putus putus saf sebab kakak kakak yang tak nak solat berjemaah campur dengan line orang berjemaah, pastu keluar cenggitu je. Baguih na korang singgah masjid kat Bentong ni walau kalau tanya orang kelantan pasal bentong, diorang tak tau pun kat mana Bentong T________T.



Okay buat kakak yang pakai baju belang, warna warni, tudung pun colorful,
Kakak tau tak, yang lane tu ada satu line je.
Kenapa lah kakak beriya nak pas borang tu kat team member walau kakak baru je datang. Sabar, saya pun tunggu lama jugak.
Tapi memang diorang akan kutik borang tu slow slow mana yang depan sekali.
Lepas amik borang tu diorang cari baju yang kita senaraikan untuk dicuba.
So takes time la kan.
Ini bila kakak sorang serbu nak submit borang, yang lain pun menggeletar la nak serbu jugak. Pastu buat buat tanya "where's line? Where's system?",
Pastu ala ala marah sayang kat Jovian pasal tak ada system,
Pastu buat macam rusuhan pulak, tanya team member bila nak ambik borang diorang,
Marah marah, sampai abang bodyguard pakai baju ketat superman pun turun haha.


Arghh semua nya smooth je okay sampai ada manusia terlepas dari mana mana ofis dan mana mana yang tak sabar dari Fast lane serbu Try and Buy Lane. Masa tu saya dah macam give up dah. Tapi pikir nak balik pun penat. Hmm tunggu jelah. kalau ada ada, kalau tak ada tak ada.


Geram sangat kat diorang ni sebab dapat masuk awal.
Yela diorang komplen itu ini, serbu counter bagi borang.
Ala ala macam teraniaya la kan. Team member pun layan je.
Bila dapat masuk, tunjuk muka kepuasan.
Tahniah lah kakak kakak anda berjaya.
Saya pun realize dan kaitkan dalam dunia reality ni, memang macam tu lah kehidupan.
Mana yang baik ikut peraturan akan tertindas.
Nak hidup kena aggresive, cepat, selfish dan jangan mengalah.
Pandai ye ambil kesempatan.
Baru berjaya.


Saya, dengan sister sister lain yang saya cam muka diorang dari awal lagi, kena tunggu lepas pukul 3. Dan diorang diorang ni lah rilex je muka, tenang je. Tak kecoh tak marah. Lepas dapat no, duduk dengan tenang sampai dipanggil. Syabas bete!


So jom layan gambar kabur, kalau tak nak sakit mata.


 So malam tu saya stay up jugak. Tapi buat assigment la bukan queuing up jam 3 pagi LOL.
Sambil sambil tu layan katalog collection JM then berangan la conteng conteng atas kertas.

 Tetiba saya pun join sekali haha. 
Even lambat tapi tak kesah lah yang penting beratur terus.
Erk sambil duduk. Malas nak berdiri.

 Setiap lane dia bahagi dan dipisahkan dengan meja banquet.
Mana yang depan sekali, dia kutip borang dan panggil sekejap lagi.


 Orang orang kiri kanan yang gigih dan bersabar.
Nun yang hujung sana tu sayup sayup geng Fast Lane. tak mau cuba nak beli terus.
Agaknya hak ni kot yang nak let go kat page JM tu. Sayang je penat beratur, jual balik.

 Masa ni dah start kelam kabut. Tak tau dari mana tetiba ramai.
JM pun turun gak. Kakak kakak yang boring menunggu ambil gambar dengan dia.

 Hensem la jugak. Puteh sangat.

 Muka kabur. Bukan sensored ye.

 Yeah baru okay. Tapi muka dia je lah.


 Dia suruh angkat borang reramai.

 Yang ni dah selepas break Zuhur.
Kakak kakak spesis serbu dah tak ada.
Tenang sikit.... Lega.... Tak sakit mata....
Kalau tak diorang tercangok la depan kaunter sambil angkat angkat no giliran diorang
(-_-')

 Team member yang tengah tengah tu, kuat gila suara dia.
Dia kelihatan bengang gak la lepas kes kes serbu tu. 
Kossserrr nak layan..


