01 Ogos 2012

Rumahku Terbakar!

Assalamualaikum, 


Ah asap! Rumahku terbakar! Apa nak buat ni?


Nauzubillah kalau betul betul terjadi. Tapi pernahkah kita terfikir jika betul betul terjadi. Apa yang kita harus lakukan? Kadang kadang semasa termenung bermuhasabah diri, bila fikir kan macam mana saat kematian ku, rasa berdebar..


Tapi bukan itu yang nak kita bincangkan. Marilah kita bincangkan apa persedian kita di saat kecemasan itu. Pantang mati sebelum ajal *eh betul ke peribahasa ni?*. Selagi boleh usaha, kita usaha. Bersediakah kita?


Pelan...
Buat pelan untuk keluarga. Kalau api bermula dari tingkat bawah, kita nak lari ikut mana? Kalau api mula dari depan, kita nak menyusup keluar ikut belakang? 

Kalau perlu lukis, lukis lah. Buat bentuk kartun supaya si kecil faham.


Kunci...
Ramai yang mengunci pintu pagar, besi tingkap dan grill pintu atas tujuan keselamatan. Tapi kalau kita sendiri jadi mangsa pintu/tingkap yang berkunci itu macamana? Bagi 'seminar kecil' bagi seisi keluarga lebih lebih lagi buat si kecil. Buat latihan amal sekali, boleh tak bebudak tu buka kunci mangga dalam 30 saat? Ce cek tah tah mangga dah berkarat ke.

Saya ni kadang2 duk dalam bilik sensorang, tetiba datang idea gila nak buat amali kecemasan. Berdesup amik kunci kat tempat simpan dan bukak kunci grill tingkap saya. Macam sawan ada gak. Nasib baik tak ada orang nampak hik hik hik. Syik sendiri gitu.


No Telefon...
Ingatkan sesisi rumah untuk hafal no kecemasan. Yelah 999 semua ingat tapi mana lah tau kan masa cemas tu semua lupa. Tampal la kat peti biar bebudak tengok no tu. Selain tu no mak ayah pun tulis besar besar kat peti ais.

Bomba dan penyelamat
HOTLINE:  999 
SMS: 03-88880964
Talian bebas tol: 1800 888 994


Erkk kat peti ais saya ada resepi kek je... aiyoh!


Alat Pemadam...
Di rumah saya pun tak ada alat pemadam rasmi tapi kalau ada yang mampu beli lah. Selagi boleh usaha kan? Kalau tak mampu cuba bincang/borak borak dengan family macamana nak buat kalau ada api yang baru nak menyala tu. 

Kat mana ada pili air terdekat? Baldi? Kain basah?


Selamatkan Diri...
Cari cara macamana nak meminimumkan kecederaan. Antaranya balut dengan selimut basah. Atau tutup hidung dan mulut dengan towel basah. Tunduk atau meniarap ketika menyusup keluar supaya tidak lemas dek asap. 

Tahukan korang yang asap akan memenuhi ruang atas dahulu. So cuba meniarap...
Tahukan korang kebanyakan mati disebabkan lemas, bukannya terbakar...


Selamatkan Barang...
Kalau hati kuat merasakan api tidak lah seserius mana, boleh ler bawak keluar barang yang patut. Hah sebab tu kita kena selalu kemas rumah, dan ambil tau di mana barang penting tersebut seperti, barang kemas, IC/surat beranak anak anak, barang sentimental, laptop (sebab data penting).

Tak kesah lah barang apa. Kepentingan tu lain lain setiap indiividu. Just make sure korang tau kat mana nak grab barang penting korang ni bila ada kecemasan. Make sure not more than 30saat.


Kursus...
Ha yang ni untuk manusia paling rajin la. Bomba dan Penyelamat Malaysia ada sediakan kursus juga untuk kita. 

Tak sure lah untuk family ada ke tak kan. Tak pun tengok je kat laman web Bomba dan Penyelamat atau cari video di youtube cara cara nak menyelamatkan diri pada saat kecemasan.


*Boring gila dengan blog sendiri sebab tuan blog malas nak tepek gambar


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

6 ulasan:

Mieya Atiera berkata...

nice sharing. Bak kata pepatah, malang tidak berbau kan?

~aYu~ berkata...

perkara-perkara buruk begini mmg kadang-kadang kita takut kalau ia terjadi. apa yg penting time tu jgn panik. tp masalahnya sy mmg cepat panik.. aiishh

naim berkata...

:)

TQ azza. :)

Selamat berpuasa.

maszull berkata...

assalamualaikum azza...menarik info ini mekacih yer...:)

Rapunzeel Cikilolo berkata...

tips memang membantu. thanks

Namee Roslan berkata...

persiapan awal walaupun kita belum kena lagi. thanks azzauntuk perkongsian ni.:) em tak pernah imagine umah terbakar tp umah pernah masuk perompak dulu..