20 Jun 2011

Petua Teknikal Supaya Orang Lain Komen & Follow

Salam, 

Ini general je tau saya tak tau lah pulak orang lain macam mana. First, saya nak listkan kenapa entry sesesorang blogger tu banyak komen. Benda simple ni....tak perlu tulis benda kontroversi pun tak pe. Ini untuk blogger baru macam saya je tau. Kalau Cik Epal tu tok sah la ikut, dia buat la macammana pun ada je yang komen. Let's start now!

  • Setting pop-up komen dan jangan buat safety verify word. Ia memberi pengomen patah semangat dan kurang penghargaan kepada pengomen untuk terus memberi komen lagi dan lagi.
  • Lepas orang komen setting je approve terus. "Your comment has been saved. It may take a moment for your comment to appear on the site." Oh seronoknya saya bila komen terus keluar macam ni.
  • Entry awak mestilah menarik supaya orang rasa terpaksa nak komen. Contohnya, entry berentak emosional, atau sedih. Orang rasa macam diri diorang yang mengalami benda tu semasa baca.
  • Tulisan pakailah yang biasa je, jangan nak manja manja sangatlah pakai tulisan curly atau bekerawang bagai. Pakai times new roman pun dah cukup.
  • Background tulisan digalakkan putih ye kengkawan. Kalau background hitam, tulisan pink pekat, berpinar nak baca wo....kesian saya. Hehe!
  • Entry bukan letak gambar yang terlalu peribadi tanpa ada sebarang penceritaan. Contoh, letak gambar dengan boipren pakai handphone 4 atau 5 ketul dalam satu entry. Serius tak tau nak komen apa...
  • Letak widget TOP COMMENTATOR.  Baru lah semangat nak komen betul tak kengkawan?
  • Benarkan aninymous komen, kalau berani lah. Kalau risau jangan benarkan, nanti wat sakit hati je. Anonymous ni kekadang blogger jugak. (tous cadangkan)
  • Last sekali pastikan blog awak tak berat 800kg. Widget jam tak perlu sebab laptop memasing dah ada jam, haiwan peliharaan pun boleh bela kat rumah masing masing je, dan kursor berkebolehan transformer yang boleh transform dirinya menjadi Naga-Mulut-Berapi adalah tidak digalakkan. 


Dan ini pula tips nak orang senang follow awak. Ini bukan tips nak follower ramai tau tapi untuk menyenangkan orang follow blog awak bila dah alang-alang dah sampai kat blog awak.
  • Letak widget follower kat atas sekali. Tak perlulah blogger lain skroll ke bawah then tak jumpa skroll ke atas balik nak cari butang Follow. Penat...uh uh uhh..
  • Pakai widget follower yang normal, maksud yang dah disediakan oleh blogger.com. Bukan kena klik gambar ke.....sebagai contoh.
  • Jangan tulis macam ni kat tajuk follower "Pelacur Atasan", "Peminat Fanatik" atau pun "Hamba Abdi" er tak kuasa okay hehehe. Saya pernah jumpa semua ni.
  • Jom rajinkan diri untuk follow blogger baru. Takkan follow blog famous je kot kan?
  • Masuk segment Blog Ben Ashaari Com hehehe percayalah......
  • Blog yang pasang lagu, tak sempat nak tekan butang follow, orang terus tutup blog be'radio' free itu. Blog itu memakan speed internet, kamu tahu? Tamo tamo tamo.
  • Tak perlu disable right click, tadi saya nak open new tab terkejut kene marah "nak tengok buley, nak amik kiram salam" kalau betul saya nak amik boleh tanpa right clik.
  • Last sekali jangan tulis macam ni kat shout box orang lain "Followlah saya balik !!!"  Ahahahah.....

Okay dah tamat. Ni tip secara teknikal je tau. Lain lain bolehlah tanya kat blogger yang dah berjaya. Contohnya nameeroslan.blogspot.com blog baru tapi berkualiti. Selamat berblogging!


Iklan jap, suka sangat Fasha Sandha....cantik...