So kalau tau baik datang je pukul 3 kan.
Shopping dulu kat jalan tar ke.
Tapi nasib baik rilex rilex je.
Pagi tu sempat la buat benda yang patut sikit sikit.
Malam buat assigment, subuh pergi surau, lepas tu kemas barang & bilik nak check out dah.
Lepas tu tunggu kejap, nak jumpa lecturer.
Lepas tu pergi kedai print jap nak print something.


Kalau tidak, rasa malu kat diri sendiri.
Orang lain sibut beribadat, kita membazir masa only for a peace of  cloth.
Alhamdulillah, ingat memang tak nak beli baju raya langsung tahun ni.
Nak jimat. Sebab masih ada lagi baju yang jarang dipakai.
Tapi rezeki. Bukan ke sunat pakai baju baru di pagi raya....


Selamat Hari Raya semua!
Maaf zahir dan batin ya!



XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

16 Ogos 2012

It's Jovian!

Assalamualaikum,


Ada sesiapa belum beli baju raya lagi?
Ada sesiapa yang nak merasa baju high end designer?
Ada sesiapa pulak yang nak berbuka puasa pukul 12 tengahari?
Silalah bersesak sesak di hotel Shangri-La esok!
Dari pukul 8pagi hingga 7malam okeh.


Ini lah katalog ringkas yang disediakan daripada pihak Jovian untuk memudahkan semua.
Reka bentuk baju dan nama dan harga dan color boleh dirujuk di sini.
Kalau ada yang puas hati dengan hanya tengok katalog ni, lebih mudah.
Boleh terus isi borang dibawah dan bawa ke tempat jualan ini berlangsung!


Sila print borang ni dan isi nama baju, no telepon dan saiz serta warna.
Bawa ke dewan Royal Selagor Room di Shangri-La esok.
Beratur la sampai lebam sampai jumpa pembantu jualan.
Then bagi dia, dia cari, kita try pakai, kalau puas hati terus bayar!



 Yang ni pula borang untuk yang tak nak langsung try tapi nak terus beli.
Amboi nak cepat sangat yek kak. Maklumlah hot item ni sape lambat dia rugi.
Boleh print awal awal dari rumah, isi borang ni, beratur dan bayar!


Untuk rujukan saiz boleh tengok di jadual ni pulak.
Selamat mengukur!




 XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

14 Ogos 2012

Nenek dan Bantal Busuk

Assalamualaikum, 


Sejak akhir ni dah 3 malam saya bermimpi tentang arwah nenek.
Ada  mimpi seram, ada mimpi sweet. Tak kesah, yang penting nenek aku ada.
Saya ni kalau dah lama tak sedekah yassin kat arwah nenek memang termimpi-mimpi.
Kalau bagitau mama ni habis lah sebab kantoi tak baca yassin sedekahkan kat arwah nenek.


Euuww geli pulak bernenek nenek. Uwan cukup. Kami panggil uwan je baru sweet.
Uwan saya ni memang sweet sangat. Romantik pun ada. Penyayang dan wangi.
Dia macam ada satu aura la, sampai saya dengan adik selalu bercakar nak tidur sebelah uwan.
Bukan tak boleh tidur sebelah satu lagi tapi uwan kan tidur mengiring...
So nak tidur kat sebelah yang uwan mengadap tu la. Dia tepuk tepuk, main rambut.


Tsk tsk tsk. Slurppppp sedut hingus sebentar.


So masa saya masuk asrama masa tingkatan satu dulu.
Uwah get excited! Me too!
Dengan rajinnya uwan ada buatkan bantal kepala dengan bantal peluk dari kekabu.
Kat belakang rumah uwan dulu ada pokok kekabu so dari situ kot supply nya.
Bantal tu warna kuning corak petak petak. Uwan beli kat pekan sari kot kain tu.
Tak cukup dengan itu uwan buat sarung pulak warna putih sebab asrama kan kena warna putih.


Sampai masuk university ni la saya bawak kedua dua bantal tu. Sedap sangat.


Dengan kekurangan akal kewarasanku, pagi tadi telah ku basuh bantal itu.
Berbekalkan syiling rm2.50 saya basuh dengan washing machine.
Tunggu kat bilik. Konon nak ambil kejap lagi sambail buat thesis. Pastu tertidur.
Nak dekat tengahari jugak la ada orang ketuk bilik. Aida kawan saya rupanya.


