02 Ogos 2011

Ikhlas Tak Ikhlas

Salam, 




Lebih Ikhlas Lebih Best!


Alahai, nak belanja konon, ikhlas ke? Buat dosa je kalau nak menunjuk.
Kalau tak ikhlas baik tak payah nasihat... Cermin diri sendiri dulu.
Ustaz tu charge rm5 untuk upah ajarkan mengaji kat anak aku. Tak ikhlas langsung.


Seperti di dalam entry saya sebelum ni yang bertajuk Hati Yang Baik Disayangi Orang, saya nak ulas lebih detail tentang orang yang selalu guna alasan agama untuk kelihatan berkuasa. Nilai agama yang saya pilih ada konsep IKHLAS dan kekuasaan yang saya maksudkan dalam entry ni adalah, KUASA UNTUK NAMPAK DIRI MACAM BETUL. Bahahahaha...




Berdasarkan ayat biasa di atas yang masyarakat kita selalu hamburkan kata-kata ni kepada orang lain, jelaslah bahawa mereka ini mempunyai sifat dengki dan berhati kotor.  Dengan sinis mereka mempersoalkan tahap keihklasan orang lain. Tahukan mereka, hanya Allah sahaja yang dapat tau status Ikhlas seseorang itu. 




Ikhlas ke nak belanja?
Ikhlas ke nak nasihat?
Ikhlas ke nak mengajar?
Ikhlas ke nak menderma?




Udah udah lah tu mempersoalkan orang lain. 
Bosan lah dengar pertanyaan macamni. 


Terlalu sibuk buat kejahatan sampai tak ada masa nak lihat kebaikan orang lain. 


Ini petikan dari seorang ustaz dalam ceramah di radio Pahang petang semalam.




Untuk ayat di atas tu. Biar lah saya jawab. Orang nak belanja, terima sahaja. Kalau tak nak terima lebih baik diam. Janganlah kita canang kat orang lain betapa tidak ikhlasnya seseorang itu apabila beliau berbuat baik. Siapalah awak nak menilai keikhlasan orang lain. 




Nak nasihat pun perlu khlas? Iya mungkin. Tetapi kalau ia bawa kebaikan untuk awak, hmm tak payahlah nak persoalan ikhlas atau tidak. Ambil point nya sahaja okay? Kalau nasihat yang ikhlas macamnana pula? Ce citer ce citer. 




Untuk contoh yang ketiga, ketahuilah awak Ustaz pun manusia juga. Ada anak isteri dirumah untuk diberi makan pakai. Ustaz bukanlah ada magic bila berdoa terus jatuh sekampit beras di atas sejadah. Saya tak begitu paham bila orang kurang nilai agama cuba mempersoalkan keikhlasan orang yang terang-terang lebih ilmu agama daripadanya.




Satu perkara biasa bila ada orang kaya menderma di majlis keramaian di atas pentas, "orang miskin" di bawah ni saling berbisik mempersoalkan "ikhlas tak ikhlas" orang kaya itu menderma. Sekali lagi, siapalah kita. Kalau dia menderma satu juta, kita derma berapa ringgit ya? Hmm. Tu semua urusan Allah. Pahala tu kan kerja Allah.




Itu hanyalah sebahagian, ada banyak lagi contoh kalau nak uraikan satu-satu memang boleh tercabut keyboard, huhu. Pengajaranya, kita cermin diri sendiri dahulu sebelum suka menempelak orang lain tau. Diri sendiri kena ikhlaskan diri sendiri dulu dan kemudian pandanglah kebaikan orang lain juga. Antara benefitnya, cuba tengok Lebih Ikhlas Lebih Best! Bahahaha!




* Entry muhasabah diri ni khas untuk diri sendiri je bukan ditujukan kepada sesiapa. Chempaka Sari tak marah sesiapa pun di bulan puasa ni hik hik hik.




* Saya juga percaya ramai yang tak habis baca entry ni dan terus beri komen, tak apalah ye. Yang penting saya rasa puas dapat nasihat diri sendiri pepetang ni.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

17 ulasan:

akoo pae berkata...

hm btol3.
susah nak tau org ikhlas ke tak sbb nak tau tu umpama mcari semut hitam,atas batu yang gelap warnaynya di waktu malam..
huhu

H.J berkata...

baru nak jadi yang ikhlas la..aha

rara pinkmafia berkata...

cempaka sabar eh,bulan2 puasa tak elok marah2.hehe

Rtp Farra Arisha berkata...

we should be very sincere in everything we do! :)

Chempaka Sari berkata...

Rara, eh mana ada marah.. hmm mesti salah faham ni huhu.

CIK FERRA AWW berkata...

lagi sedih bila ikhlas ke tak beribadat. hanya nak riak, ambil gambar letak kat tontonan umum baik tak payah. ramai cmni skrg. sedeyyyh

naim berkata...

Bagus.

Memberi upah kepada ustaz adalah harus


good point. terus menulis kerana Allah. Semoga Penulisan anda diberkati...

Usahawan Muda berkata...

jemput ke blog usahawan muda. http://biznesshoppe.blogspot.com/

Gee berkata...

ikhlas kan diri dalam setipa perkara..(^_^)

ArulchelseA berkata...

ikhlas ni tk perlu di cakap.. diam2 je...

iMBobo berkata...

nampak keikhlasan entry ni heehee

.izzati liyana. berkata...

mm, masing-masing perlu muhasabah diri balik. lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ni. kadang-kadang kita tak sedar apa yg kita buat tu ada org lain tak suka ke. memang tak patut ke. manusia perlu diingatkan. and thanks for this entry. tak pernah fikir pasal soal ikhlas tak ikhlas ni. kadang-kadang terlepas cakap jugak tapi sekadar bergurau dan takde maksud lain.

Chempaka Sari berkata...

thanks Izati dan Naim, komen kamu amat bermakna...thanks juga yang lain.. sudi komen entry saya, semoaga kita sentiasa ikhlas dan tidak kerap mempersoalkan keikhlasan orang lain. hihihi.

ayanuts berkata...

Terlalu sibuk buat kejahatan sampai tak ada masa nak lihat kebaikan orang lain. ...ske dgn apa yg ustaz tu ckp

Jay berkata...

andai orang bertanya pada kita di mana ikhlas itu terletak dalam diri kita...mesti kita akan jawap di hati kan..tapi ikhlas bukan saja terletak di hati ia terletak di mana2 dalam kehidupan...dan hanya allah dapat menilai segala keikhlasan yang ada pada hambanya..
janganlah sesekali mengata orang yang sedang ikhlas berbuat baik sedangkan kita berbuat dosa dengannya.ikhlas tidak ikhlas itu urusannya dengan allah..biar allah yang tentukan segalanya..:)

kaizen berkata...

agree!!! ikhlas tu antara tuan punya bdan dgn Allah...

*tp ade jugak yg jenis menunjuk2 nih... hehehe peace no war...

latest entry WW : Korg Ade Cikgu macam ni?? & Urban : Camera Paling CANGGIH

Aimie Diyanna Benignant berkata...

Setju.. Keikhalasan sebenar tak dapat dinilai dgn mata kasar. kerana itu urusan kita degn yang maha esa :)

Cik C.M, ANDA DALAM ENTRY NI : http://imedianna.blogspot.com/2011/08/akhirnya-dia-menjadi-milik-saya.html