16 Mac 2011

Lelaki Jongos Yang Suka Tilik Dara


Assalamualaikum,


Kengkawan, saya ada terbaca artikel ni dekat facebook siang tadi. Semua sangat tak puas hati termasuk kawan-kawan lelaki. Yang perempuan lagilah terasa hati. Maklumlah, pipi kami gadis melayu ni manalah merah sangat. Kalau nak merah pun masa kena penampar jelah kot? hueh hueh hueh...! Sila gelak dengan suara sengau. Asal muka tak merah je di cop tak ada dara.


Sesiapa rajin boleh lah baca artikel ni. Saya saje copy paste dari facebook. Malas nak edit. Bukti yang saya tak reka cerita. Hahahaha.... teringat pulak masa kecil suka baca Majalah Ujang, Pokcik Din selalu gelak macam ni, "har har har.. har har harun.." bengong.


Berbalik kepada topik asal, ini mengisahkan petua untuk lelaki di luar sana yang berminat nak cari calon isteri yang masih dara. Dari muka, kaki, tangan semua la tubuh badan. Ish gatal nak nak tilik-tilik. Mengarut betul. Dari petua ni, okay sah-sah lah dari raut wajah saya ni ni tak termasuk dalam golongan dara. Hari jalan tengah panas, muka dah kusam. Kaki pulak tak tau la merah  ke tak. Hari jalan dengan tumit tinggi dari tingkat 5 ke kelas macam lipas kudung. Kecewa....


Okay inilah artikel yang digembar-gemburkan tu,



Mengenali raut wajah seseorang gadis itu tidak mempunyai dara lagi atau ia masih suci adalah terlalu mudah dengan hanya sekali pandang sahaja berbanding penelitian secara jarak dekat, umpamanya pada tapak tangan. Penelitian secara terbuka kepada raut wajah biasanya boleh dilihat dengan hanya melalui pandangan pertama sewaktu berkenalan, atau pada rakan anda sering bertemu. 


Ramai gadis atau wanita yang tidak mengetahui rahsia tentang kejelitaan mereka terletak pada pipi. Pipi yang lembut, tidak berjerawat serta sentiasa berseri akan memperlihatkan kejelitaan si gadis itu. Sudah tentu semua gadis menginginkan pipi mereka tidak berjerawat, gebu, kemerah-merahan dan menampilkan keayuan kerana kelembutan pipinya.


Akan tetapi harus diingatkan. Tidak semua gadis beranggapan kecantikan itu hanya pada raut wajahnya yang kelihatan berseri kerana berjerawat.   Kehilangan dara juga boleb menyebabkan raut wajah seseorang gadis itu kelihatan tidak berseri. Namun begitu kadang kala kita dapat lihat ada isteri orang yang terserlah kejelitaannya pada wajah yang manis dan cantik sehinggakan kaum lelaki lupa dan tidak pasti samada wanita yang mereka lihat itu isteri orang atau masih gadis.


Adalah tidak mustahil jika ramai yang berkata, isteri orang atau janda adalah lebih jelita berbanding anak gadis atau mereka yang belum berkahwin.   Itulah hikmahnya bentuk pipi yang menampilkan kejelitaan itu ada bukti yang menyatakan seseorang gadis itu masih suci atau tidak. Perkara ini tidak ramai yang mengetahui bahawa gadis yang cantik adalah gadis yang masih suci. Jelasnya tidak terkecuali kaum ibu atau isteri orang lebih cantik dari seorang gadis.


Untuk mengenali seseorang gadis itu masih dara atau isteri orang, atau janda melalui pipinya ialah dengan meneliti secara sambil lalu kepada bentuk pipinya seperti berikut:   Pertama: Jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih suci. Gadis yang masih suci selalunya tidak berminat untuk bermake-up. (yang ni saya setuju kot sebab saya pakai talkum baby je keluar bilik) Terdapat juga gadis yang masih suci suka bermake-up, tetapi cara mereka bermake-up tidak terlalu menonjolkan imej mereka seperti seorang yang benar-benar untuk memikat lelaki.


Pada raut pipi gadis yang masih dara, kelihatan merah apabila disentuh lelaki yang bukan muhrim. Terkadang raut wajah mereka menjadi merah ketika berbual-bual dengan lelaki yang tidak dikenali atau baru berkenalan. Gadis yang tiada dara biasanya tidak terlalu sukar untuk menyesuaikan diri mereka untuk tujuan berkenalan dengan lelaki samada yang baru dikenali atau sudah biasa.


Pipi gadis yang sudah biasa dicium kelihatan tidak merah kerana ianya sudah menjadi kebiasaan dan tiada sensitif terhadap ciuman yang mereka terima daripada sesiapa pun. Pipi yang merah apabila dicium, bermakna gadis itu tidak pernah dicium oleh lelaki sebelumnya melainkan yang muhrim, seperti abang, ayah atau datuk lelaki mereka.


Kelihatan beberapa garis melintang pada pipi kiri dan kanan seseorang gadis yang sudah melakukan hubungan seks. Jika kita lihat sesetengah gadis yang mempunyai lesung pipit, lesung pipitnya kelihatan melekuk jauh ke dalam dan terserlah kejelitaan gadis itu. Tetapi jika gadis itu sudah melakukan hubungan seks, lekukan lesung pipitnya tidaklah terlalu dalam dan di sisi lekukan lesung pipitnya terdapat garis yang seakan mengekori pipinya. Garis ini menunjukkan sigadis sudah bersuami atau sudah biasa melakukan hubungan seks.  




Cam mane pendapat korang????    
Info Lanjut dicadangkan baca di Cik Epal "Pentingkah Dara?"

Apa apa pun jangan lupa dapatkan Majalah comel Dara.Com untuk bulan Mei. 
Aku Masih Dara



XOXO, Chempaka Sari
Kalau suka boleh lah LIKE




1 ulasan:

angah ahmad berkata...

ta setuju la ,,sesuke atey je c jonggos tuh,,grr