29 Ogos 2011

Persiapan Raya At The Very Last Minute.

Awas Zon Bahaya : Entry Berbaur Personal




Salam, 




Jam menunjukkan pukul 11.36 pm. Huhu, malam ni tak tido kot. Baju masih belum bergosok. Tutorial nak pakai shawl belum tengok lagi. Kain langsir baru je potong, jap lagi baru nak belajar cara jahit tepi. Fail tak saya?




Mak Teh tengok menyiapkan baju raya dia. Baju saya yang sehelai tu tak alter lagi. Baju besar gelobos kang ingat saya ngandung lak. Orang kampung ni bahaya sikit haha. Kuih raya masih dalam plastik. Tah lah, esok pas balik masjid baru hidang kot. Sapa datang awak nasiblah kena tunggu sikit anak dara ni hidang kuih.




Raya tahun ni tak meriah. Adik beradik Mama ada 10 orang, tapi separuh je yang dapat turn beraya kat sini. Yang turn kat rumah mentua semua stok yang ada anak berderet. Tak de budak rumah ni macam sunyi je. Kecian pulak tengok Daniel main mercun sensorang. Padan muka. Kalau tak dia lah yang hero. 




Ah sudahlah tu membebel. Nak ucapkan Selamat Hari Raya kat semua yang pernah singah blog Chempaka Sari. Love you all, XOXO, Chempaka Sari....

25 Ogos 2011

Peringkat Blog & Hari Ini Dalam Sejarah

Salam, 




Pertama Kebaboom!
Datang, terbaca semua artikel, sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas. Pastu follow dan bookmark sekali. Takut lupa url dia. Ni blog memang penulisan dia sangat best. Banyak pengajaran. Contoh, joul-zero, zack zukhairi, dan the other khairul.




Kedua Wajib Tayang
Follow dan wajib singgah hari hari. Sebab akut hari ini dalam kebosanan. Maka pastilah kena hiburkan diri dengan membaca blog mereka. Blog Ben Ashaari Si Sasa, Faiz Tapit Si Lembu, Ayeem Si Ayam dan Hamzah SI Ultromen. Wuwuw...




Ketiga Bloggerlicious 
Tak yah follow, tapi blog dia terkenal. Kalau ada mood tekan je nama dia kat google.Pastu baca blog dia. Contoh Cik Epal, Maria Elena, & Fatin Liyana. Malas nak follow,sebab tak memberi effect pun. La la la la...




Keempat Best Sangat
Follow dulu sebab suka at the first time. Bukak bukak entry je cam best. Best sangat sampai letak kat bloglist.  Blog yang best pasti menarik untuk menyinggah lagi. Kalau dia update entry baru ada la keluar kat side bar tu.




Kelima Baik Sangat
Follow sebagai membalas jasa dan budi baik. Sebab dia sudi follow blog saya. maceh awak. Kalau entry dia best berdasarkan tajuk yang keluar di dashboard, saya kelik lah. Kalau artikelnya best kebaboom saya baca dan komen, kalau best tapi saya takde pendapat saya baca sahaja dan jerit kat shoutbox. 




Keenam Terpaksa
Jenis terakhir, follow sebab kena paksa "dah follow awak, mesti follow saya balik okeyh!!!" Okay fine saya follow balik,kalau blog awak best saya baca lah jugak. Berdasarkan tajuk entry menarik di dashboar dan ikut mood nak singgah ke tak.




Tak Ada Dalam Peringkat
Jenis terkeluar "jenis", hehehehe... : p
Dah paksa pun tak mau follow dan baca entry dia. Sebab blog dia ada ciri-ciri macam ni ------> Blog Ini Harus Dikutuk. Maaf...




Er ni ada iklan, saya telah meminta tolong adik kecik saya scan gambar gambar lama, dalam setengah jam jugak lah dia buat kerja ni. Balik je dari pasar, wuwuuw inilah hasilnya...grr grr grr...




Pastu pastu pastu, nak tau tak semalam, ketiga-tiga kereta milik parents saya pancit tayarnya. Kereta papa pancit tengah jalan dan lagi dua kereta tetibe kurang angin pagi tadi baru perasan. Hmm adakah ini petunjuk bahawa kami tak payah beraya di kampung tahun ni? Uwa....! 




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

24 Ogos 2011

#15 Wordless Wednesday : Rindu Tapi Malu

Salam, 


Buat seseorang...