Sejak akhir ni saya suka pulak layout yang pakai Polka Dot Comel. Antaranya:

Ini pulak blog list saya yang cute cute.... Geng blog purple. Jom follow diorang:

1.   http://sayazarulfarhana.blogspot.com/
2.   http://salizawatiunguviolet.blogspot.com/
3.   http://pinkychazpurple.blogspot.com/
4.   http://cthajarpinkgurl95.blogspot.com/
5.   http://tya-fathiah.blogspot.com/
6.   http://nurizspace.com/
7.   http://izzzara.blogspot.com/
8.   http://ainaaduniakucomel.blogspot.com/
9.   http://unguituunik.blogspot.com/
10. http://pendambarahmat.blogspot.com/ 
11. http://fatinaimie88.blogspot.com/
12. http://runningfarah.blogspot.com/ 
13. http://hangleotalk.blogspot.com/
14. http://artistikred.blogspot.com/ 
15. http://pepelungu.blogspot.com 
16. http://sailaaf.blogspot.com/ 
17. http://tehanurfateha.blogspot.com
18,19, 20....30 masih lagi mencari.....



Dan ini blog paling saya suka sebab sangat cantik, gabungan Purple dan Polka Dot...Yuhuuu!






XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

39 ulasan:

~syue~ berkata...

alamak..nk pakai polka dot gak lah. hee~

Chempaka Sari berkata...

nama pena kite same lah.

aLya maNip berkata...

yg last skali tu alya suka..x ske bila ade org tgal jejak kat shotbox suruh follow balik..ngeee :)

aanie berkata...

sy lak suka moderate komen sb senang nak tgk org komen....kadang2 ada gak yg komen kat entri lama...

Chempaka Sari berkata...

oh macam macam ye...hehehe eh chempaka sari pun ada lah. Macam mana ni...wuwuwuw

Cik Amy berkata...

paling menyampah kala time komen, kena verify word, dah lah tu siap skali dgn blog dia auto refresh...perghhh!!rase nak sepak je laju2 haha

Cik Amy berkata...

polkadot? me me me!!hehe

@AmenoWorld berkata...

Oi

Acik berkata...

Pelacur kelas atasan? Erkkk!

Tanpa Nama berkata...

acik, saya pernah jumpa blog dia tulis pelacur atasan, nasib tak klik follow lagi. Rasa mcm terhina walau dia nak gurau je. Tak sopan okay.

kotak bulat berkata...

Lepas orang komen setting je approve terus. "Your comment has been saved. It may take a moment for your comment to appear on the site." Oh seronoknya saya bila komen terus keluar macam ni.

ni mcm xberapa stuju.. sb rasa bnda ni tak mggangu pembaca. KB buat bnda ni, dan bnda ni memudahkan kb tau sapa yg komen. lagi2 kalau entri2 lama.. bukankah kita ptt hargai pembaca yg komen. rasanya bnda ni xde masalh..

Chempaka Sari berkata...

Salam kotak bulat, saya boleh je tengok komen baru di entry lama. Nanti saya print skrin... ramai buat alasan ni tapi pelik saya perasan je komen di entry lama?

Khuzrin Kamarudin berkata...

ok.... tabik hormat kat tukang tulis entri ni..

Seriusly saya setuju 350% semuanya...

nak2 tang radio tu...

Lagi part komen... refresh pergi kat komen, lepas komen mintak word verify..

Dah tu... tetiba will post after aproval... pergh!! sakit ati woo...

hahhaha... ok saya emo...

Bui Idzra Ryn berkata...

yup..bui pun setuju dgn semua yg d sebutkan..bui pernah jumpa follower tu dia tukar jd bodyguard..pelik2 kan..

Adzriel @ Liza AB berkata...

tips yg sgt berguna.. simple aje kan.

Jay berkata...

wah...perkongsian yg bagus..aza rasa bloh Jay macam mana??ok tak??komen je untuk kebaikan juga kan..hehehe:)

Dayana AZ berkata...

betul lah pop-up comment la plg sng skali :D

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ berkata...

betul² kalau dah berat nak tgu load pn tos tutp dah..fedup ekeke

Chempaka Sari berkata...

eh awak jadi blog pilihan ashari arini kan?