Dia nak basuh baju juga so dia nak tanya la pedenda dalam machine tu kot kot saya tau.
Sebab bilik saya dekat dengan bilik laundry. Sekali tengok humagai terkejut saya!
Besepai bantai tu dengan kekabu terkeluar dari sarung kuning petak petak tu.
Penuh satu machine dengan kekabu berserakan. Seram gila!
Macam tengok criminal scene tapi yang matinya adalag sponge bob.
Luluh hati saya. Menyesal tak sudah kenapa la aku basuh bantal ni. 
Bawak je balik rumah lagi 2 hari je pun. Tak sabar sangat tu kenapa?


Marah kat diri sendiri. 


Mujur bantal kepala je, bantal peluk tu okay la lagi walaupun...
So aida pun macam sedih sedih gak. Kami kutik la satu satu.
Taruk dalam plastik kekabu tu.


Plsss, bantal saya tengah nazak ni. Harap ada penderma di luar sana.
Motip nya kat sini nak tanya tau tak tempat yang repair atau jual bantal kekabu?



XOXO, Azza Azman
yang menulis tanpa seni

13 Ogos 2012

Maksudnya...

Assalamualaikum, 


Sesiapa yang dah alang alang terbuka entry ni dikehendaki membacanya habis.
 
Maksudnya...

Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui dari segala gangguan syaitan yang terkutuk.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon petolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.



XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

11 Ogos 2012

Nikah Muda Pun Sweet!

Assalamualaikum, 


Saya memaksa diri saya untuk tulis entry ni.
Sebab kalau kita tak tulis rasa macam orang ingat sata tak rasa benda ni.
Ceh ceh ceh macam la penting sangat dengan apa yang saya rasa, tapi eh penting jugak la.


Berkenaan entry yang lepas 'Tunjuk Romantik' tu.
Jangan lah ingat saya anti orang nikah muda, tak tak.
Serius suka je. Malah saya rasa mereka sangat sweet.
Tengok jelah gambar diorang pegang baby sendiri.
Sendiri punya baby okay sendiri... hebat gila hokeh.
Haku hada?

Sweet tu dirasakan apabila gambar diorang tidak ada aura 'menunjuk'.
Yes kita memang dapat menghidunya. Aura menunjuk tu.
Contoh ada seorang perempuan ni dia memang cantik la.
Dapat kawen dengan mamat kaya.
Tak semena mena tunjuk gambar berbulan madu atas katil.
Tak pakai tudung tetiba hokeh?
Sanggup upload sebeb nak tunjuk honeymoon mewah itewww...
Kelopak bunga rose berterabur atas katil. Siap ada bed breakfast, candle light dinner.
Sweet kewww...? Memang la sweet tapi...


Ramai jugak kawan kawan yang dah kawin dalam usia muda.
Tak masalah pun kalau tengok dari pandangan mata kasarku.
Pointer maintain, body maintain, fesyen pun maintain.
Aku yang tak kawen ni pointer so so, tudung pun selebet pe citer?
Kalau ada yang pikir kawen semasa belajar sangat tak patut tu, memang tak patut.
Eh, paham tak? Memang tak patut pikir gitu sebab tak ada valid reason.
Ikut memasing la kan?


Tapi kalau saya memang tak boleh la.
Duit tak ada nak makan kentang je ke hari hari?
Lagi satu saya tak boleh buat dua kerja dalam satu masa.
Benda simple baca blog orang sambil dengar lagu pun tak boleh.
Apatah lagi study sambil pikir eh harini nak masak apa eh untuk laki.
Mau seminggu je aku tahan pastu samada aku quit study atau berhenti memasak. 
Yang paling penting tak ada sapa pun nak kat saya gitu.


I have nothing to against bebudak umur 14 dengan 16 yang kawen kat Chini baru baru ni.
Saya tengok video tu sama perasaan macam tengak video nikah yang lain juga.
Cuma dalam kepala ada satu...
"Kenapa photographer tu letak umur pengantin tu kat video tu??"  Beriya tak? 
Saya belek video lain dari photographer yang sama, dia tak letak pun umur pengantin lain. 






Anyway, orang kawen muda ke tua ke, sweet sweet je. 
Kahwin banyak je tak sweet :p


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

10 Ogos 2012

Setelah 7 Tahun

Assalamualaikum, 


Happy nya!
Berkat bulan ramadan dapat jumpa kawan lama.
Kalau tidak punyalah payah nak jumpa..


