17 Mac 2011

10 Ragam Budak University Zaman Sekarang








1. Bab assignment dia no satu! No satu buat last minit. Yelah zaman sekarang kan ada internet. Google je tajuk assignment yang Lecturer dia bagi. Amekau! Berlambak-lambak artikel yang berkenan di hati. Copy & Paste sahajalah.



2. Kalau kelas pukul 10, pukul 10.5 minit baru dia keluar dari bilik dia. Berjalan 10 minit. Campur singgah cafe 5 minit, pergi kiosk 5 minit = 10.30 baru lah sampai kelas. Tapi tak pe, Lecturer zaman sekarang lagi hebat. Dia tampal kat pintu je kelas cancel.



3. Pergi kelas bawak laptop. Yelah ni kan zaman milennium. Tak cool lah bawak buku nota je. Tapi dia bawak laptop bukan untuk salin note, sibuk meng'like' komen kawan dia di Facebook.



4. Gosip dalam kelas, lecturer berbuih bercakap kat depan, dia bukak beautifunara.com, tak pun OhBulan.com hahaha. Cerita gossip aku pulak pagi ini, Irma Hasmie dah pakai tudung. Lawak aku dengan kengkawan aminkan  beramai ramai bila habes baca gossip tu. LOL~



5. Datang awal ke lambat ke, kau tetap nak duduk kerusi belakang sekali. Row depan sekali sah sah lah kosong. Tempat VIP agaknya kene bayar yuran mahal kalau duduk depan sekali dalam kelas. Kalau ada kerusi kat luar kelas, mungkin dia duduk kat kerusi yang kat luar tu.



6. Ragam biasa awal sem "aduh bila nak masuk Ptptn ni.. nak beli buku banyak ni..". Siap pergi kiosk je beli maggi. Kesian, kalau mak ayah tau, tup..tup. air mata jatuh bertubi. Kesian anak aku tak ada duit nak belajar.




7. Tengah sem je, amekau dialah paling kaya, semalam makan kat Kenny Rogers, harini makan McD, esok makan kat Johny. Lusa pulak tengok teater kat Istana Budaya. Wayang wayang dah tak main okayy.. Padahal buku yang Lecturer suruh beli dulu dia fotostat je. hek'eh!



8. Akhir sem. Memasing dah pokai. Kalu dulu order Chezzy Pizza, sekarang order nasi bujang je. Aik nasi bujang je ke bang? Hmm cukuplah nasi kosong, sup kosong dengan telur kosong (telur mata).



9. Lagi dua hari nak final exam masa ni mengagau nak cari nota. Siapa yang belum download, pergi gagahkan diri seret kaki ke CC pergi download. Siapa yang belum print, masa inilah nk print. Siapa yang pemalas macam aku nak untung lebih fotostat je kat kengkawan.



10. Yang ke sepuluh lu pikirlah sendiri, korang pun buat jugak so pandailah cari apa ragam korang masa kat universiti. Ok Bubye!!








*** Satu sebab aku paling kagum dengan lecturer adalah mereka boleh dengar presentation bebudak selama berpuluh puluh jam sehari. Wah kagum!








XOXO, Chempaka Sari.







 ________________________________________

4 ulasan:

Azza Azman berkata...

pecah kaca pecah gelas...
sudah baca harap ulas...

Sha. N. berkata...

macam kite buat dalam kelas kan??hahhahha
totally agreed!

En Hazwan & Cik Syazz berkata...

huhu tersame la pulakk:p

Azza Azman berkata...

dah memang berdasarkan pengalaman sendiri haha...