Ikea Flower by Papa Mama
Love Teddy by Roomate Atul
Keychain from London By Mr. Nice Guy



XOXO, Chempaka Sari
Yang Rindukan Kamu





Oh ya, jom support kawan kita di SINI-SILA-KLIK-KALAU-TAK-LAPTOP-MELETOP!

23 Ogos 2011

Wah, Semalam Menang Hari Ini Terus Dapat !

Salam, 




Saya ni jarang sangat masuk contest dan giveaway. Ni kali ke empat masuk selama 7 bulan berblogging ni. Adalah contest Cik Epal Black and White, saya dapat top 25. Pastu masuk contest Sandra Azwan yang tak tau bila pemenang diumumkan. Yang ketiga Giveaway Art Zone Baju Raya tak tau apa cerita jugak. Dan terbaru Giveaway Koleksi Beg Tangan Hana (klik).




Dan saya menang Giveaway Koleksi Beg Tangan Hana !


Saya mengerah tenaga semua kawan kawan marilah....
Mari beramai-ramai add dan follow blog beliau!


Mana tau kot kot beliau buat contest sempena Hari Merdeka ke,
Raya Haji ke, boleh lah korang join.
Ni pulak entry saya petua nak join Contest dan Giveaway.



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

22 Ogos 2011

Tolong, Cari Photographer Susah Kamu Tahu?

Salam,


Tolong baca sampai habis sebab susah gila nak buat entry ni dan nak tau pendapat korang, thanks babe!


Saya sedang mencari jurufoto yang boleh amik gambar. Huhu maksudnya gambar yang saya akan suka. Tapi rupanya susah gila! Sebab apa, ada yang rate mahal tapi gambar hampeh. Ada yang gambar cantik tapi rate mahal lah sikit. Ada yang gambar cantik, murah pun murah tapi tak available la pulak. 


Suka artwork dia. Pernah bekerjasama, fun! Style dia memang berkenan.
Kalau nak tengok gambar saya dan kawan yang diambil oleh Abg Ahmad ni boleh tengok di Girls day out: Farahana and friends picnic day PREVIEW. Preview je sebab kitorang buat password protected untuk full-view.


Hafizudin Hamdan
Gambar dia pun cantik, tapi tapi tapi.... kami kena konvo sama-sama hak hak!
Kat sini pulak, contoh gambar saya yang Mushi aka Hafizudin ni ambik -----> KLIK SINI.
Zaman tu memang dia amik RM70 je (even saya free) Tak tau lah sekarang jangan harap ler bawah RM200 hehe. Ni gambar blogger hot yang dia ambik ------> KLIK SINI.


Baru je tahu pasal dia, suggest by rakan. Ape pendapat korang?


Pernah bekerjasama jugak, tapi beliau major modelling photography...



Kekdahnya, saya nak korang yang dah alang-alang baca entry ni please share info mana-mana photographer yang kebaboom! Nak yang pandai ambik gambar event. Letak la diorang punya blog ke, facebook ke, tumblr ke. Paling penting jangan suggest macam Annas Easkey, Bakri Hafis Hisyam tak pun Kuku Besi. Kurus keding saya nak bayar nanti hehee...


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

21 Ogos 2011

Putus Asa Menulis

Salam, 




Saya dah putus asa weh. Malas sangat. Tak tau apa hala tuju dah. Komen banyak traffik sikit, traffik melambung komen pulak sikit. Bila dua dua banyak, follower tak ada. Huhu. Pelik kan? Manusia memang tak pernah berpuas hati dengan apa yang ada.


Masih dengan tudung 'indon' tak layak letak dalam blog. Yeke?


Cerita sebenar : Saya buat blog 3 Febuari 2011 dulu sebab nak log @ key in semua aktiviti yang dibuat sepanjang hidup saya. Tapi bila dah buat, malas pulak nak ambik gambar. Maaf saya bukan reti ambik gambar 24jam. Makan kat mana gerai @ hotel, saya lebih gembira menikmatinya sahaja dan rakam dalam kepala.


Contoh gambar yang malu la pulak nak tepek dalam blog.


So, macam mana nak key in data semua aktiviti dalan blog ni? Saya jadi malas. Nak jadi blogger fasionista pulak ke? Dengan tudung syria yang sama saya pakai hari hari ni? Nak Haram jadah pulak saya kena pakai eyeliner 5kilo plus contact lens dengan bulu mata pelesu. Pakai shawl simple pun malas. Huh!

