02 Ogos 2011

Orang Yang Baik Hati Disayang Orang

Salam, 




Surat buat Mr. Nice Guy,




Buat orang yang baik hati, saya teringin nak jadi macam awak. Boleh tak nak cakap, awak yang saya kagumi. Macamana nak jadi orang yang berbudi pekerti macam awak ye. Hormat orang tua, pandai bergaul dan sopan je. Tanpa memilih pangkat atau darjat, makcik cleaner pun awak tegur juga. Melihat cara awak tu, sedikit sebanyak buat saya kagum lalu mengikut mana yang mampu. Awak tau tak, sekarang bila lalu kat mak cik cleaner yang tengah mop lantai saya dah pandai mintak lalu dan bagi salam. Terima kasih awak.




Melihat cara keluarga awak, tak hairan lah kenapa awak begitu berbudi bahasa, sopan santun dan ringan tangan. Lihatlah bagaimana adik adik awak melayan tetamu. Walau tiada mengena, mereka pandai layan orang yang lebih dewasa. Kagum saya. Ibu bapa awak berjaya membentuk awak dan keluarga menjadi manusia. Tak perlu kaya, tak perlu cerdik pandai, tapi  kualiti seseorang yang ada sifat kemanusian memang ada pada awak.




Awak, saya tak tau berapa lama saya dapat mengenali awak. Kalau takdir mengatakan kita berpisah, saya redha. Tapi segala ajaran positif dan kebaikan awak akan sentiasa saya kenang dan amalkan. Iya, mungkin susah nak kekalkan semua sekali, dengan segala ajaran dan pengaruh yang sudah serasi bersama ni. Sekurang-kurangnya saya cuba.




Awak tau tak, ada satu ajaran awak yang saya tak boleh nak ikut. Iaitu sentiasa hormat orang lain. Iya saya tak boleh. Selagi ada yang tak hormat saya, saya tak boleh hormat orang tu. Sangat susah awak. Walau besar mana pun jasa dia pada saya tapi pada masa yang sama asyik buli, tunjuk kuasa dan pandang rendah pada saya, saya terpaksa kurang ajar. Entahlah, kuasa-kuasa negatif yang membelenggu bertahun-tahun sejak kecil dah berjaya meresap dalam diri ini.




Teori awak mengatakan "kalau kita hendak senang, kita hendaklah sentiasa menyenangkan orang lain dahulu, InsyaAllah dipermudahkan kerja kita". Saya pegang kata-kata tu awak. Bermakna sangat. Bila saya rasa berkira nak tolong orang cepat-cepat saya ingat balik nasihat awak, tangan jadi rajin, hati saya akan tenang semula. Malah kalau nak marah pun rasa sejuk semula. Awak berilah lagi aura positif awak lagi. Kalau bukan untuk orang yang selalu pandang rendah pada saya, saya akan cuba amalkan sikap positif tu pada orang lain yang tak cari pasal dengan saya.




Awak, tau tak kat luar sana masih terlalu ramai yang guna alasan agama untuk terus mengekalkan kuasa mereka. Ia memang betul tapi kalau berfikir dari satu pihak je susah lah kan? Rakyat kena hormat ketua, isteri kena hormat suami, anak kena hormat ibu. Yang berkuasa tu tak perlu hormat yang dibawahnya kah? Bukankah Islam itu mengajar kita dari segala aspek. Islam itu Syumul. Tak mengertikah mereka?




Kesimpulannya, saya redha apa pun yang mereka nak tuduh awak. Mereka halang awak, mereka pandang rendah pada awak, mereka caci awak. Saya percaya mereka belum kenal awak. Saya sumpah dengan nama Allah, mereka akan sedar kebaikan awak dan terpaksa meminta pertolongan awak bila mereka memerlukanya. Pada masa tu awak macam biasa tidak akan menolak untuk membantu sesama insan. 


Alhamdulillah....bertuah ibu dan bapa awak dapat anak macam awak.




╲╭━━━━╮╲╲╭━━━━━━━━╮
╲┃╭╮╭╮┃╲╲┃Selamat menyambut
┗┫┏━━┓┣┛╲╰┳ bulan Ramadhan
╲┃╰━━╯┃━━━╯╰━━━━━━ ╯
╲╰┳━━┳╯╲╲╲╲╲╲╲╲╲
╲╲┛╲╲┗╲╲╲╲╲╲╲╲╲





**Apa khabar Kak Faa sekarang ye, dan agak-agaknya alarm key kereta dia yang dibaiki oleh awak tu okay lagi tak? 




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

10 ulasan:

teha berkata...

beruntung la..ada jodoh tak kemana.. kenapa? ada org kata apa? tp mmg betul iklan tv tu.ank2 ni ibarat kain putih.ibu bapa la yg mencorakkannya..peribadi seseorang tu terbentuk dr rmh.mcm2 sy tgk kwn2 sy..

hoih tetibe sebak tulis komen ni pehal??

T______________________T

zaRain berkata...

baru je pk n ckp sal hal ni azza.. mmg kagum sgt ngn org cmni..saba..n sntiase jadi diri dia.. kdang2 ada satu masa yg kita tepaksa pertahankn diri (dgn niat nk bela diri sndri) tp akhirnye dibenci sbb ape yg kita wat.. tp..bile terus menerus senyap plak..smpai bebile pon kena tindas..

aimie amalina berkata...

cooomeeeiii!nye omel2 ramadhan die ye :)

Chempaka Sari berkata...

Bahahaha Teha, malu je ada gak orang nak baca entry sentap ni. Jodoh kebendanya huhuhu. Malu i.

Aimie, Thanks aimie..

Zarain, kagum kan? kita ni serba serbi tak tau nak buat apa, pertahan salan, senyap kene buli pula.

Jay berkata...

selagi hati bersih,ikhlas...insyallah akan sentiasa menjadi ikutan....semoga azza dapat menjadi seperti itu..insyallah...

Azuan berkata...

bagus lah kalau macam ni...

Zul Fattah berkata...

erk.. no comen.. jodoh di tangan Tuhan kn?

Jo Qusary berkata...

Tenkiu utk entri neh... dulu aku pernah sukakan seseorg tanpa mengira apa pangkat dia, berapa byk harta dia dan siapa diri dia... aku tak berani dedahkan kat org lain siapa diri aku sebenarnya sebab selalu diambil kesempatan... bila dia kata dia seorg yg memilih dgn cara yg menyakitkan hati, aku rasa seolah2 aku hanya bersikap bodoh selama ini sebab menghormati org kebanyakan yg akhirnya biadab, hipokrit dan memperlekehkan aku... jadi aku kembali ke dunia aku yg penuh dgn putera2 raja dan anak2 bangsawan yg dah lama menanti aku, cuma kali nie aku dah tawar hati nak terima sesiapa lagi... skg walaupun aku tetap berbaik dgn org kebykan, namun aku pun cuba elakkan diri drpd rapat dgn diorg...

Chempaka Sari berkata...

Thanks Jo atas komen yang mendalam maksudnya...

biasalah tu orang yg suka ambil kesempatan sentiasa ada di mana. Kita cuma erlu bersabar dan jadi diri sendiri (tapi yg positif la, yg negative kita buang..)

sabree hussin berkata...

siapa 'awak' dalam entry ni? tertanya-tanya :p