14 Jun 2011

Chempaka Sari Nak Lari Jauh-Jauh, Eiiyah!!





Salam, 




Ah seronoknya, rasa mahu lari jauh jauh je. Lari daripada semua masalah kat sini. Masalah kenapa takut nak lintas jalan, masalah lama nak beli tiket tren, masalah cuaca yang panas dan masalah orang kita suka buang sampah merata-rata. Juga masalah project paper yang tak berapa nak best dan berdebar nak viva thesis. Then, kat mana yang tak ada semua masalah tu? Tentulah London & Paris. Whoah!




Ya Allah, rasa pergi sangat lagi ke London sekali lagi dan tentunya, perasaan nak jejak kaki ke negara romantik Perancis membuak-buak sampai je tali perut. Cuba cakap kat saya, sapa yang tak nak pergi sana kalau free? jawab jawab. London, Paris, Switzerland adalah ketiga-tiga negara yang saya nak sangat tengok selain Mekah dan Madinah.




Terbayang-bayang pulak kat depan mata, daun maple menari nari jatuh ke tanah semasa autumn, ekor gebu meliuk lentuk tupai comel masa berebut kacang di tepi jalan dan orang-orangnya yang ramah dan cool, memanggil saya Babe, Darling dan Love kalau ada apa-apa urusan. 




Tapi.....tiket Air Asia pergi balik sahaja dah cost RM6000++ belum termasuk cost perjalanan, makan minum dan lain lain. Nak shopping handbag lagi, kasut, magnet fridge dan tshirt 'I love London'. Duit sana 5kali ganda dari duit sini. Saya tak mampu nak bergolok gadai lagi. Tak mampu.... Erm iklan jap, harap yang hutang saya RM1750 tu cepat cepatlah bayar ye.




Eh tapi tapi tapi...awak semua tau tak kita semua ada chance nak pergi sana free. Iya free! Tanpa keluar duit satu pun okay. Dengan syarat masuk contest yang dianjur oleh Cadbury Malaysia ni, semua orang berpeluang pergi ke London and Paris untuk 11 hari 8 malam! Contestnya senang je, submit gambar yang bertemakan "Happiness" dan sedikit ayat-ayat ke Page Cadbury Malaysia




Pastu kalau tak menang pun, dapat no2, no3, no4, ke even no10 pun still dapat hadiah jugak. Hadiah dia bukan calang calang woo... dapat Tv Plasma, Rm1000 SFF shopping voucher, DSLR Nikon, Playstation dan voucher KFC RM50. Urghhf! Best kot hadiah tu. Kalau nak join submit je gambar kat Page Cadbury Malaysia okay? Jom semua join!






 






** Cam biasa tolonglah jangan ada pulak yang komen "kalau aku baik pergi mekah" tak pun macam ni "bangga lah sangat dengan negara barat tu". Lempang nak? Tak kan nak tulis semua impian saya benda kat sini. Nantikan je kemunculan buku saya tulis tahun depan kalau semua benda awak nak saya buat. Hehe..Bubye..



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Iklan jap jangan bubye lagi, jap, jap, ini nak bagitau blog pilihan saya, singgahlah blog mereka pulak ye. Diorang ni sporting habis!




Geng Purple Paling Sporting







XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE



7 ulasan:

miss inna berkata...

wah,inna pun nak g Europe juga...
teringin nak jelajah ngara omputih pula..^^

Jay berkata...

bestnye..rasa macam nak pergi sana jugalah dengan cik chemp...hehehe....hope ada rezki one day..hehehe.

bartHeafy berkata...

minx2 la sy jadi pegi europe ujung taun nie..

KAMIHIDUP berkata...

teringin nak pergi. tapi...

Chempaka Sari berkata...

InsyaAllah semua..hey joinlah contest tu klu nak pergi free hehe

Papa Mifz berkata...

wow...nak try la masuk contest tuh....

Chempaka Sari berkata...

masuk lah masuk lah...