Gedik tak hengat kang kena kutuk, sia sia je nangis depan  laptop.


Sekarang ni tulis je lah apa yang terlintas di hati.Dah nama blog personal je. Semoga 4 5 6 tahun akan datang blog ni masih wujud dan kononnya bolehlah kenang semula apa yang "terlintas di hati" pada waktu sekian sekian. Motif? 




**gambar album kita dala  friendster pun dah diremove kan?




XOXO, Chempaka Sari 
 Jika Suka Jom LIKE

20 Ogos 2011

Wajib Baca Segalanya Tentang Contest

Salam,


Haritu dalam entry Punca Tak Pernah Menang Contest saya telah menerima bermacam-macam pendapat yang bernas dari pengomen entry tersebut. Semuanya sangat sporting dalam melontarkan pendapat. Saya juga berniat nak design banner dan tepek di sidebar saya. Jadi saya memilih komen dari seorang blogger bernama Nida. Komen dia memang perghh.... mantap gila. Kira lengkap dia urai satu persatu isu yang ada dalam industri kontes mengontes ni. Hehe. Sila baca pendapat dia tentang isu Contest.


Komen Terbaik Blog Chempaka Sari
Nida berkata...


Salam Ramadan.
Melalui pemerhatian dan pengalaman sebagai peserta:

1. Ada yang suka masuk banyak tapi bak kata penulislah, entry kurang berkualiti.

2. Ada yang suka copy hak cipta orang lain untuk jalan pintas menang dengan mudah.

3. Ada yang buat bersungguh-sungguh dan boleh dilihat pada hasil penulisan entrinya.

4. Ada yang suka jadi peserta yang terawal (dengan harapan moga dapat hadiah peserta terawal).

5. Ada yang suka join di pertengahan atau last minute, terutama andai pemilihan dilakukan dengan random.org.

6. Ada yang suka masuk jenis contest kerana kebiasaannya konsep ini lebih berat dan memerlukan entri yang kreatif untuk menang, jadi peserta tidaklah ramai sangat, sekaligus persaingan kurang.

7. Ada yang suka masuk base lucky draw,giveaway sebab mudah dan tak pening kepala nak karang ayat berjela-jela.. kalau kalah pun tak rasa terkilan sangat sebab kebiasaannya hadiahnya pun simple.

8. Ada yang masuk sebab kawan yg anjurkan dan ada juga sebab hadiah yang ditawarkan.

Macam-macam jenis peserta dapat dilihat, namun begitu ada juga pelbagai jenis penganjur seperti:

1. ada penganjur yang serius, ambil markah secara details dan check setiap peraturan sama ada diikuti oleh peserta atau tidak.

2. Ada yang sambil lewa, tak terlalu strict janji masuk, ada entri biarpun kontot dan follow dan cukup.

3. ada penganjur yang hanya targetnya nak kumpul follower atau like page FB mereka sahaja.

4. Ada penganjur last minute baru terjah entri peserta, kemudian mulalah adili secara sepintas lalu.

5. Ada penganjur yang sudah awal-awal lagi ambil markah dan judge peserta mengikut kriteria tertentu.

6. Ada penganjur yang ambil pemenang dalam kalangan rakan-rakan rapat mereka sahaja, ketelusan pengadilan tidak ada.

7. Ada penganjur yang letakkan syarat yang mudah dan ada juga yang terlalu berat.

8. ada penganjur yang mesra peserta (inform pemenang) dan ada juga sebaliknya.

Apa-apapun lain penganjur dan lain peserta lain caranya, cuma sekadar cadangan untuk penambahbaikan buat semua:

1. Sentiasa melakukan yang terbaik, menang atau kalah adat pertandingan.

2. Nida juga amat setuju agar tidak digunakan random.org kerana kebiasaannya orang pertama dan paling last jarang tersangkut nombornya.

3. Namun kebaikan random.org pula ialah tiada istilah pilih kasih berbanding secara manual.

4. Pihak penganjur juga perlu nyatakan cara pemilihan pemenang, adakah sebara cabutan undi@random atau base on creative entry, alasannya terdapat sesetengah peserta menghabiskan banyak masa untuk menyiapkan satu entri, tapi apabila tiba masa pemilihan pemenang, kaedah random yang digunakan, dan bagi Nida ia tidak adil bagi mereka yang telah meluangkan banyak masa untuk menghasilkan entri yg kreatif.