KAMIHIDUP berkata...

semua yang CS cakap tu betul. :)

kotak bulat berkata...

kb tau blh gne recent commnt..tp kb xbrpe gemar mmberatkn blog yg da sedia berat.. jd lebih selesa gne mcm ni. kb gne sb mmg kb sellu on9,jd bnda tu xkn trbiar lme2 tnpa di approve kn. :)

Chempaka Sari berkata...

oh..cmne cmne kalau kita dah approve terus blog dari berat eh? Oh...

Namee Roslan berkata...

azzaa...keh keh. namee baru je buat pops up window .:P haha. thanks! dan lagi satu, macam mana nk buat top commentators tu? ada tanya satu blogger ni..2 3 kali namee tanya..dia taknak bagitau. kedekuts ilmu. ceh.

amboih..shafa kata, awak fanatic fasha sandha :P

SYAFIQAHSALEH berkata...

suka polka dot gak :)

Shasyela berkata...

wah..terima kasih 4 the info..sangat bernas!! (^_^)

Chempaka Sari berkata...

Namee... namee tak yah buat pop up window pun xpe lah ramai je nak komen heheh. Okay ni code html top commentator untuk namee azza bagi kat facebook okay....

Diya Edhayaa berkata...

patotla sy batuk x henti2.. ade org sebut2 kt cni.. hehehe.. thanx dear!!

Norhisham Nordin berkata...

betul betul betul... saya sokong apa yg CS ckp nih... thanx for the tips tau...

miwwa J berkata...

Nice one =) Thanks :)

tips yang bagus. terima kasih sebab peka tentang dunia blogging.selamat berblogging !

Touya berkata...

Persoalannya sekarang adakah perlu ke tak komen nak di approve dahulu ?

Macam kotak bulat cakapkan , cara ini boleh memastikan kita baca kembali komen-komen lama . Tetapi ! Kita juga boleh guna Recent Comment .

Mungkin Recent Comment akan memberatkan lagi blog . Tapi kalau ada widget-widget pelik "bagi makan biawak saya" , "sekarang pukul berapa" , "nie jantan saya muah muah !" tak salah kan pasang Recent Comment ?

Bila tak perlu tunggu untuk di approve . Kita pengomen boleh check kalau ada Typo .

satu point lagi , benarkan anonymous (bukan hacker) untuk komen . Kesian kat aku yang self hosting .

Chempaka Sari berkata...

Thanks, miwwa, norhisham, diya, syafiqah, namee, kotak bulat, kami hidup, angelina jolie, dayana dan lai lain..


Thanks Touya, saya benarkan je sesiapa nak komen asalkan jgn sentuh sensitiviti seseorang dah le...heheh.

░♥si lampu neon♥░ berkata...

betul apa yg dikatakan..tp bg sy folowwr jgn letak di header..nnt berat blog nak loading semua gambar..saya pula letak follower widget di kaki blog..saya andaikan..kalau ada yang benar2 mahu follow..diorang akan tetap scroll blog sampai bawah =)

azeelia azman berkata...

suka entry ni. hehe. feel free to drop mine too.

Nissa Jalaluddin berkata...

haha....best entri ni.tips berguna utk blogger bru cm saya...
kebetulan kah?blog saya pun polka dot n purple...hihi =)

Chempaka Sari berkata...

kepada semua geng blog purple saya dah link kan blog awak semua kat side bar saya, terima kasih,

Chempaka Sari berkata...

betul tu silampu neon, folower tak pawah letak kat header sbb berat nak loading. Letak kat side bar je.

Bila letak kat header ruang jadi besar, semakin byk jumlah follower yang nak ditayangkan semakin berat loading.

dhiera berkata...

dulu, guna point 2. setting komen trus publish kt blog tu.. tapi sebab dah beberapa kali kena spam, macam tak best pulak~

nurul aida berkata...

terima kasih..
tips yang sangat berguna..:))

Chegu berkata...

nice tip, tq