10 Mac 2011

Bapak Sedih! Kisah Zaman UPSR Dolu-Dolu

Amaran keras, aku akan menggunakan perkatan 'Saya' sebagai kata ganti diri sebab cerita ni cerita sedih hehe..




Sedih r camni. Sedih tak cerita ni sedih tak? Wah tak cerita lagi macamna nak sedih. Kisah sedih bermula macam ini. Dulu petang masa darjah 6 kan ada exam Upsr. So setiap petang ada kelas tambahan. Selalu kena stay kat sekolah je sebab tak ada orang nak jemput dan hantar semula ke kelas petang. Mama kerja, Papa pun kerja, Acik Wok nak jaga adik-adik. Tak ada orang nak ambil upah van pun time tu sebab baru pindah kat perumahan baru so tak banyak van sekolah yang nak masuk kawasan tu.


Saya ada kawan baik, nama dia Joyah. Rumah Joyah belakang sekolah je. Bila saya nak balik jalan kaki memang lalu tepi rumah dia. Kami pun balik sama-sama. Joyah ni pengecut!  Takut sangat dengan bapak dia walaupun tak buat salah. Kiranya kalau kitorang berborak sambail jalan, bila nak sampai rumah dia mesti dia suruh senyap skit. Ha kira macam tulah sifat gerun nya kepada bapaknya.


So, lepas kelas tambahan pun kene lah jalan kaki balik umah dengan beg berat macam bawak lesung baru. Ceh macam pergi sekolah masak-masak pulak.  Nak malang, satu petang tu pun hujan. Kami berlari anak-anak je sebab beg berat. Hujan makin lebat! Memang lebat gila. Bila sampai rumah dia dia cepat-cepat masuk rumah dia ikut pintu belakang. Sebab kat depan ada bapak dia tengah tidur atas sofa.


Bila dia masuk dia boleh lambai dan tersenyum kat aku, eh saya? what? saya ingat dapat la saya menumpang teduh sebarang dua. Tapi tidak. Mak dia yang tengah basuh pinggan kat dapur tepi tingkap yang kompem-kompem nampak saya yang comel ketika itu pun tak pelawa masuk untuk berteduh kejap. Uwaa.... saya kecik lagi time tu saya tak tau la macamna nak mintak tumpang.


Saya pun meneruskan perjalanan saya yang ada lah dalam 2 atau 3 kilometer lagi nak sampai rumah dengan hujan & guruh yang lebat. Hujan lebat, air mata pun lebat. Isk isk isk... Balik-balik je Acik Wok terus kesian-kesian kat saya. Buku beg semua basah. Saya pun tak ingat saya demam ke tak.


***Tapi yang saya tau saya malas sangat nak layan Joyah kt facebook. Maaflah.
**Susah kalau IQ je tinggi tapi EQ zero.
*Joyah bukan nama sebenar.

XOXO, isk isk isk, Azza Azman.




________________________

3 ulasan:

Farah Nadia berkata...

ish kenapa orang awam xboleh komen ye?

nani_pony berkata...

suke sbb ade gambo sy di atas.... huhuhu

ahmad berkata...

haha ~ berjalan dalam hujan :)