13 Mac 2011

Syair Buat Mama Tercinta

Salam,


Sponsor   Faridzulasyraf.com dan Denaihati.com




Mama,
Mama lah ibuku,
Mama emakku,
Mama bondaku..

Mama lah pengasuhku,
Mama menyusukan aku sejak lahir,
Mama memandikan aku semasa kecil,
Mama menyuapkan aku makan,
Mama memelukku apabila menangis..

Mama lah guruku,
Mama mengajar aku  membaca.
Mama membimbing aku mengeja,
Mama medidik aku mengira,
Mama cikgu sejarah ku,
Mama cikgu sainsku,
Mama melatih aku mengaji,
Mama mengajar aku solat..

Mama menyayangi kami tanpa jemu,
Marah tanda sayang,
Herdik untuk mendidik,
Pukul untuk mengajar,
Alhamdulillah kami berjaya..

Mama janganlah bersedih,
Kami sentiasa disisi,
Menyokongmu dari dekat dan jauh,
Dunia ini hanya sementara,
Kami pasti mama akan bahagia,
Berkat usaha mama tak akan menderita..

Maafkan lah untuk selama ini,
23 tahun Mama harungi,
Dugaan berat Mama datangi,
InsyaAllah syurga menanti..


**nanges (T_T)


XOXO, Chempaka Sari.
Jika suka sila like