Lepas habis SPM memang langsung tak jumpa dak dua ekor Nana dengan Wardah ni.
Memang happy sangat sebab jumpa balik geng stay up masa zaman sekolah dulu.
Stay up kat bilik je atas katil bukannya study pong.
Disebabkan katil aku depan loker mmg katil aku la jadi mangsa kan.
Lantakk...



So harini pergi bukak puasa kat Tuu Dia Pak Tam, Selayang.
Baik korang pergi, sebab buffet rm17 je, lauk memacam la.
Surau pun ada lepas berbuka-solat-sambung makan lagi.
Best!


Lepas ni kami plan nak buat reunion yang formal pulak.
Ada cikgu, warden semua la.
Dengan tema.
Tak sabar!

 
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

07 Ogos 2012

Budak dan Ruit Raya

Assalamualaikum,




Salam Nuzul Quran semua!
Dah muka surat yang keberapa dah ni?
Sekarang kita dah nak masuk 10 hari terakhir ramadan.
Banyakkan lah baca Quran dan try tak ponteng solat terawikh.
Erk semalam saya sendiri tak pergi terawih akibat tidur petang - kepala pening!




Wah dah nak dekat raya ni, mana yang dah bekerja mesti pening-pening jugak.
Huhu maklumlah bila pikir wallet akan mengempis di pagi raya nanti.
Sekarang ni asal dah kerja (walau kerja part time kat 7Eleven) macam wajib bagi duit raya.
Niat sedekah-bagus.Tapi hati yang pilu siapa tau kan.
Raya ke 5 dah start makan maggie pe citer?


Sebenarnya duit raya ni bukan budaya asal kita, samada Melayu atau Islam.
Kalau cina angpau nya mmerah, kita pergi tukar jadi hijau. Ala ala color lemang ketupat giteww..
Kalau niat sedekah baguslah. Bebudak pun suka, happy je menengoknya.
Tapi sekarang ni saya tengok dah lain macam je. 


Apa yang lain macam? Bebudak ni lah.
Pagi pagi raya yang semangatnya "duit" bukan semangat "raya".
Mana pergi budaya bermaafan? Salam terus mintak duit.
Tak kira anak sendiri atau atau anak sedata atau anak jiran.
Dulu masa saya, sepupu masa kecik kecik muka malu malu nak ambik duit tu.
Sebab orang tua dah ajar, pesan awal awal dah. 
Pastu kalau dah ambik, jangan lupa cakap terima kasih.


Sekarang ni, bebudak datang raya minum separuh cawan je.
Pastu salam mintak duit raya, sambil buat muka seposen.
Tapi tak nak la duit raya seposen.
Paling kurang rm2.
Pastu penuh halaman rumah dengan angpau kosong.
Dicampaknya depan depan rumah kita sambil pakai selipar.


Haku selipar jugak bebudak ni karang T__________T
Tapi bila pikir balik diorang tak salah.
Sebabnya.....


Saya sendiri saksi dimana budaya kumpul duit ni mendapat sokongan penuh dari mak bapak.
Mak saya pun ada lah juga tanya tanya 'berapa kumpul duit raya ni?' pastu kira sama sama.
Tapi yang saya lihat ni ajaib bebenor. Sebelum raya dah pesan siap siap...
Siapa dapat duit raya paling banyak dia lah terror.
Siapa dapat paling sikit kena ejek kakak abang sepupu sepapat.
Sebelum anak keluar rumah, berkali kali pesan 'jangan lupa mintak duit raya!'
Materialistiknya..... sedih.


Pagi pagi raya bila ada orang hulur kat anak dia, dia menyengih paling lebar.
Kenyit mata kat anak tanda good... (eh cepat ambil duit tu kau tunggu apa lagi)
Dah petang balik raya mengumpat sama 'eh pak manap tu kedekut la nak bagi duit raya...'
Mak bapak pun pesan jangan pergi lagi la kat rumah pak manap tu.
Kalau rumah pak hasyim bagi banyak, sama sama pikir macamana nak pergi umah tu lagi.
Motipppp??


Yelah gurau gurau juga, tapi anak kecik ni mana yang seronok tu dia dok ikut.
Kalau kita lupa nak pesan makna @ pengertian raya, macamana dia nak tau?
Patutnya pesan, raya ni peluang kita tolong yang miskin.
Sedekah pada yang susah, minta maaf kalau buat salah. Contoh la..
Kalau dapat duit raya, sebut alhamdulillah...


