19 Jun 2011

Industry Seni Malaysia Patut Contohi Industry K-Pop

Salam, 




Awal-awal minta maaf ye kalau apa yang saya nak cakapkan ni agak merepek sedikit yelah saya bukan background dari course marketing atau industri seni pun. Ni pandangan saya mengenai kelemahan industry seni malaysia je. Nak  banding dengan pasaran industry k-pop memang jauh beza lah kan. Holywood tak payah cakap lah. Kita bincang pasal k-pop je yang dah macam pisang gorang panas ni secara tetiba.




Saya percaya rata-rata kawan saya yang mengilai k-pop tak pernah membeli CD original atau Album original lagu lagu dan filem korea. Tetapi mereka semua kaki pen'download' ! Iya, semua nya stok stok filem dan drama yang meraka tonton dari pagi sampai ke malam dan malam sampai ke subuh adalah dari hasil download sahaja. Dan, sekarang.... kerajaan Malaysia sibuk nak ban web yang bagi download filem, lagu artis Malaysia. 


Mencontohi bukan bermakna meniru ye, abang sekalian.


Patutnya industry seni bincang macamna nak sebarkan dakyah dakyah kesedapan filem dan lagi artis malaysia bukan nya dok kira royalti itu, bonus ini, cakera emas la. Dok kejar sangat cakera emas tapi lagu kedekut nak bagi orang dengar. Mencik...! Tengok artis korea tu, dulu dulu tak kedekut pun nak bagi tengok muka cantik diorang, perdengarkan lagu diorang...hasilnya, diorang dah boleh buat konsert kat Malaysia macam A-List Star kot. Mila dan Kristal ada? Nan hado!



Mesti semua orang ingat saya gila k-pop kan? Sumpah tak. Tak caya tanya Sha hehe. Tapi bila saya melihat saya suka berpikir dan bandingkan apakah punca industry K-Pop jadi macam ni. Kecantikan dan kecomelan mereka memang tak yah pertikai lah kan, video pun the ba boom! jadi saya usulkan Kementerian Sukan eh Ministry of Culture, Art & Tourism bekerjasama menyedian kan satu hub hiburan percuma kepada rakyat malaysia sekaligus kepada orang luar juga. 






Macam laman web Suju tu, eh Saju ke Soju tu yang bagi download filem mereka free je. Okay kalau kedekut sangat, letak jelah filem filem yang dah lama 3,4 tahun dulu, banayk je yang sedap didegar dan ditonton. Benda lama kalau peram je tak elok hehe. Drama drama melayu berkualiti kat TV2 dan TV3 pun banyak....Lagi satu dulu kecoh lagu kita tak leh selang Bahasa Inggeris. Tak elok katanya. Tapi tengok lah macamana lagu korea tu  berjaya. Mula-mula minat part bahasa ingeris je tapi lama-lama part yang bahasa korea pun diorang hafal. Ada yang amik kelas bahasa korea lagi. Curlass kau Maria!




Kalau banyak salah eja maaf ye, malas nak edit. Nak tau apa itu bekerjasama? LIHAT SINI.




XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Jom LIKE

11 ulasan:

Jay berkata...

setuju dgn fikiran cik chemp.hehe.sbab itulah industri kita di malaysia masuh tahap biasa kalau di bandgkn dgn negara lain.

Jo Qusary berkata...

Err... tak minat K-Pop, hehe...

izz zara berkata...

btul jugak apa yg awk ckp.. nice :)

Chempaka Sari berkata...

saya pun tak minat k-pop malah kadang2 meluat pun ada. Tapi pada pendapat saya kita patut ikut cara pemasaran mereka, bukannya tergedik2 tiru imej penyanyi mereka. Betul tak ? hehe

tamlegend berkata...

kesedaran juga harus ada pada pengguna...mana leh download free je dik.penat artis tu berkarya...sekurang-kurangnya hargailah mereka.kalo tak dihargai baik diaorg keje makan gaji je dik...industri kat Malaysia ni kecik je dik oi...kalo kita asyik nak download free je pakat bungkus le penggiat seni...bukan tak setuju dengan cik chempaka. langkah kerajaan pn mmg tak patut gak...aku tak sokong mana2...atas pagar...sbb, kdg2 aku pun download free gak...but certain album n filem, i spent money for it...becoz that the way i appreciate them...

Cik Amy berkata...

tau xpe..nk tampo je laju2 main block2

Chempaka Sari berkata...

iyelah, xde lah free bebenor tapi seperti usul saya tadi, untuk artis malaysia jugak...lagu lama ke filem lama ke. Kita asyik pk duit je, FACEBOOK tourism malaysia pun makan 1.8 juta pelik...

lagi satu, dulu kecoh habis lagi melayu jangan campur lirik inggeris. Marah sgt konon nak protect bahasa. Tapi tengok korea campur2 lagu korea dgn inggris, lagu die jadi terkenal, bahasa korea pun terkenal sekali. Short Course course kat universiti ipta atau ipts tawarkan bahasa korea mcm tumbuh selepas hijan. Semua orang nak berlajar bahasa korea...

Raden berkata...

industri tempatan camni jela smpai bile2..tp movie makin lame makin gempak! bidang nyanyian tak tau la bile nk improve

Chempaka Sari berkata...

Sebenarnya, semua okay je lagu kita. sesuai dgn jiwa kita cuma pemasaran tu je lemah...

tamlegend berkata...

yup...marketing lemah...n terlalu protective...susah.susah.

Chempaka Sari berkata...

haha itulah sy nak cakap...PROTECTIVE. ia terlalu protect itu ini then bila kita mula nampak artis luar diorang bising...