29 Ogos 2012

Malam Rayaku Di Bazaar

Assalamualaikum, 


Akhirnya ada juga mood nak menulis.
Kalau tidak sampai raya haji pun belum tentu nak log in pun blog ni.
Tapi gigih jugak la nak menulis since blog ni macam journal peribadi.
Esok esok boleh baca balik. Nak tulis kat diari tak ada la pulak.


So malam raya haritu lepas isyak aku tak pergi terawih.
Kecewa gak la ustazah mama. Tapi penah la kan persiapan semua.
Jumpa pulak sedara mara sepupu sepapat.
Malam tu ingat nak cari tudung kat bazaar raya kat bandar Jerantut.
Saya, kak Teha, Nani dan kak Yani gerak la ke bandar dengan misi mencari tudung raya.
Yang Nani tu memang kena pergi sebab dia kerja dengan pakcik sedara kami yang jual tudung kat bazaar.

Bazaar Uncle Naim

Kekdah nye bila sampai bazaar tak sempat nak jalan jalan pun.
Masuk je bazaar pak sedara saya tu terus kemas apa yang patut sbb barang kat belakang berselerak.
Pastu berduyun duyun la orang datang nak cari baju untuk anak la, tudung nak matching la.
Kesian jugak kat Nani dengan Pakcik Naim tu. Tolong la apa yang patut.


Cik Teha tengah kemas apa yang patut di belakang.
Buat kami yang baru ni memang duduk belakang je. Malu. 
Maklumlah bidan terjun je.


Abaikan saya dibelakang yang macam Mak Aji tu.


Tada Mak Aji jual tudung!


Harga kitrang kasi hantam saja yela mana sempat nak tanya Pakcik Naim atau Nani.
Harga semua ada tercabut cabut la. Sesak sangat.
Ada satu pashmina ni akak tu tanya la harga berapa?
Saya hantam je rm10. Dia bisik kat kawan dia murah nya...
Lama lepas tu saya dengar Pakcik Naim tengah layan customer lain.
Pakcik Naim cakap pashmina tu semua rm5. Saya tersengih je kat belakang.
Kalau kakak tadi tahu rm5, dia beli sekodi kot. Huhu.


Customer dah lenggang sikit baru la ambik ambik gambar ni.
Duduk? Memang tak sempat. Tumit rasa nak pecah.

Tudung tudung tu berselerak bukan malas nak kemas tapi tak sempat.
Kan lepas pelanggan pilih pilih mana sempat nak sangkut semula.
Sebab lepas satu satu orang datang kat kita.
Campak saja dibelakang karang ada masa kita sangkut la balik.
Tapi........ memang tak sempat. Tengoklah!

 
Selerak sangat. Poning kepalo den!
Haus, berpeluh pening semua ada tapi fun!
Serius seronok!
 
Dalam pukul dua macam tu baru orang dah berkurang. Tapi still ada lagi.
Pakcik Naim suruh kitorang balik je. Yela baju raya pun tak gosok lagi.
Tapi pakcik naim tak balik.. dia dengan kawan dia pulak jaga sampai pagi.
Wah cari rezeki raya gitu.


Sebelum balik kitorang ambil kesempatan untuk round round bazaar situ.
Walau kaki lenguh tapi semangat tetap ada. Itu kan niat sebenarnya datang sini.
Sempat la test test kuih raya pastu beli sekali sebab dia open harga murah. 
Balik rumah tu sempang lagi pukul 4 baru tidur. Lantak...


Yang penting Pakcik Naim bagi upah sorang sepasang baju kurung dan tudung raya. Weee!!


XOXO, Azza Azman
Selamat Hari Raya!

5 ulasan:

naim berkata...

Terbaik... :)

maszull berkata...

assalamualaikum azza....seronoknya dpt peluang menolong pakcik berniaga di bazar n dpt upah baju raya n tudung...:)

Waney Zainuddin berkata...

wah.. rajin nyer tolong menolong malam raya. rezeki nak sambut Aidilfitri (^_^)

~PILOT LOVER~ berkata...

berbaloi malam raya walaupun di bazaar...hheheh dapt baju raya and tudung free kan...

Namee Roslan berkata...

uih seronoknya azza!! amboi2222...hehe.