5. Kalau boleh pihak penganjur juga perlulah letakkan satu tarikh pengumuman pemenang akan dilakukan agar memudahkan peserta untuk menyemak, kerana ada sesetengah penganjur yang hanya beri masa 24 jam untuk pemenang melaporkan diri dan andai tidak ada maka hadiah bertukar milik (terbayang andaikata pemenang tersebut ada hal emergency atau ada masalah yang tidak dapat dielakkan ketika itu) dan lebih baik seandainya penganjur dapat memaklumkan kemenangan peserta pada blog peserta itu sendiri atau penganjur boleh memanjangkan sedikit tempoh pemenang memberikan maklumat.

Pendapat Nida lagi, untuk menang tidak sukar dan juga tidak mudah...
1. Sentiasa melakukan yang terbaik2. Sentiasa berdoa.
2. Gunakan segala anugerah yang Tuhan kurniakan pada kita untuk meluahkannya dalam bentuk tulisan, seperti kemahiran berbahasa, kemahiran "membodek", kemahiran menggunakan segala macam software editing (PS,LR, Photoscape dan sebagainya).
3. Namun andai tersurat kegagalan, percayalah Insya Allah akan ada rezeki kita dilain hari, percaya pada Qada' dan Qadar.
4. Peserta juga perlulah rajin berblogwalking dan memberi komen pada blog penganjur.. andai tiada masa pun just say "hi" atau "salam".wallahualam.
(klik untuk berkenalan)


Apa pulak pendapat korang? Dah boleh buat entry kan? Malah lebih bermakna dari entry saya sendiri di Punca Tak Pernah Menang Contest. Tapi kan bukan dia sorang je tau yang hebat hebat ni, ramai jugak yang lain mantap dalam mengomen. Aak nilailah sendiri di Komen-komen Di Entry "Punca Tak Pernah Menang Contets". Cek cek cekidaut!



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

19 Ogos 2011

Lagu Paling Gembira Di Bulan Ramadhan

Salam, 




Kawan kawan jom karaoke lagu bst nak? Best sangat lagu ni. Sekarang ni bila dah jatuh cinta, kereta haruslah dipandu secara perlahan-lahan lambat sampai ke destinasi. Takut lagu Maher Zain cepat habis. Hehe. Erm pesanan buat seseorang individu , jangan pertikai kenapa masalah dan kesedihan saya tidak terpancar melalui facebook dan blog saya. Janganlah pertikai mengapa saya terus "Hahaha" di dalam blog ini. Tiada salahnya menyembunyikan kesedihan yang dihadapi, minta simpati dan perhatian is not my way. Its yours.


Gambar sebelum, gambar tunggang langgang menggambarkan hidup yang tiada arah.


I have my own solution and please let me tell you this, bila ada kesedihan kembali lah mencintainya. Bulan baik ni bukan untuk pertikai sesiapa, bukan buat sesuatu seperti bulan bulan lain. Rujuklah Dia, Dia yang terbaik. Bukan tiba-tiba. Kalau tiba tiba pun tak ada salahnya. Hear this dear, my favorite song. Kepada yang lain juga, dah alang alang terbaca ini entry jom unmute speaker laptop awak dan tekan play.Tak kan menyesal punya. Inilah lagu kemenangan bagi saya. 


Lagu ni best sangat, dengar je intro dia kalau malas, okay?




Turkish
Gönüllerde hasretin var
Yürekler aşkınla çarpar
Sensiz dünya bizlere dar
Selam sana ey kuddusi yar
You are missed for many days 
The hearts beat with your love 
The earth is narrow without you 
Peace be upon you Oh holy love (or my beloved)


English
Where submission , faith and patience
You conveyed the noble message
Brought this light through your guidance
Peace be upon you my beloved


Arabic
Ya habibi, ya muhammad
Ya nabi salam alayka
Ya rasol salam alayka
Ya habib salam alayka
Salawatu Allah alayka
Oh my love, oh Mohammad
Oh Prophet peace be upon you
Oh Rasool, peace be upon you
Oh my love, peave be upon you
Praises of Allah on you