Nak happy kan bebudak, kenapa kita yang ajar diorang kalau dapat duit baru happy?



Pernah jugak dengar kes, mak ayah rembat duit anak tu pasal nak cover belanja raya.
Gasaklah diorang. Ambil hak anak.
Esok anak nak belajar tak ada duit belanja, menjawablah korang kat anak.
Patutnya collect duit tu masuk tabung haji.
Memanglah duit diorang tapi diorang tak reti nak menyimpan lagi.
Tapi kita lah kena ajar, kang tak pasal duit beli mercun jah.
Ambilah inisiatif bukak akaun untuk anak anak, kan lagi bagus.
Pernah dengar ada kawan, umur dah 18tahun baru first time bukak akaun bank.
Terkejut saya dengar. 


Eh dah melalut dah macam mak jemah.
Okay lah baca je jangan simpan dalam hati na.
My blog is just for sharing thought :)




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

06 Ogos 2012

Tunjuk Romantik

Assalamualaikum, 




Saya tak ramai yang dah baca tulisan Madam. Fauziah Mohd Noor, IIUM tentang anak muridnya yang mahu bercerai sementara inai masih di jari. Sayang bukan? Walau kita tak tau betul ke dia kahwin sebab terpengaruh dengan kawan kawan lain yang berkahwin awal, sebab kat UIA ni memang ramaiiiii sangattttt pelajar yang berkahwin awal, alhamdulillah.




Mungkin tak ada kesinambungan sangat dengan kes anak murid dia, tetapi dia menasihati pelajar lain jangan terlalu "over excited" bercerita tentang "kesedapan" berkahwin di facebook atau media sosial yang lain.



Entah. Sebenarnya saya dah lama dah pikir pasal ni. Tapi terkunci mulut. Sebabnya, kecoh sekarang dengan artikel-artikel tentang kahwin awal dan sebagainya. Jadi saya fikir, mungkin perasaan saya je kot yang sedikit merasa jengkel dengan cerita romantis itu. Jadi artikel ''elok berkahwen awal'' tadi menjadi tiket bagi mereka yang excited cerita dalam kelambu kepada umum.




Iya betul, kahwin awal tu bagus. tapi kita orang muda ni ambil point yang "sedap" sahaja... bukan tanggungjawab dan segala permasalahan yang lain.




Yang saya paling terkesan apabila membaca status lebih kurang begini:

"alhamdulillah, harini dapat tidur dengan en. suami setelah dua minggu outstation... :)"
like what?? kalau en.suami anda tau mesti dia pulak yang malu heheh!




Yang baru nak kahwin pulak lain cerita:

"bukan materialistik, tapi hantaran rmXXX K menunjuk dia bertanggungjawab ke alam perkahwinan kami alhamdulillah."
Okay, esok suami saya bagi rm10 K je menunjukkan suami saya tak bertanggungjawab, fine.




Yang belum nak kahwin juga tidak ketinggalan:


"buat bakal suamiku, saya cantik orangnya, kalau nak tengok boleh call abah saya"
Ceh padahal gambo dia banyak kat album facebook. Promote lewww teww...




Sebenarnya saya penat baca timeline di facebook yang tak ada benda lain sekarang ni, semuanya tentang indahnya perkahwinan. Dalam bulan ramadhan ni pun masih hangat lagi quot-quot cinta yang berlatarbelakangkan sedikit unsur Islamik sebagai cover, mungkin.




Ini baru cerita Facebook, belum termasuk cerita blogger lagi.




Mungkin sesuai dengan umur saya dan kawan kawan saya sekarang, semua dah fikir pasal kahwin. Blogger-blogger yang tengah naik sekarang pun umurnya sama lebih kurang dengan saya juga. So saya pun tak dapat lari dari topik kahwin ni. Kalau borak dengan kawan-kawan mesti ada selit jugak pasal kahwin, tapi pasal baju lah, hantaran lah, kasut lah, pelamin lah. Semua pasal fesyen haha. Tak ada pulak pasal sweet sweet pasal laki hik hik hik.




