12 Ogos 2011

Sekolah Bertingkat-tingkat, Sengal Berlapis-lapis

Salam, 




Salam Jumaat semua. Selamat solat jumaat jugak kat pria-pria. Ambik wudhuk tu betui betui, jangan tinggalkan beberapa mililiter kat dalam mulut macam yang Ayam Jemain pernah buat tu. Entry ni gua nak lepas geram beb kat orang yang "sekolah bertingkat-tingkat, sengal berlapis-lapis". Sebenarnya tagline lagi sedap kalau perkataan "sengal" digantikan dengan perkataan "bodoh". Tapi tak pe lah. Siapa kita nak cop orang lain bodoh?




Maksud Sekolah Bertingkat-tingkat, Sengal Berlapis-lapis ini adalah yang macam pandai tapi mentality macam dibawah lubang jamban. Mereka pergi sekolah, mereka pergi university tetapi hanya fikirkan kesenangan diri sahaja. Tidak pernah memikirkan tentang orang lain pun.



Harini gua bengang. Bengang dengan manusia yang parking kereta tengah jalan sementara tunggu anak diorang balik sekolah. Eh beb, kau tak tahu ke beb, kat belakang ada beratus ratus kereta lagi tunggu kau beb, kau tahu tak ada simpang trafik light yang tak jauh di belakang, kereta semua tak boleh jalan walaupun trafik light tu hijau beb? Apa banyak beb lah. Ah gasaklah. 




Gua betul betul tak paham dengan orang macam ni. Anak rajakah yang nak kene tunggu depan pintu pagar sekolah. Tak reti ke nak parking kat tempat yang jauh sikit tapi boleh menyenangkan seluruh penduduk Bandar Bentong ni. Lepas tu sebab nak senangkan diri sendiri, kat situ jugaklah kau nak buat U-Turn. What??? Again, you were such an excellent trouble maker. Kalau kat sekolah rendah ke tadika ke, gua boleh consider lagi. Ini sekolah menengah! Kalau anak lu dah tingkatan 6, memang FAIL lah kan.




Ah dah lah buang masa je tulis entry ni. Huhu. Mesti ada yang tak suka gua marah-marah macam ni, nak pulak di bulan Ramadhan bulan kesabaran. Eh tak lah marah, gua tulis je bagi mengelakkan gua tersembur api kemarahan gua kat orang sekeliling. Tulis kat blog boleh buat kita tenang kan. Gua pandai la kawal kemarahan gua. Tadi pun gua hon kereta 2 kali je. Walau paling banyak dalam record gua, tapi kira sikit lah kan bagi orang lain huhu.




Cerita pasal hon, disebabkan gua hon tadilah trafik jadi smooth. Macamni, tadi kan tak pasal-pasal ada satu kereta wira putih tu lembab semacam. Kereta lain pun ikut je macam bodo. Gua pun layan je sebab hati masih bengkak dengan kereta yang parking tengah jalan tadi. Tetiba tersedar dari lamunan, gua tak semena-mena hon. Gua pun terkejut dengan tindakan drastik gua. Pastu apa lagi, kereta wira putih tu terus pecut laju. Dan, kereta lain pun happy. Semua penat agaknya, tak teringat nak hon kat kereta lembab tu.




Gua hero hari ni beb. Then, we all lived happily ever after.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

11 ulasan:

AsyieqiN Rkey berkata...

kahkah..terbaek azza!!!

saya_arief berkata...

sabar2..wa pon bengang jugak kalau kene macam tu..
haha.
:D

HARITH ISKANDAR berkata...

mmm sabar sabar,jangan marah2 :)
jom kite pakat2 tegur dorang jom,mn lah tauuu kot2 sedar silap dlm bulan mulia ni :)

ku-cit berkata...

tapela sekali sekala kt marah... org kata kalo kt marah kt kene luahkan kemarahan kt, tp kalo malu jgn kt tunjukkan kemaluan plak...
slamat berpose...

O'gosh berkata...

mmg depan sekolah la slalu ada benda2 'sengal' macam ni..kang marah kata x memahami..hehe

si Bella Bilot berkata...

hakhak. nak jugak bangga jd hero. piiiirahhh azza. :P

FaKArePa!n berkata...

frasa feveret untuk dihamburkan kepada kawan- kawan masa zman skolah dulu..hek3

Acik berkata...

memang lar selalu ada aje yg camtu, kan! acik panggil org gitu ss - stupid selfish! kehkehkehhhh ... kurus pahala pose aku! huh!

suka ngan ending entri - live happily ever after! Gud one! :)

Ubi Kentang berkata...

weeeitt! encik hero..
can i be ur heroin? hikhik

Mr.Thinker@Ali berkata...

inilah dinamakan kebodohan melampau puak tuli. bolehkah? kekeke. abaikan. sememangnya tindakan anda itu bersesuaian dgn keadaan. jika tiada orang menegur akan kealpaan si pemandu itu, anda harus lakukannya. tahniah hero! :p

NMH berkata...

agak ah..dat day ada gak kereta camtuh stop tengah jalan kot semata nak beli pampers je pon sebab kedai tuh tepi jalan..macham anak raja je