Urdu
Teri muhabbat ki mehak say
Yeh zameen o asman abaad hai
Rehmat ki barsaat aati hai
Dil o jaan ya rasul allah
From the fragrance of your love,
The earth and the skies have prospered
And the rain of mercy have poured upon us
My heart and soul is for you, ya Rasool-Allah


Arabic
Ayoha al mokhtar fena
Zadana al hobo hanena
Geetana bel khayr dena
Ya khetama al morsalen
Ya habebi, ya muhammed
Oh the chosen one among us
Love has increases our longing
You came to us with the best of religions
Oh the seal of the Messengers
Oh my love, oh Mohammad


Arabic
Ya nabi salam alaika
Ya rasol salam alayka
Ya habeb salam alayka
Salawat Allah alayka
Oh Prophet peace be upon you
Oh Rasool, peace be upon you
Oh my love, peave be upon you
Praises of Allah on you


Habis

Gambar selepas, cahaya keimanan terpancar di wajah InsyaAllah. Eh makin gelap je wajah, mungkin cahaya itu bakal menyinari kehidupan kita kelak.




Enjoyz!



XOXO, Chempaka Sari 

 Jika Suka Jom LIKE

18 Ogos 2011

Marilah Kita Bersama Meringankan Beban Warga Islam Somalia

Salam, 







Sedih, pilu tak tau nak cakap apa, sejak dua hari ni Ben selalu siarkan video tentang kebuluran di Somalia. Kecian sangat. Ada lagi manusai yang berkeadaan macam ni di luar sana. Saya ingat hanya boleh bersimpati dan tak boleh buat apa apa. Siapa kata? Kita boleh mnyumbang tau ke dalam Akaun Maybank no  (5621 4270 8704) atau Akaun CIMB (1259 0000 804 058), dan fax mereka bank-in receipts di nombor (03-8948 7339) atau email kan receipts itu ke info@irmblog.org.





Kalau korang ada tengok video tu, memang sedih. Vulunteer omputeh tu pun menangis teresak-esak melihat sepasang kanak-kanak yang mengherat badannya ditanah akibat tidak boleh berjalan. Umur mereka sudah 7 tahun, tetapi badan nya hanya sebesar kamera milik cameraman program tersebut. Pilu. Mereka orang Islam, tetapi nasibnya tidak sama seperti kita yang dilimpai kemewahan setiap hati.


Santai Bersama BEN ASHAARI


Dah macam program Bersamamu pulak entry ini kan? Mesti bosan kan? Sikit sikit minta derma, minta bantuan. Sekali kita rasa bosan, 1000 kali orang yang menderita disana mengharapkan secebis makanan untuk dimakan sekali sekala. Jauh sekali nak mintak rumah, ubat atau baju, makanan untuk mengalas perut ketika berbuka puasa pun mereka tidak mampu.




Apa kata esok kita skip membeli belah juadah berbuka puasa di bazaar ramadhan, sebanyak mana yang selalu kita habiskan, sebanyak itulah kita salurkan ke akaun bantuan Akaun Maybank no  (5621 4270 8704) atau Akaun CIMB (1259 0000 804 058), ala pergi je cash deposit kat cawangan memana. Senang kan? Bak kata Ben, untuk traffik pahala kita laju sikit bulan ni...




(Nak join? Klik sini)






XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

Entry Kutuk : Tak Suka Blog Ini

(perhatian entry ini hanya gurauan)



Salam, 


 
Suatu hari aku termasuk kat satu blog ni. Terkejutnya tetiba ada auto pop up message berbunyik "SeLaMAt DataNg Ke bLoG LaHAnaT SaYeW" Huhu menyampah tau. Tak usah ucap selamat datang lah wey. Tak pasal2 aku kena klik button "Ok" untuk meneruskan aktiviti ni. Padahal aku tak "OK" pun dengan blog camtuh.




Pastu bila dah bukak masyaAllah, serabainya blog kau! Rimas mata aku nyah. Hutan belantara apakah ini? Iklan banyak bebenar. Siap ada daun berguguran konon macam Autumn in My Blog la gak nye. Nak scroll ke bawah, alamak asal scroll dia cam tak melekat ar dengan cursor aku? Dah lah dia g tukar cursor aku jadi bentuk pelik siap ada tulisan keliling cursor tetulis "cegampang pusing pusing" eh tau pulak kau haha.


Kot ye pun suka sangat dengan Domo tu tak ada templat lain dah ke...


