05 Jun 2011

Kenapa Rumah Orang Kita Macam Ni

Salam,




Tipikal

Ini suasana yang tipikal kat rumah Orang Melayu. Kat bandar dah kurang tapi kat kampung kampung banyak lagi. Macam ni>> Tepi peti ada dapur gas, tepi dapur gas ada mesin basuh tepi mesin basuh ada rak, atas rak ada microwave. Atas microwave ada toaster. Plag & extension berselirat disana sini. Semua barang barang elektrik ni tunggu masa je nak meletup. Er rumah saya lah tu. Whoah! Dah namanya dapur bukan dewan futsal nak letak jauh jauh.




Dapur

Seterusnya ini bukan kat rumah saya. Saya perhati kalau pergi beraya rumah orang je. Kat dapur, dalam oven ada ikan masin, kerokop lekor dan cili kering. Nak raya puasa nanti bila nak buat kuih raya baru keluarkan.  Atas peti ais tadi mesti ada tumbuhan bunga menjalar yang di alas kain berenda renda, ye puan puan. Pemegang peti ais pulak di balut kain berona serupa. Bila nak minum air sejuk bukak peti ais. Tapi pelik tak ada air minuman? Bahagian botol air dipenuhi dengan botol budu, kicap jalen dan jeruk lama beli kat Penang tahun lepas. Pastu pergilah kedai kejap beli ais. Nasib kau lah Paan (adik) dah ada motor kenalah beli ais bila tetamu datang. Eh macam tau je kat rumah sapa. Hehe.




Ruang Tamu

Ruang tamu, pasu bunga penuh. Pecah satu pasu ganti 3 biji yang lain.  (thanks to daniel adik saya kerana berjaya memecahkan satu pasu semasa bergusti sorang-sorang minggu lepas) Atas TV pulak ada bunga kuning, tapi atas almari bunga hijau. Eh bunga hijau pun ada. Dekat rak, ada pasu telur yang kita dapat time pergi rumah kawin zaman 90-an dulu. Beserta pinggan mangkuk yang dapat hadiah kahwin 20 tahun lepas. Tak pernah guna...sayang. Karpet mesti penuh segala ruang. Oh thanks kat orang pakistan yang jual tukar buluh tu. Sekarang tak ramai melayu yang pakai karpet dah.




Bilik Tidur

Masuk bilik. Cuba intai bawah katil. Tersimpan alat mainan dan sekotak baju lama. Nak sedekah sayang. Buat kenangan. Kenangan di bawah katil... (-_-') Atas almari. Ada 5 6 set toto Narita yang beli masa Rantau Panjang. Yang ni bukan salah orang kita. Untuk tetamu jugak. Rumah kita bukan ada 12 bilik okay. Then penuh dengan buku dari sekolah rendah, tak jual mahupun buang. Tak baik ilmu. Tapi ilmu tu simpan di kepala bukan di tepi pintu.




Syukur Masih Ada Rumah


Tapi semua ni ada alasan tersendiri. Bukan senang nak kekalkan rumah dengan hiasan minimal. Kita memang suka membeli tapi tak pula pakai. Nak maintain kebersihan dengan barang banyak-banyak ni bukan senang. Habuk satu hal lain pulak. Nasib baik bilik saya kurang barang. Tapi tu pun susah kot nak bersihkan habuk. Terima kasih buat acik wok yang selalu memantau secara berjadual ke bilik akak. Alhamdulillah juga, mama dan papa dapat sediakan bilik satu sorang kat kami adik beradik. Wahai adik adikku, bersyukurlah.



Rumah Idaman Chempaka Sari
Okay kat bawah ni pulak adalh rumah saya 10 tahun akan datang. Jom cuci mata!



 Rumah idaman Cik Chemp. On progress. Lagi 10 tahun siaplah


Ah walaupun kecil, tapi kemas....susahnya.


Rona lembut di bahagian makan dapat mengurakan selera. Baguslah.

Rak buku saya bakal dipenuhi dengan novel & dvd siri Harry Potter dan majalah Dara.


Ini pulak bilik tetamu saya. Mama Papa datanglah tidur sini hua hua hua!




** Eh kenapa serius pula entry kali ni. Mungkin selepas belek-belek buku architecture ni.
** Sisi mat jenin Cik Chemp juga semakin terserlah.




XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Sila LIKE





14 ulasan:

kotak bulat berkata...

hehehhe.. abis setiap sudut dibeleknya ye. :P

KAMIHIDUP berkata...

toto narita mesti tak tinggal, agaknya setiap rumah kat malaysia ni ada toto narita. :)

Invisible Me berkata...

wana purple.
suka2.

Azza Azman berkata...

best kan purple?

Jay berkata...

i loike purple.cantiklah gambar2 tu.warna kesukaan Jay tu.he.

Cikrosecute berkata...

Memang Cantik purple...lagi2 yang lembut...tu..Bilalah Cik Rose Cute Nak Rumah Cam tu...

SYAFIQAHSALEH berkata...

ok nice gila rumah nie :)

shy princessha berkata...

purple...cantiknyer...klu dh der rumah sendiri nk deco2 cam tu gak la...hehehhee
hai chemp...thanks yer sbb sggh blog sy...
klu chemp nk komen di blog sy...just klik je 'comments'di hujung entry yer...aritu layout tlalu cerah...so perkataan comment tu xberapa nampak...tp skrg sy dh tukar...
jgn luper sggh yer...=)

Azza Azman berkata...

oh semua tengok gambar je ke... huhu...

Solihin Zubir berkata...

tipical malay.. hehehhe..
tersenyum baca sbb kena tepat kt diri sindri..
mmg diakui.. =)

Azza Azman berkata...

hehe betul tu SZ...mmg dah terbiasa nk buat mcmne...

sue-ab berkata...

suka kaler fefel ekh..hehe..salam kenal..makcik pun suka fefel..

Idayu Harun berkata...

cantiknye lah hai rumah tu..
teringin jugak nk rumah cam tu :D
haha

Unknown berkata...

purple gitu..likex3 !