08 Jun 2011

Entry Paling Basah Setakat Ini

Basah, basah, basah, lap lap lap, basah balik. Bila nak tulis entry ni... is isk isk...tsfffff

Salam,



Saya Akak buat mama, papa, adik adik.
Saya Farah buat Teha.
Saya Azza buat Atul, Atun, Lin, KD, dan yang lain lain.
Saya Fara buat Amirul Izad.

Walau sapa pun saya, saya nak ucapkan terima kasih sebab ambil berat....

Jap... 
Sebak.
Simpan draft dulu.

Okay sambung... Mama papa, terima kasih sebab ingat sangat kat akak walau nak pergi memana pun. Tak pernah terniat nak tinggalkan akak. 

Handphone akak tertinggal charger kat rumah teha minggu lepas. Ingat hujung minggu ni baru nak ambil. Tapi sebab mama risaukan akak sebab call tak dapat dapat, mama call kawan kawan akak. Kawan-kawan bagtau Izad.

Izad pulak bila tau je semua ni terus pecut ke rumah teha. Izad telefon Nani adik saya supaya bagitau teha yang dia nak ambik charger. Saya tak tau apa apa sebab tak ada handphone. Terputus dengan dunia luar. Semua nak tolong saya rupanya. Alhamdulillah.

Ya Allah, sesungguhnya aku yang tak pernah bersyukur Ya Allah. 

Aku ada iba bapa yang baik, sepupu yang baik, adik yang baik,kawan kawan yang baik dan sahabat yang baik, izad. Ya Allah, kau berikan apa yang mereka mahu ya Allah. Perkenankanlah setiap doa mereka. Amin Ya Rabbal Alamin...


***Maaf, entry paling basah setakat ni.


XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Sila LIKE

3 ulasan:

Bui Idzra Ryn berkata...

amin..akak tolong aminkan jugak ea..

Jay berkata...

aminn..insyallah....semoga allah memberkati mereka..

Chempaka Sari berkata...

thanks jai, thanks bui...