07 Ogos 2012

Budak dan Ruit Raya

Assalamualaikum,




Salam Nuzul Quran semua!
Dah muka surat yang keberapa dah ni?
Sekarang kita dah nak masuk 10 hari terakhir ramadan.
Banyakkan lah baca Quran dan try tak ponteng solat terawikh.
Erk semalam saya sendiri tak pergi terawih akibat tidur petang - kepala pening!




Wah dah nak dekat raya ni, mana yang dah bekerja mesti pening-pening jugak.
Huhu maklumlah bila pikir wallet akan mengempis di pagi raya nanti.
Sekarang ni asal dah kerja (walau kerja part time kat 7Eleven) macam wajib bagi duit raya.
Niat sedekah-bagus.Tapi hati yang pilu siapa tau kan.
Raya ke 5 dah start makan maggie pe citer?


Sebenarnya duit raya ni bukan budaya asal kita, samada Melayu atau Islam.
Kalau cina angpau nya mmerah, kita pergi tukar jadi hijau. Ala ala color lemang ketupat giteww..
Kalau niat sedekah baguslah. Bebudak pun suka, happy je menengoknya.
Tapi sekarang ni saya tengok dah lain macam je. 


Apa yang lain macam? Bebudak ni lah.
Pagi pagi raya yang semangatnya "duit" bukan semangat "raya".
Mana pergi budaya bermaafan? Salam terus mintak duit.
Tak kira anak sendiri atau atau anak sedata atau anak jiran.
Dulu masa saya, sepupu masa kecik kecik muka malu malu nak ambik duit tu.
Sebab orang tua dah ajar, pesan awal awal dah. 
Pastu kalau dah ambik, jangan lupa cakap terima kasih.


Sekarang ni, bebudak datang raya minum separuh cawan je.
Pastu salam mintak duit raya, sambil buat muka seposen.
Tapi tak nak la duit raya seposen.
Paling kurang rm2.
Pastu penuh halaman rumah dengan angpau kosong.
Dicampaknya depan depan rumah kita sambil pakai selipar.


Haku selipar jugak bebudak ni karang T__________T
Tapi bila pikir balik diorang tak salah.
Sebabnya.....


Saya sendiri saksi dimana budaya kumpul duit ni mendapat sokongan penuh dari mak bapak.
Mak saya pun ada lah juga tanya tanya 'berapa kumpul duit raya ni?' pastu kira sama sama.
Tapi yang saya lihat ni ajaib bebenor. Sebelum raya dah pesan siap siap...
Siapa dapat duit raya paling banyak dia lah terror.
Siapa dapat paling sikit kena ejek kakak abang sepupu sepapat.
Sebelum anak keluar rumah, berkali kali pesan 'jangan lupa mintak duit raya!'
Materialistiknya..... sedih.


Pagi pagi raya bila ada orang hulur kat anak dia, dia menyengih paling lebar.
Kenyit mata kat anak tanda good... (eh cepat ambil duit tu kau tunggu apa lagi)
Dah petang balik raya mengumpat sama 'eh pak manap tu kedekut la nak bagi duit raya...'
Mak bapak pun pesan jangan pergi lagi la kat rumah pak manap tu.
Kalau rumah pak hasyim bagi banyak, sama sama pikir macamana nak pergi umah tu lagi.
Motipppp??


Yelah gurau gurau juga, tapi anak kecik ni mana yang seronok tu dia dok ikut.
Kalau kita lupa nak pesan makna @ pengertian raya, macamana dia nak tau?
Patutnya pesan, raya ni peluang kita tolong yang miskin.
Sedekah pada yang susah, minta maaf kalau buat salah. Contoh la..
Kalau dapat duit raya, sebut alhamdulillah...


Nak happy kan bebudak, kenapa kita yang ajar diorang kalau dapat duit baru happy?



Pernah jugak dengar kes, mak ayah rembat duit anak tu pasal nak cover belanja raya.
Gasaklah diorang. Ambil hak anak.
Esok anak nak belajar tak ada duit belanja, menjawablah korang kat anak.
Patutnya collect duit tu masuk tabung haji.
Memanglah duit diorang tapi diorang tak reti nak menyimpan lagi.
Tapi kita lah kena ajar, kang tak pasal duit beli mercun jah.
Ambilah inisiatif bukak akaun untuk anak anak, kan lagi bagus.
Pernah dengar ada kawan, umur dah 18tahun baru first time bukak akaun bank.
Terkejut saya dengar. 


Eh dah melalut dah macam mak jemah.
Okay lah baca je jangan simpan dalam hati na.
My blog is just for sharing thought :)




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

5 ulasan:

:: Mrs.Eady :: berkata...

alhamdulillah duit anak duit anak :)

naim berkata...

hehe

Teringat zaman kekanak ribena dahulu. hehe

http://pemudattbc.blogspot.com/2012/08/dah-solat-tetapi-masih-buat-dosa.html

Mieya Atiera berkata...

Biasalah budak-budak. Duit raya jika mereka berjaya berpuasa penuh tu pon sebenarnya sebagai dorongan and pemangkin semangat untuk mereka berpuasa.

Namee Roslan berkata...

ramai singgah rumah sebab nak duit raya. yang tuan rumah beriya hidang makanan macam2 tapi diorang tak usik pun. haiyaa..

Botak berkata...

manusia ni memang pandai mereka sesatu., duit ok lagi, ni ada yang joget aidilfitri time hari raya., lagi lah teruk..