Anyway memang best baca pasal alam perkahwinan di blog-blog, status facebook, dan twitter. Cuma jangan melebih-lebih je. Simpan je sweet sweet dalam kelambu tu. Takut kang yang baca jadi lain pulak :)




**Gila tengok baju kahwin dekat blogger HattaDolmatCouture.




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

01 Ogos 2012

Rumahku Terbakar!

Assalamualaikum, 


Ah asap! Rumahku terbakar! Apa nak buat ni?


Nauzubillah kalau betul betul terjadi. Tapi pernahkah kita terfikir jika betul betul terjadi. Apa yang kita harus lakukan? Kadang kadang semasa termenung bermuhasabah diri, bila fikir kan macam mana saat kematian ku, rasa berdebar..


Tapi bukan itu yang nak kita bincangkan. Marilah kita bincangkan apa persedian kita di saat kecemasan itu. Pantang mati sebelum ajal *eh betul ke peribahasa ni?*. Selagi boleh usaha, kita usaha. Bersediakah kita?


Pelan...
Buat pelan untuk keluarga. Kalau api bermula dari tingkat bawah, kita nak lari ikut mana? Kalau api mula dari depan, kita nak menyusup keluar ikut belakang? 

Kalau perlu lukis, lukis lah. Buat bentuk kartun supaya si kecil faham.


Kunci...
Ramai yang mengunci pintu pagar, besi tingkap dan grill pintu atas tujuan keselamatan. Tapi kalau kita sendiri jadi mangsa pintu/tingkap yang berkunci itu macamana? Bagi 'seminar kecil' bagi seisi keluarga lebih lebih lagi buat si kecil. Buat latihan amal sekali, boleh tak bebudak tu buka kunci mangga dalam 30 saat? Ce cek tah tah mangga dah berkarat ke.

Saya ni kadang2 duk dalam bilik sensorang, tetiba datang idea gila nak buat amali kecemasan. Berdesup amik kunci kat tempat simpan dan bukak kunci grill tingkap saya. Macam sawan ada gak. Nasib baik tak ada orang nampak hik hik hik. Syik sendiri gitu.


No Telefon...
Ingatkan sesisi rumah untuk hafal no kecemasan. Yelah 999 semua ingat tapi mana lah tau kan masa cemas tu semua lupa. Tampal la kat peti biar bebudak tengok no tu. Selain tu no mak ayah pun tulis besar besar kat peti ais.

Bomba dan penyelamat
HOTLINE:  999 
SMS: 03-88880964
Talian bebas tol: 1800 888 994


Erkk kat peti ais saya ada resepi kek je... aiyoh!


Alat Pemadam...
Di rumah saya pun tak ada alat pemadam rasmi tapi kalau ada yang mampu beli lah. Selagi boleh usaha kan? Kalau tak mampu cuba bincang/borak borak dengan family macamana nak buat kalau ada api yang baru nak menyala tu. 

Kat mana ada pili air terdekat? Baldi? Kain basah?


Selamatkan Diri...
Cari cara macamana nak meminimumkan kecederaan. Antaranya balut dengan selimut basah. Atau tutup hidung dan mulut dengan towel basah. Tunduk atau meniarap ketika menyusup keluar supaya tidak lemas dek asap. 

Tahukan korang yang asap akan memenuhi ruang atas dahulu. So cuba meniarap...
Tahukan korang kebanyakan mati disebabkan lemas, bukannya terbakar...


Selamatkan Barang...
Kalau hati kuat merasakan api tidak lah seserius mana, boleh ler bawak keluar barang yang patut. Hah sebab tu kita kena selalu kemas rumah, dan ambil tau di mana barang penting tersebut seperti, barang kemas, IC/surat beranak anak anak, barang sentimental, laptop (sebab data penting).

Tak kesah lah barang apa. Kepentingan tu lain lain setiap indiividu. Just make sure korang tau kat mana nak grab barang penting korang ni bila ada kecemasan. Make sure not more than 30saat.


Kursus...
Ha yang ni untuk manusia paling rajin la. Bomba dan Penyelamat Malaysia ada sediakan kursus juga untuk kita. 

Tak sure lah untuk family ada ke tak kan. Tak pun tengok je kat laman web Bomba dan Penyelamat atau cari video di youtube cara cara nak menyelamatkan diri pada saat kecemasan.


*Boring gila dengan blog sendiri sebab tuan blog malas nak tepek gambar


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE