06 Ogos 2012

Tunjuk Romantik

Assalamualaikum, 




Saya tak ramai yang dah baca tulisan Madam. Fauziah Mohd Noor, IIUM tentang anak muridnya yang mahu bercerai sementara inai masih di jari. Sayang bukan? Walau kita tak tau betul ke dia kahwin sebab terpengaruh dengan kawan kawan lain yang berkahwin awal, sebab kat UIA ni memang ramaiiiii sangattttt pelajar yang berkahwin awal, alhamdulillah.




Mungkin tak ada kesinambungan sangat dengan kes anak murid dia, tetapi dia menasihati pelajar lain jangan terlalu "over excited" bercerita tentang "kesedapan" berkahwin di facebook atau media sosial yang lain.



Entah. Sebenarnya saya dah lama dah pikir pasal ni. Tapi terkunci mulut. Sebabnya, kecoh sekarang dengan artikel-artikel tentang kahwin awal dan sebagainya. Jadi saya fikir, mungkin perasaan saya je kot yang sedikit merasa jengkel dengan cerita romantis itu. Jadi artikel ''elok berkahwen awal'' tadi menjadi tiket bagi mereka yang excited cerita dalam kelambu kepada umum.




Iya betul, kahwin awal tu bagus. tapi kita orang muda ni ambil point yang "sedap" sahaja... bukan tanggungjawab dan segala permasalahan yang lain.




Yang saya paling terkesan apabila membaca status lebih kurang begini:

"alhamdulillah, harini dapat tidur dengan en. suami setelah dua minggu outstation... :)"
like what?? kalau en.suami anda tau mesti dia pulak yang malu heheh!




Yang baru nak kahwin pulak lain cerita:

"bukan materialistik, tapi hantaran rmXXX K menunjuk dia bertanggungjawab ke alam perkahwinan kami alhamdulillah."
Okay, esok suami saya bagi rm10 K je menunjukkan suami saya tak bertanggungjawab, fine.




Yang belum nak kahwin juga tidak ketinggalan:


"buat bakal suamiku, saya cantik orangnya, kalau nak tengok boleh call abah saya"
Ceh padahal gambo dia banyak kat album facebook. Promote lewww teww...




Sebenarnya saya penat baca timeline di facebook yang tak ada benda lain sekarang ni, semuanya tentang indahnya perkahwinan. Dalam bulan ramadhan ni pun masih hangat lagi quot-quot cinta yang berlatarbelakangkan sedikit unsur Islamik sebagai cover, mungkin.




Ini baru cerita Facebook, belum termasuk cerita blogger lagi.




Mungkin sesuai dengan umur saya dan kawan kawan saya sekarang, semua dah fikir pasal kahwin. Blogger-blogger yang tengah naik sekarang pun umurnya sama lebih kurang dengan saya juga. So saya pun tak dapat lari dari topik kahwin ni. Kalau borak dengan kawan-kawan mesti ada selit jugak pasal kahwin, tapi pasal baju lah, hantaran lah, kasut lah, pelamin lah. Semua pasal fesyen haha. Tak ada pulak pasal sweet sweet pasal laki hik hik hik.




Anyway memang best baca pasal alam perkahwinan di blog-blog, status facebook, dan twitter. Cuma jangan melebih-lebih je. Simpan je sweet sweet dalam kelambu tu. Takut kang yang baca jadi lain pulak :)




**Gila tengok baju kahwin dekat blogger HattaDolmatCouture.




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

6 ulasan:

kemey berkata...

sy pon prasan jugak..da mcm trend pulak

AsyieqiN Rkey berkata...

time kaseh azza...aku pon duk tersekat2 nak tulis pasal benda nie..=.='

farra berkata...

hahaha..aku pon kekadang nak terjerumus ke arah perkahwinan..tp pk semula,takott!!!

naim berkata...

:)

najihahfara berkata...

dah jadi trend. kalau punah terdiam. baik sorok2. lebih afdal :)

Namee Roslan berkata...

em entah la azza. namee takut juga nak tunjuk2 ni. takut allah tarik balik kebahagiaan kita. :/ em dulu namee tunjuk juga bahagia gila namee tu tapi skang tak dah.