25 Jun 2011

10 Sebab Saya Mesti Tonton Filem Ombak Rindu

Salam, 


Saya ni dulu peminat novel melayu tau, nak nak lagi novel Alaf21. Mak oih bila baca je rasa macam saya watak utama dalam cerita dia ahahah! Siapa tak nak beb jadi perempuan yang suci, baik hati, kurus, putih tinggi, dapat suami kaya hensem romantik bla bla bla... NI cek nak habaq kat hang awat cek nak sangat pi nengok cita Ombak Rindu nih.



1. First, nak tengok Lisa Surihani, sebab kali ni dia berlakon watak antagonis. Perampas suami orang. Aku nak anti kau Lisa kali ini, palang habis habisan. Hehe gurau je... First time kot Lisa berlakon jadi jahat kemain.





2. Ada adegan ranjang antara Lisa (Mila) dengan Aaron Aziz (Hariz). Gurau. Omjayy bukan itu yang saya tunggu tapi tertarik dengan di belakang tabir semasa scene ini di buat. Kononnya, Lisa Surihani suka makan petai membuatkan Aaron Aziz tak tahan masa berlakon atas katil tu. Busuk.  Wahaha nakalnya Lisa! Yang dalam gambar ni bukan dengan Lisa tapi dengan Maya okeh.






3. Weh novel Ombak Rindu ni meletup kot. Saya baca masa aku Form 2. Menangis nangis masa babak Izzah si heroin mengejar kereta suaminya Hariz, sampai jatuh dan gugur kandungan. Uwaa... time tu saya kat asrama sembunyi-sembunyi je nangis. Tak tau lah dalam filem nanti nangis ke tak. Sebab Maya jadi Izzah....





4. First diorang tawarkan Fahrin Ahmad berlakon. Tapi sebab beliau nak menunaikan umrah yang dah dirancangnya sejak awal. Takpe, aku mesti tengok filem ni sebab Aaron Aziz yang handsome dan macho tu yang bawak watak Hariz. Dah boringlah tengok Fahrin Ahmad tiap-tiap mingu keluar drama kat TV.





5. Kelima, saya nak tengok cantik sangat ke Maya Karin pakai tudung. Walaupun dalam novel tak de pulak watak Izzah ni pakai tudung tapi dah pengarah filem ni nak macam tu nak buat macam mana. Rasanya jaranglah Maya Karin berlakon pakai tudung. Macam pelik je dia pakai tudung ke belakang sangat.




6. Tengok lah video die macam best tu. Cepat lah layan....




7. Pengarah Ombak Rindu ni yang buat cerita Anak Halal, best la kot cerita ni. Harap harap lah. Eh jangan mengharap sangat. Contoh filem Lagenda Budak Setan tu, sebab saya dah baca novel LBS dari sekolah rendah lagi, so bila tengok filem dia macam tak rasa apa apa pun. Kawan saya nangis lah sebab dia tak pernah baca novel tu.





8. Sebab kelapan, Teha nak belanja saya tengok wayang. Kan Teha? Popcorn sekali ye. Uh bestnya kalau dapat tengok kat bilik premium di Cineleisure tu. Berapa hengget weh tengok wayang kat situ?




9. Tak de idea dah nak cakap ape. Wuwuwuuw....




10. Sebab munasabab yang paling tak tahan, abang sedara Saiful Rizal saya jadi pelakon tambahan dalam filem ni. hueh hueh hueh!




*** Nak tahu tak petua nak tahu perempuan tu ada dara tak? lKlik Disini.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom Like

12 ulasan:

Farah Nadia berkata...

pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap ulas.

nani_pony berkata...

sbb ade abg sdare aku blakon.. so kene tgk..wawawa....

Farah Nadia berkata...

wawawa..! xsabar nk tgk!

HAFIZAL berkata...

hehehe..tak geti lah nak ulas novel2 nie...apa pun tahniah kepada penulis novel dan blog nie...semoga anda terus maju ke hadapan

Fida Husain berkata...

as-salam. hi awak.. kita follow awak :)

░♥si lampu neon♥░ berkata...

takde perasaan tgk cite cintunnn=P

rara pinkmafia berkata...

xsaba nk tgk jugakkk heee.

deqlis berkata...

wah sis pun teringin nak tgk..nampak camera movement dan editingnya menarik laah

nuriz berkata...

aaron aziz lagiiii... ahak!!

Nur berkata...

my first novel kot ombak rindu nih so wajibla menonton..tak sabar

Nini Hartini berkata...

dah lama sgt baca novel ni smpi x ingt plot dia. tp rasanya ada kot izzah pakai tudung di babak2 akhir? ermm..lupa lah. uhuhu..

tp...bukan izzah ke yg makan petai eh? dia saja xnk bg harris dkt ngn dia. heee lupa sgt dah. tu yg wajib tgk cite ni. bila keluarnya?

Rohaizam Rosli berkata...

iejam mmg minat gilerrrr kat novel ombak rindu dan sequel2 nya... mmg best suka sgt !!!! tak sabar nak tgk citer nih... huhu~~~~