Pastu nak tekan "Go" kat shout box dia pun susah. Cursor aku jadi pening gila. Aku pun dah naik pening. Yang merimaskan aku ada gambar bapok ala ala manja pulak kay sebelah kiri blog tu. Dok sibuk welcome to the blog, siap pesan lagi follow dia kalau suka. Adeh rimasnya.




Ah dah lah, kang terlupa pulak niat aku nak baca entry dia. Padahal itulah tujuan asal aku. Maklumlah banyak sangat gangguan kat blog tu. Sekali bila nak baca berpinar woo mata aku. Tak ada color lainkan tulisan tu selain warna biru cair? Nak kena pakai cermin mata 3D ke apa ni?
KoRuNkkkkk! RaMai sAnGaT tAnYeW sAyeW LaGu aPeW dAlAm bLoG NiEw. jAwApAnNyEw, BiG BaNg - hArU hArU. TekEw kEnApEw sAyEw sUkEw LaGuW nIeH? sEbAb sAyEw sUkeW sEsUAtU yAnG hArU dAn BiRoO! HeHe


Tulisan gedik kecik besar kecik besar je mata aku tengok. Tak jadi lah nak baca. Aku sayang lagi mata aku. Aku terus unmute speaker laptop aku sebab nak jugak layan video yang dia post kat entry dia. Ala video MAX 24/7 kumpulan Kpop yang made in Malaysia tu. Mak oii terkejut beruk gak ah sebab bukan satu lagu yang berbunyi keluar tapi dua. Dah macam parti tamil plak dah. Aku try cari button pause kat Gratisan Musik dia. Harem tak de. Apa motif die letak video tadi tu?




Then, aKu nak komplen pasal blog dia kat bahagian komen. Tekan je komen terus blog tu loading sekali lagi. Habis quota broadband aku camni. Bayar balik weh! Asal tak buat popup comment oi...tadi kau jugak yang bagi arahan kat shoutbox aku suruh datang blog kau, komen dan follow. Tapi blog kau ni macam nak menghalau orang je. Kalau tak nak orang datang cakap awal awal.


Siap tak bagi right click. Ingat aku tak leh Ctrl C + Ctrl V ke?


Masa lepas loading tu terkeluar lagi ayat kat auto popup message "SeLaMAt DataNg Ke bLoG LaHAnaT SaYeW". Eii geli pulak aku baca banyak banyak kali. Eh dah lah aku dah tak larat dah ni, lantas aku pun terus menekan PANGKAH. BYE!




Kalau korang nak jugak merasa kesiksaan itu silalah lawati blog parody http://terok.ayeemayam.com. Sure sakit hati Hahaha. Syabas Ayeem. Idea ko genius gak, boleh aku luahkan perasaan yang terbuku selama ni. Thanks Ayeem!




Kalau nak tips sempoi boleh tengok kat sini pulak http://pusatkajianblog.blogspot.com




XOXO, Peminat Blog Ayeem Ayam
Jika Suka Jom LIKE

17 Ogos 2011

Entry Hampeh

Salam, 




Saya tak tau lah benda ni dah lama atau baru je lagi. Sebab blog saya tak sampai setahun pun lagi. Dah macam trend blogger buat entry tanpa usul periksa. Entahlah, kali pertama baca macam tak nak percaya. Tapi bila dah dalam dashboard sampai 20 entry yang sama, rasa macam terpaksa percaya.




Apa-apa pun saya malas nak buat entry yang sama walau ia berinformasi terkini kononya. Sebab tak tau benda betul ke tidak. Memang rasa excited je nak share berita panas.Tapi.... bila pikir panjang kesian kepada mangsa yang tak salah. Kita pun tau berita tu betul ke tidak, main sebar je.




Baru ni, perusahaan kek lapis hampir lingkup disebabkan fitnah yang mengatakan semua kilang kek lapis kat sarawak tu guna butter Golden Churn tu. Alahai, dah tertutup rezeki orang. Kecian dan nak dekat raya ni kene tanggung kerugian pula.




Khas kat cik anon, aku gedik kan? Meh aku gedik betul betul.


Pastu produk Simply Siti pun jadi mangsa. Tak pasal jadi fitnah. Tah sapa yang yang bagi gambar surat tu kan. Kecian buruk je nama Siti. Tak ketahuan hala, perihal tudungnya pun jadi isu besar bila dah kutuk artis tu.




Ala banyak lagi lah, macam Starbuck, Secret recepi dan macam-macam lagi. Yang na sebarkan sila cek dekat pihak berkuasa dulu. Unless awak nak sebarkan Entry Hampeh.




XOXO, Chempaka Sari 
 Jika Suka Jom LIKE

16 Ogos 2011

#14 Wordless Wednesday : Sogo Dah Nak Tutup Esok

Salam, 


Raya lambat lagi woi...huhu.
Balik balik masak untuk berbuka weh.
Papa cakap, macamlah Sogo dan nak tutup buat selamanya.
(-_-')


They were shopping like there is no tomorrow.


IKLAN:
Kesal semasa majlis berbuka puasa tadi di masjid.
Kami sekeluarga tak dapat makanan dan tempat duduk.
Sebab apa saya kecewa?
Will be updated soon.




Sekarang kena cool je.
Ramadhan is cool!



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

15 Ogos 2011

Punca Tak Pernah Menang Contest

Salam, 




Saya tau ramai yang baca ni suka join Contest dan Giveaway kan? Ada antaranya mempunyai blog yang khas untuk entry contest dan giveaway ni. Malah sehari boleh join 8 -12 contest. Wow! Semakin banyak contest yang join, semakin besar peluang untuk menang. Tapi malangnya nasib tak selalu cerah, hujan gerimis di tengah jalan. Sudah berpuluh contest yang kita masuk pun, still tak pernah menang apa-apa...




Sebabnya...




Tak Serius
Tak serius ni tergolong didalam blog yang tak mesra pengguna. Bila pihak admin nak review entry awak, dia terpaksa tutup sebab blog lambat loading. Mungkin juga sebab ada lagu kuat sangat ataupun tulisan susah nak baca. Apa pun, point Tak Serius ni awak boleh baca kat entry ni Tips Mudah Ringankan Blog dan Petua Teknikal Supaya Orang Lain Komen & Follow.




Tak Besungguh
Kadang kadang ramai yang buat entry sebab nak promote blog dia, product dia, atau apa sahaja. Mesti ada kepentingannya kan. Sebab tu kita kena tag kawan dan letak link blog dia. Ada contest kena buat review blog atau product, tapi dengan malasnya kita cuma tepek banner dan letak link je. Kalau macam ni tak dapatlah impress pihak admin. Orang tua-tua cakap "Nak lebih, kita kena beri lebih".  Apa salahnya kalau kita buat bersungguh sungguh kan.




Tak Ikut Syarat
Ha yang ni banyak jugak berlaku, admin suruh follow dia tak follow. Admin suruh tag 2 orang kawan, harem dia tak tag. Admin suruh review, satu ayat pun dia tak ulas. Hehe. Pastu bila ada blogger lain yang buat bersungguh-sungguh buat entry, dia kata bodek pulak. Hehe saya pernah buat giveway lima banner free. Kelima-lima pemenang memang ikut syarat dan impress saya sebagai admin. So adil lah kan?





Tak Berkualiti
Disebabkan terlalu banyak join contest, entry yang dibuat sambil lewa sahaja. Maklumlah sehari masuk samai 10 contest, tak ada idea dah nak tulis apa. Jadi buat ala kadar je. Ini juga mempengaruhi keputusan admin nanti. Biar masuk sedikit tetapi berkualiti ye. Saya ni cakap sebagai pemerhati je, jarang join contest sebenarnya. Hehe.




Tak Win Win Situation
Yang ni mungkin sesetengah admin sahaja. Mereka juga mengambil kira kemajuan blog yang join contest itu. Mungkin blog yang ramai follower, atau blog yang menderu trafiknya. Bila admin beri kemenangan kepada blog yang best, automatik ada dapat menumpang kemajuan blog tersebut. Kalau nak menang, silalah majukan blog dengan rajin blogwalking, rajin komen, rajin buat entry bagus dan rajin ping blog.





Okay itu pendapat saya je, lain orang lain citarasa. 
Menang tak menang belakang kira, yang penting buat yang terbaik.
Kalau ada pendapat lain beri lah kat komen nanti saya tambah okay.
Cadangan terbaik akan dapat banner free dan dilekatkan di sidebar blog ini.
Sorang nk bagi pendapat banyak-banyak pun tak apa, malah amat digalakan.




Terima kasih.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE